Selamat datang kepada semua pengunjung blog CUTE OVEN, SMALL KITCHEN. Diharap dengan kunjungan anda dapatlah kita berkongsi ilmu disamping menambah kenalan. Terima kasih atas kesudian bertandang ke sini.

Untuk makluman, di dalam blog ini sukatan cawan adalah menggunakan cawan metrik manakala sukatan sudu pula 98% adalah menggunakan sudu metrik.
Bagi yang sering bertanya apakah 'Tbsp' dan 'tsp'; 'Tbsp' = tablespoon & 'tsp' = teaspoon.

Recent Posts

Tuesday, 9 March 2010

AYAM SAMBAL KICAP


AYAM SAMBAL KICAP
Sumber : Naz@CUTE OVEN, SMALL KITCHEN
Bahan-bahan
:
1/2 ekor ayam(dipotong kecil dan dibersihkan)
3 biji kentang(kupas kulitnya,basuh dan hiris)
1 labu bawang besar(hiris bulat)
1 batang serai(diketuk)
5 TBSP kicap lemak manis
1/2 cawan air
Minyak untuk menggoreng dan menumis

Bahan kisar :
4 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
15 tangkai cili kering(direndam)

Cara :
1. Panaskan minyak dan goreng kentang. Ketepikan.
2. Gaul ayam yang telah dibasuh dengan garam dan kunyit. Goreng dan ketepikan.
3. Kurangkan minyak dan tumis bahan kisar bersama serai hingga garing.
4. Masukkan bawang besar.
5. Masukkan kicap dan air dan gaul hingga sebati.
6. Masukkan ayam yang telah digoreng tadi beserta kentang goreng dan masak hingga sebati dan mendapat kepekatan sambal yang diinginkan.
7. Rasakan kemasinan lauk. Tambah garam atau kicap lemak manis lagi jika perlu.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...