ASSALLAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA.
Apa khabar sahabat handai semua? Harap semuanya dalam keadaan kesihatan yang baik serta ceria-ceria sahaja hendaknya. Pada yang tak sihat tu, segeralah makan ubat yang berkenaan ye. Jangan dibiarkan sakit tu berlarutan. Banyak tugasan harian yang perlu diuruskan, betul tak?
Baiklah, hari ini Naz nak kongsikan resepi PAU KUKUS RAHEL yang Naz dapat dari laman My Resipi. Apa yang unik dalam penyediaan pau ni ialah setelah dibentuk pau tu, kita masukkan saja ke dalam cawan kertas. Mungkin ramai orang yang pernah buat macam ni tapi bagi Naz ini pertama kali Naz mencuba cara ini. Memang mudah pada Naz sebab tak perlu potong-potong kertas A4 kepada saiz-saiz kecil seperti kebiasaan yang Naz buat.
Setelah dikukus, macam apam pula rupanya..heheheee.. Cantik juga pau kaler pink macam ni kan. Anakanda Husna makan tak henti-henti pau ni. Antara sebabnya ialah inti kacang merah yang Naz letak memang menjadi kesukaan dia. Dan satu lagi sebab ialah, warna pink yang memang menjadi warna kegemarannya ni yang membuatkan dia tertarik sangat nak makan pau ni...hahahaa... Kuat juga penangan kaler pada kanak-kanak kan.
PAU KUKUS RAHEL
RECIPE BY: Rahel @Myresipi
TRIED BY: Naz @ovenkecil.blogspot.com
Bahan-bahan ( 20 biji ):
- 500 g tepung pau
- 80 g gula kastor
- 2 sudu teh yist
- 2 sudu teh Double Action Baking Powder (Naz guna baking powder biasa jer)
- 200 ml air suam
- 3 titik pewarna merah jambu
- 20 keping kertas cawan
- 20 biji acuan apam berbentuk mangkuk
- 80 g shortning
Cara-cara:
- Satukan gula, air, yist & pewarna merah jambu dlm cawan. Gaul perlahan hingga gula larut.
- Dalam mangkuk besar, campurkan tepung pau, double action baking powder & shortening.
- Tuangkan bancuhan yist tadi ke dlm mangkuk berisi tepung secara perlahan sambil di uli.
- Gaul perlahan hingga tak ada yg melekat kat mangkuk & tangan pun dah tak basah.teruskan menguli selama 15 minit utk mendapatkan pau yg cantik & gebu.
- Ambil doh,buat bulat2 & timbang,setiap satu 40g. Canai doh yg bulat dan letak inti kesukaan anda.
- Susun dalam kertas cawan,kemudian letak ke dlm acuan apam yg berbentuk mangkuk. Biarkan doh mengembang selama 1 jam.jangan lupa tutup doh dalam loyang besar selama proses pengembangan.
- Didihkan air dlm periuk kukus & kukuslah pau atas api kuat selama 10 minit.
Nota dari Rahel: Jangan kukus pau lebih dari 10 minit. Segera alihkan pau dari kukusan setelah habis proses mengukus. Kalau tidak, permukaan kulit pau akan jadi berkerepot atau tidak rata dan tegang.
Sedap pau ni. Lembut dan gebu sangat. Sangat puas hati. Nak buat senang, makan pun sedap..Nyummm....
Opss...lupa nak bagi tau. Rahel ni dah ada blognya sendiri ye. Boleh klik pada link-link di bawah untuk ke blog beliau. Boleh tengok resepi-resepi lain serta kek-kek hasil hiasan tangan beliau yang memang memukau mata. Suka sangat tengok kek-kek Rahel ni. Untuk yang tinggal di Tawau dan sekitarnya, Rahel menerima tempahan untuk produk-produknya. Nak tau apa produk yang ditawarkan, sila ke blog beliau ye:
SELAMAT MENCUBA!
13 comments:
salam. x dinafikan. memang kaler main peranan sgt penting bg kanak2kan..
cantik dan montok je.... ni yg rasa nak wat pau le pulak... hehehehe
samat petang fren.. :)
patut ler senyap.. dok uli pau rupanya tadi.. ade lagi tak? kirim sket.. :) :P cantek plak pau wane pink... fev kaler nani pink tau.. :) hehehehe..
as-salam
wow!!!merah jambu ..sgt gebu pau tu..
Pink yang cu tu.Kak Ros pun suka buat macam tu Nadz.Memang senang kerja.
Cantik pau kaler pink, mmg menarik perhatian anak2 naz. Tambahan pula inti kacang merah lagi la sedap, ada lagi ek hehe
cantik pau tu ye naz, tgk sekali mcm apam pun ada...
salam syg naz.
good idea kan senang nak makan lg..zila pun suka buat cara mcmnie..pink color lg...chumillll3x
Gebusss jer akak tengok Naz... boleh cuba ni
Akak suka color pau ni....pink gitew.
wa....comel2 loteh pau kukus dia, macam orangnya kut...simpam dalam freezer ye, nti sy datang kukus banyak tauuu..
Cute nya pau ini, kalo bagi my dotter pasti mau makan nya,cos it's pink.. hehe
salam kenal.......gebunya....sya pun ada tengok kat rahelblogspot.....ada mase nk cuba
salam kenal.......gebunya....sya pun ada tengok kat rahelblogspot.....ada mase nk cuba
Post a Comment