Selamat datang kepada semua pengunjung blog CUTE OVEN, SMALL KITCHEN. Diharap dengan kunjungan anda dapatlah kita berkongsi ilmu disamping menambah kenalan. Terima kasih atas kesudian bertandang ke sini.

Untuk makluman, di dalam blog ini sukatan cawan adalah menggunakan cawan metrik manakala sukatan sudu pula 98% adalah menggunakan sudu metrik.
Bagi yang sering bertanya apakah 'Tbsp' dan 'tsp'; 'Tbsp' = tablespoon & 'tsp' = teaspoon.

Recent Posts

Wednesday, November 7, 2012

DOUBLE CHOCOLATE CHEESE TART

 

ASSALLAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Alhamdulillah masih lagi diberi peluang dan kesempatan menghirup udara di bumi nan indah ini. Bumi ciptaan yang maha Esa. Semoga kita semua tidak lalai dan lupa akan kewajipan kita di muka bumi ini sebagai khalifahnya.

Kenapa namanya DOUBLE CHOCOLATE CHEESE TART ye? Haaa..sebab filling di dalamnya coklat dan cream cheese yang menutupinya pun perisa coklat. So, ada faham??? heheheee... Lagi pun Naz nak membezakan dengan tart yang Naz buat sebelum ni iaitu CHOCOLATE CHEESE TART

Untuk crust atau tart shell, Naz guna resepi yang asalnya dikongsi di laman facebook Kongsi Resepi. Cuma pemilik asal resepi ni Naz pun tak tahu siapa sebab Naz sendiri mengambil resepi ni dari sumber yang bernama Anna Qawina. Sejarah asal usul resepi ni pun Naz tau dari blog Anna juga. Walaubagaimanapun, kepada penyumbang resepi asal, diucapkan terima kasih atas perkongsian resepi ini yang memang marvelous sangat. Anak-anak Naz pula suka makan tart shell ni walaupun semasa kosong lagi tak ada cheesenya.

CRUST/ TART SHELL
Recipe by: Laman fb Kongsi Resepi
Source: Anna Qawina
Tried by: Naz @ovenkecil.blogspot.com

Bahan-bahan:
  • 250 gm mentega Buttercup
  • 120 gm gula icing
  • 2 biji telur gred B
  • 480 gm tepung gandum (kalau lembik tambah lagi tepung sikit demi sikit)
Cara-cara :
  1. Ayak gula icing ke dalam mangkuk besar.
  2. Menggunakan senduk kayu@whisker, pukul gula icing & mentega hingga sekata. Jangan pukul lama sangat.
  3. Masukkan telur & pukul lagi sekejap.
  4. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit hingga membentuk doh, gaulkan dengan tangan biar sebati.
  5. Kalau lembik sangat boleh tambah sedikit tepung lagi.
  6. Bulat2kan doh sebesar ibu jari & tekan ke dalam acuan tart, biar sekata, potong tepinya dengan pisau agar rata, cucuk dasarnya dengan garfu.
  7. Buat sampai habis & bakar menggunakan suhu 170'C lebih kurang 15-20 minit@sehingga masak (warna perang2 sikit) *Guna api atas bawah dulu 10 minit, kemudian api bawah sahaja sehingga masak.
NOTA ANA: 
  • Untuk mendapatkan crust yang cantik & elok pada pemerhatian Ana, simpan doh dalam peti sejuk untuk 1/2 jam kemudian baru diterap, kemudian, sebelum dibakar, masukkan dulu adunan doh yang dah siap diterap dalam peti ais sambil2 panaskan oven tu, kemudian bakar, ON kan kipas oven jika ada, InsyaAllah pastri anda akan cantik & lebih elok.
  • *Kalau tak sempat habiskan boleh simpan doh dalam plastik & tutup rapat, simpan dalam peti sejuk.
  • *Adunan ni akan menghasilkan lebih kurang 100 biji crust saiz kecil.
  • Simpan crust dalam bekas kedap udara. 
  • ACUAN TART NI TAK PAYAH OLES MINYAK/MENTEGA, DAH MASAK TERBALIKKAN JE & CRUST TU KELUAR DENGAN ELOK
  • Pastikan acuan tidak basah.


Untuk resepi chocolate cheesenya, Naz gunakan resepi dari kak Azita Zain. Cuma dalam cheese yang telah siap diputar tu, Naz tambahkan sedikit chocolate ganache untuk mendapatkan rasa chocolate cream cheese. 

