Selamat datang kepada semua pengunjung blog CUTE OVEN, SMALL KITCHEN. Diharap dengan kunjungan anda dapatlah kita berkongsi ilmu disamping menambah kenalan. Terima kasih atas kesudian bertandang ke sini.

Untuk makluman, di dalam blog ini sukatan cawan adalah menggunakan cawan metrik manakala sukatan sudu pula 98% adalah menggunakan sudu metrik.
Bagi yang sering bertanya apakah 'Tbsp' dan 'tsp'; 'Tbsp' = tablespoon & 'tsp' = teaspoon.

Recent Posts

Thursday, November 8, 2012

AYAM MASAK KANDAR


ASSALLAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Alhamdulillah bersiaran lagi hari ini walaupun setiap hari bersiaran tak pernah dapat pada waktu yang tetap..hehehe.. Ada masa, ada kesempatan dan ada kerajinan barulah ada update blog ni.

Resepi kali ini ialah AYAM MASAK KANDAR yang diperoleh resepinya dari blog NIEZA. Lama dah bookmark resepi ni sejak tahun lepas lagi tapi tak terbuat-buat juga. Ni dah berhasil mencubanya dan rasanya memang kena dengan tekak Naz. Ok, Nadz kongsikan di sini pula ye.

AYAM MASAK KANDAR

Bahan-bahan
  • 1/2 ekor ayam dipotong kecil
  • 15 biji cili kering dimesin atau boleh juga gunakan serbuk cili
  • 3 labu bawang merah besar dimesin
  • 3 ulas bawang putih dimesin
  • 1 inci halia dimesin
  • 1 s/kjintan manis dimesin
  • 1 s/k jintan putih dimesin
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 2 inci kulit kayu manis
  • Minyak masak..saya campurkan dengan  mentega sikit
  • 1/2 cawan kicap pekat
  • 1s/k gula merah
  • 2 s/b kerisik
  • 3 keping asam keping ataupun boleh gunakan sedikit air asam jawa jika suka
  • 3 s/b rempah kari ayam
  • 2 s/b sos tomato
  • 3 s/b sos cili
  • 2 sudu mkn sos tiram
  • 2 s/b plain yogurt
  • 2 biji ubi kentang dipotong 4
  • 1 biji buah tomato dipotong 4
  • 1 kiub ayam
  • garam secukup rasa
Cara-cara masak:
  1. Panaskan minyak dan tumiskan bunga lawang dan kulit kayu manis serta bawang merah dan semua bahan yang dimesin tadi.....masukkan rempah dan cili merah yg dimesin halus...dan masakkan hingga masak dan pecah minyak.
  2. Masukkan ayam dan ubi kentang. Biarkan sehingga ayam dan ubi lembut. Jika kuah kering tambahkan sedikit air.
  3. Bila sudah lembut masukkan kicap dan kerisik, sos tiram,sos tomato,sos cili dan plain yogurt.
  4. Masukkan lebihan bawang yg diblender tadi untuk pekatkan kuah....dan masakkan sehingga pekat dan naik minyak.Masukkan kiub ayam dan perisakan garamnya.
  5. Masukkan buat tomato yg dipotong tadi dan tutupkan api...siap dan boleh dihidang.
SELAMAT MENCUBA!

10 comments:

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Wah! makan tengahari ini dangan nasi panas2 memang terangkatlah :P

JaSSNaNi said...

naz... sedapnya ayam kandar ni.. tengok minyak2 dia meleleh tu.. perghh.. makan ngan nasi panas2.. sedap ni.. adoiii.. lapar la naz.. dah 12.35 ni.. jap gi nak lunch.. berkeroncong perut tengok ayam nasz ni..

Bicara Kak Noor said...

berkilat2 dan mengancam betul lah ayam kandar ni ingat nasi je dikandar rupanya ayam pun kandar jugak mesti sedap ni nk try nk try...

Mas Sani said...

huiii kak... namanye saje dh membayangkan keenakkannya...tu kalo dpt mkn lg laaaaa kan... nak sikit kak :)

Rohah said...

salam Naz...kita bookmark juga resepi dr Niza ni, tapi belum ditry lagi..nampak sedap sangat...

Qasey Honey said...

slm Kak Naz..
wah nmpk sedap tu...bminyak n bkilat...bleh jugak la bookmark resepi ni...

inahar ali said...

salam rindu naz..akak selalu gak masak kandar ni guna daging..mmg sedapkan!

tun_telani said...

kak nazzzzzz!!!!!!!!!!!!!!! tun dah balik bintulu niii..... hihi... banyaknyer bahan2 wat ayam nih, perlu kerajinan lebih ni. hihi..

Suzana Ibrahim said...

as salam naz,,saya mengikuti blog naz.banyak resepi yang best2.sudi kiranya naz menjadi kawan dapur maya saya pula.

Amie said...

Sedapnya! Terliur tengok... ni kena cari nasi panas sepinggan ni...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...