Selamat datang kepada semua pengunjung blog CUTE OVEN, SMALL KITCHEN. Diharap dengan kunjungan anda dapatlah kita berkongsi ilmu disamping menambah kenalan. Terima kasih atas kesudian bertandang ke sini.

Untuk makluman, di dalam blog ini sukatan cawan adalah menggunakan cawan metrik manakala sukatan sudu pula 98% adalah menggunakan sudu metrik.
Bagi yang sering bertanya apakah 'Tbsp' dan 'tsp'; 'Tbsp' = tablespoon & 'tsp' = teaspoon.

Tuesday, 26 April 2011

MAAF TEMAN-TEMAN..

Assallamualaikum dan salam sejahtera.

Minta maaf kepada semua rakan-rakan dan pengunjung-pengunjung blog CUTE OVEN, SMALL KITCHEN kerana tidak dapat bersiaran beberapa hari.



Hal yang demikian berlaku kerana(chehwahhhhh.. macam buat karangan bahasa melayu lak..hehehe..)anakanda Maisarah Hani mengalami demam beberapa hari. Demamnya sentiasa pasang surut selama 4 hari. Pagi ni, kelihatan bintik-bintik merah di muka dan juga di bahagian badannya.  Demam campak rupanya. Ragam anak kecil demam ni, faham-faham je lah.. Sudahlah tak boleh berenggang langsung dengan umminya... Lepas tu, nak berdukung je sepanjang masa. Dengan ayahnya tak nak pula.. 



Selain dari sebab di atas, Naz juga tak dapat mengupdate blog sebab.....jeng..jeng..jeng... Tuan punya blog ni sakit gigi...waaaaaaaaaaaaa!!!!! Tak pernah sakit gigi. Begini rupanya rasa sakit gigi. Nak kata sakit gigi ke sakit gusi eh?? Sebab gigi tak sakit pun. Yang sakit, gusi. Sampai bengkak gusi dan sebelah muka Naz di bahagian pipi.. Dah tembam pula sebelah muka Naz.. Sakitnya hingga ke tekak. Nak buka mulut pun tak boleh. Jadi beberapa hari ni cuma boleh makan bubur nasi jer. Itu pun nasi lembik dengan kuah sup tu jer. Dah itu jer yang masuk mulut dan boleh terus ditelan. Tak perlu dikunyah-kunyah. Tak boleh langsung makan makanan yang perlu dikunyah-kunyah sebelum ditelan. Nak menguap pun susah..huhuhu...

Ini semua gara-gara gigi geraham bongsu Naz yang nak tumbuh tu.. Sebelum ni pernah juga sakit sikit bila geraham tu nak tumbuh tapi taklah sampai bengkak gusi dan pipi Naz. Kali ni sampai berlaku infeksi bila gusi tu terbuka sikit untuk gigi ni keluar.. Harus selepas ini kucabut saja gigi ini.. Tak nak lagi dah berulang peristiwa ini.. Sakit mak oiiiiiiiiiiiii..... Nak telan air liur pun dah sakit tekak..


Okey sampai sini dulu. Doakan Maisarah Hani dan Naz cepat sembuh ye.. Bye!

17 comments:

Ayu said...

take care ya naz,
memang harus dicabut gigi tu walaupun
ia tak rosak..akak pun begitu..dah tua2 wisdom tooth baru nak keluar..pergi operation kau buka gusi cabut gigi ku ituuu...sebab dai keluar side ways..

izahdaut said...

get well soon kak..
la siannya dahaanak2 demam, kena lak sakit gigi..banyak2 sabo ye kak

Nazrah said...

semoga cepat sembuh..akak pun dah buang dua2 gigi geraham bongsu tu..doktor kata gigi tu tak perlu...

ilahjy said...

ala cian nye adikkuss dugaan.. kak ilah sejak umur 22 thn gigi gerham ni tumbuh sampai 3 tahun lepas baru habis tumbuh sakit nya mmg mcm naz laa seksaaaa.. tapi belum cabut lagi doktor tak mauu cabut..lama juga kak sengsara.. lama sgt nk hbis tumbuh.. tapi sakit tu bukan tiap tahun selang beberapa tahun lah..

Mamasya said...

Aduhai...anak demam, Naz jugak tak sihat..byk2 bersabar yg Naz. geraham bongsu akak dulupun sakit sgt, pergi doktor cabut. budak2 kalau tak sihat mmg meragam...moga Naz dan Maisarah cepat semboh

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

semoga naz & baby cepat2 sembuh dari sakit2 tu yer...

Mas said...

ala...ciannya akak ngan baby tak sihat...
mudah2ah cepat2 sembuh yerk....

estee_8980 said...

semoga cepat sembuh...

Unknown said...

alahai ciannya akak....semoga anak dan mak cepat sembuh yer..take care:)

LiNa_Pg said...

alahai ciannya masisarah demam plak,akak nyer maisarah pun selsema.Semoga ummi n baby cepat sembuh ya

Ainnur Syamira said...

smga ibu n anak cepat sembuh... pakej ni..hihihi.. jgn marah.. usik2..

dZana said...

ainnur syamira tu anak akk naz.. ampun.. tersilap

HomeKreation said...

Salam Naz. Alahai, cian nya cakit gigi & bb pulak xsihat. Cepat gi dentist tau, kalau tak bertambah sakit.

Mrs & Miss Vanilla said...

Salam Naz. Akak harap skrg ni, ibu n anak dah sihat sikit...
Semuga cepat sembuh ye...

muzhirah said...

Naz...semoga cepat sembuh!

Anonymous said...

semoga cepat sihat ye naz...siannya depa....sabaq ye dua dua ibu dan anak....

Mama3Q said...

alahai..ciannya, sure sakit sgt tu....dah jumpa dentist? Get well soon Naz..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...