Assallamualaikum dan salam sejahtera.
Malam tadi bakar kepak ayam bermadu tapi bakar dalam oven jer. Resepi yang dikira mudah untuk dibuat. Banyak kali dah tertengok resepi ni dari blog kak NoorMasri. Rasanya ada 2-3 jenis resepi ni di blog beliau. Kalau nak tengok kak NoorMasri punya versi ayam panggang, boleh klik di sini atau di sini ye..
Di rumah ni, kalau memasak menu ayam memang laju je anak-anak makan. Kalau lauk ikan, slow sikitlah kecuali ikan yang boleh digoreng garing. Kadang-kadang dah muak rasanya makan lauk ayam ni tapi untuk anak-anak, kumasakkanlah jua.. Anak-anak Naz ni memang tak jemu makan lauk ayam tak kiralah masak apa pun.
Uiiihhh...suka betul anakanda-anakandaku dapat makan kepak ayam panggang bermadu ni.. Masa tengah bakar pun dah tak sabar-sabar nak makan. Selesai sekali sesi makan je. Bagus juga.. Kalau disimpan, rasanya mesti dah kurang enak.
KEPAK AYAM PANGGANG BERMADU
Oleh : Naz's CUTE OVEN, SMALL KITCHEN
Bahan-bahan :
- 8 ketul kepak ayam
- 3 ulas bawang putih (ditumbuk lumat)
- 3 Tbsp kicap manis
- 5 Tbsp sos lada hitam
- 3 Tbsp sos tiram
- 4 Tbsp madu
- 2 Tbsp jus lemon
- 1 Tbsp minyak jagung
- Garam
- Bijan putih untuk taburan
Cara-cara :
- Kepak ayam dibersihkan dan ditoskan.
- Gaul semua bahan bersama kepak ayam kecuali bijan dan perap selama 2-3 jam (di dalam peti sejuk).
- Apabila tiba masa untuk memanggang, taburkan bijan pada kepak ayam. Bakar di dalam oven pada suhu 170 C sehingga kepak ayam masak lebih kurang 1 jam 10 minit bergantung pada oven masing-masing.
- Sewaktu pembakaran, sesekali curahkan dengan bahan perap yang masih ada dan terbalikkan ayam agar masak sekata.
- Hidangkan kepak ayam bersama nasi panas atau boleh dimakan begitu sahaja.
SELAMAT MENCUBA!

5 comments:
ish..pg2 nampak aap nih> hihi..nampak madu tu makaiii..berkilat2..mlm td kita ada msk sticky caramel chic. lbh krg le kot kan..
sedap ni....suka ratah gitu jer...sehingga menjilat jari..:)
Salam ziarah dan ukhwah,
sedapnya nampak ayam tu
Uish geramnya tengok! Rasa nak ngap dari skrin...hehe ;)
Naz kalau tak letak just lemon tak pe ke?
Post a Comment