CREAM CHEESE FILLING
Tried by: Naz @ovenkecil.blogspot.com

Bahan-bahan : 
  • 250 gm cream cheese
  • 50 gm gula kastor
  • 1 biji telur saiz B
  • 1/2 sudu teh asen vanilla/ asen lemon

Cara-cara :
  1. Putar cream cheese dan gula hingga berkrim.
  2. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.
  3. Masukkan filling ke dalam kulit tat.
  4. Tuang atau pancitkan (jika menggunakan piping bag) cream cheese ke atasnya. Bakar selama 5 minit pada suhu 170 C. Sentuh cream dengan hujung jari. Jika tidak melekat, maknanya telah masak. Jika tidak, bakar dalam seminit lagi.
NOTA NAZ: 
  • Untuk mendapatkan Chocolate cream cheese, masukkan chocolate ganache yang cair (tapi bukan yang masih panas ye!) ke dalam bancuhan cream cheese yang telah diputar. Gaul sebati. Ikutlah citarasa banyak mana nak letak tapi dari pemerhatian Naz, makin banyak diletak chocolate ganache tu, makin berkurangan kelikatan cream cheese tu. Bila cream cheese semakin kurang likatnya(lebih cair), maka waktu pembakaran nanti akan menjadi lebih dari biasa. So jangn panic kalau dah lebih 5 minit cream cheese masih belum masak. Just tambah lagi waktu pembakaran ye.
  • Kalau nak guna chocolate masakan yang dicairkan pun boleh tapi selepas dicairkan tu, biar ia sedikit suam baru gaul bersama dengan cream cheese yang telah diputar.
Untuk inti atau filling di bawah cream cheese tu, Naz letak chocolate ganache yang sangat simple sangat resepinya. Resepi ini jugalah yang Naz guna untuk campuran di dalam cream cheese filling di atas tu.  

COKLAT GANACHE
TRIED BY: Naz @ovenkecil.blogspot.com

SOURCES: Anna QawinaMat Gebu
  • 200 gm coklat masakan  
  • 100 ml susu cair ATAU 150 ml whipping cream 
  • 1tsp butter

Cara-cara : 

  1. Doubler boiler susu ATAU whipping cream bersama coklat masakan.
  2. Dah agak mencair coklat tu tutup api sambil terus mengacau hingga larut semua coklat.
  3. Masukkan butter, kacau sebati.
  4. Biarkan seketika baru digunakan. 
NOTA NAZ:
  • Unruk diguna sebagai filling, simpan chocolate ganache di dalam peti ais biar ia kental. So senang bila nak dipaip atau nak disudukan ke dalam tart shell. Kalau tak, nanti comot tart kita tu rupanya.
SELAMAT MENCUBA!

9 comments:

JaSSNaNi said...

assalamualaikum naz...
sihat hari ni? cuaca kat sana camne? pagi2 biasa cerah kan.. tapi petang2 hujan.. tul tak? hmmmm harap2 hari ni panas sampai ke petang.. sbb banyak kain baju tunggu turn nak sidai.. :)

>>> sedapnya cheese tart coklat.. nyum nyum.. nak buat malas.. so tengok gambar je.. nanti kalau rajin2 leh godek kat dapor.. tapi bila nak mai rajin tu.. nak makan je tau.. buat tak nak.. mana aci kan. :P

Sheila Shafeareen said...

Salam Naz harap sihat yee...hemm sdp nya akk akk suka mkn..akk pun suka..bila lah akk nak try buat...acuan pun akk x beli lg...

Bicara Kak Noor said...

salam Naz..wah ada cekelat ni harussssss dicuba jugak ni akak baru terkedek2 buat tart cheese blueberry tengok yg ada cekeleat ni sedap sngt mesti anak2 tabik spring kat akak hahaa

Mas Sani said...

banyak betul chees tart...untung yg makan mesti sedap ni...nsb rumah kita jauhhhhhhh sgt...kalo dekatttttt memang mas terjah! hihihi...

Zaliedana said...

Kak naz...wah tart cekelat lak,ritu nmpk kak mas n noorsha tayang pon rsa nk wat juga,mmg da lm waiting list,tapi nk wat shell tuh yg mls tuh,klo akk tlg wat shell kat sy aji x,heheh..

FnF Simple Life said...

wahhh...tu diaaa...mmg berganda2 rasa coklat nye kan

ibh_sue said...

Asslmkum Naz..Terpandang tat ni td kat fb terus terguda. Tak pernah lg buat cheese tat sendiri. Tp bila tgk coklat cheese tat Naz ni...Mood membaking terus marii..:D

Anonymous said...

I love to hand make everything that I design because it then has something unique and warm about it. ghd straighteners nz Orange County has a diverse culture and is home to many nationalities, I excited to see Whole Foods embracing tea in its traditional form and fresh interpretations.. ugg boots I definitely be making one of those.. http://www.oneghdhair.com This is clear that Guccu Hysteria Method Bag is not just inexplicable Woolrich outlet online, but modern along with charismatic. ugg sale Following graduation Anne found work with an interiors firm specializing in health care facilities hospitals, clinics, offices, etc.

Norsiah Abdul Majid said...

Berapa lama boleh bertahan jika tidak masuk peti ais

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...