Selamat datang kepada semua pengunjung blog CUTE OVEN, SMALL KITCHEN. Diharap dengan kunjungan anda dapatlah kita berkongsi ilmu disamping menambah kenalan. Terima kasih atas kesudian bertandang ke sini.

Untuk makluman, di dalam blog ini sukatan cawan adalah menggunakan cawan metrik manakala sukatan sudu pula 98% adalah menggunakan sudu metrik.
Bagi yang sering bertanya apakah 'Tbsp' dan 'tsp'; 'Tbsp' = tablespoon & 'tsp' = teaspoon.

Tuesday, 30 March 2010

PUDING ROTI BAKAR


Puding roti bakar ni banyak orang yang dah tau cara membuatnya. Banyak pula versi cara membuatnya. Resepi di bawah ini adalah salah satu cara yang biasa Naz guna untuk membuat Puding Roti Bakar di rumah ini..

PUDING ROTI BAKAR
Bahan-bahan
:
8-10 keping roti(bergantung kepada ketebalan roti)
500 ml susu segar/susu cair/campuran kedua jenis susu
4 TBSP gula halus
2 TBSP mentega/majerin
1 tsp asen vanilla
2 biji telur
1 TBSP tepung jagung
Sedikit jem(apa-apa perisa)
Kismis

Cara :
1. Ambil beberapa keping roti dan sapu dengan jem permukaannya dan susun di dasar bekas/ loyang.

Lapisan di dasar bekas pembakar..

2. Lebihan roti yang tinggal, dikoyak-koyakkan dan rendamkan ke dalam susu. Ketepikan.
3. Dalam satu bekas lain, masukkan mentega dan gula. Pukul sikit dengan ballon wisk hingga sebati.
4. Masukkan asen vanilla. Kacau rata.
5. Masukkan telur dan pukul rata dengan ballon wisk tadi hingga sebati.
6. Masukkan pula tepung jagung dan kacau rata.
7. Campurkan adunan mentega dengan adunan roti yang direndam di dalam susu tadi. Kacau rata.
8. Masukkan pula kismis dalam adunan. Banyak kismis yang ingin digunakan bergantung kepada kehendak masing-masing. Gaul rata.
9. Tuang rata adunan ke atas roti yang disapu jem tadi. Taburkan sedikit kismis sebagai hiasan. Biar seketika(dalam 5 minit) supaya susu meresap ke dalam lapisan roti yang di bawah.

Sebelum proses pembakaran..

10. Bakar dalam oven pada suhu 180 C selama 30 minit atau sehingga masak.

Selepas proses pembakaran..

NOTA : Selain dari kismis, Naz juga menggunakan buah ceri yang telah dipotong kecil-kecil sebagai hiasan. Kalau nak guna coklat chip pun boleh sebagai hiasan atau untuk digaul di dalam adunan. Terpulang kepada masing-masing nak letak apa di dalam puding roti ni.. Bagi penggemar keju, boleh taburkan sedikit keju parut di atas permukaan puding sebelum membakar.

Untuk mengetahui samada puding telah masak atau belum, keluarkan bekas dari oven dan cuba goyang-goyangkan sikit bekas pembakar. Sekiranya adunan di bahagian tengah puding masih bergoyang-goyang, tambah lagi waktu pembakaran.

6 comments:

Mama3Q said...

datang cni curi resepi puding roti yg sedap ni..hehe

Mrs. Suwardy said...

me too.... thanks for the recipe ya tuan rumah

monasrie said...

TQ for de resepi yer.. sy dah mencuba dan sedap juga.. cuma sy tambah hirisan pisang dlm adunan tu.. sy share resepi dlm blog sy yer...http://monasrie.blogspot.com/2012/09/puding-roti-bakar-pisang-emas-dibawa.html
terima kasih..

AZIE said...

Thank you for the recipe...i think this is the best puding recipe ever...for a change i used blueberry jam...very nice...as im staying in japan ...i let my japanese friends taste it and they love it and asked for the recipe....

AhliaSaleh said...

Salam sis..sy nk try resepi puding roti ni..tq

Aenoyou said...

wow bestnya resepi sis..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...