Selamat datang kepada semua pengunjung blog CUTE OVEN, SMALL KITCHEN. Diharap dengan kunjungan anda dapatlah kita berkongsi ilmu disamping menambah kenalan. Terima kasih atas kesudian bertandang ke sini.

Untuk makluman, di dalam blog ini sukatan cawan adalah menggunakan cawan metrik manakala sukatan sudu pula 98% adalah menggunakan sudu metrik.
Bagi yang sering bertanya apakah 'Tbsp' dan 'tsp'; 'Tbsp' = tablespoon & 'tsp' = teaspoon.

Recent Posts

Friday, November 2, 2012

FONDANT CUPCAKES - HANTARAN NANA

 ASSALLAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA.

Salam penghulu segala hari buat semua teman-teman dengan harapan agar hari ini lebih baik dari semalam..Insyallah..

Cuppies fondant ni Naz buat hari ke 2 Aidiladha hari tu untuk hantaran pertunangan cousin di sini, Nana. Nana ni anak sulung kepada makngah Naz yang selalu Naz cerita-ceritakan di dalam blog ni. Kira kami ni rapat juga lah. Makngah request 9 biji cuppies.


Beberapa bulan sebelum ni, Naz juga ada buatkan cuppies fondant untuk hantaran anak ke 2 makngah. Yang tu tema warna pink putih. Boleh tengok gambar cuppies tu sebagai hantaran pertunangan juga di SINI.

Jadi layan gambar je lah ye. Tak ada resepi untuk entry ni. Sebab fondant tu Naz guna yang ready made je dari kedai alatan bakery.

Just nak share, bunga-bunga rose warna putih dan oren tu adalah bunga dari gumpaste yang Naz beli siap dari kedai alatan bakery. Kalau bunga kecil oren yang ada manik kat tengah-tengahnya tu dan daun tu, Naz buat guna fondat dan terap dengan penerap.

Bunga warna putih di tengah-tengah tu pun Naz buat guna fondat. Okey, bagi yang berminat nak tau tentang huruf-huruf nama di atas tu, Naz terap guna penerap huruf yang Naz dapatkan secara online dari CUPPIES LINA. Naz beli secara online sebab penerap macam ni susah betul nak jumpa di mana-mana kedai alatan bakery yang Naz pergi. Tak taulah kalau ada antara kawan-kawan yang pernah jumpa. 

Okey, sampai di sini dulu pagi ini ya! Nak pergi berlari-lari anak, mak dan bapak dulu ni. Jumpa lagi ..Bye....

SELAMAT MENJAMU MATA!

7 comments:

zila norazila said...

salam naz,

untung ank sedara dapat makcik pandai buat segala bagai..cantik naz..tergoda nengok:)

Naz / Nadz COSK said...

Hihihiii Zila.. bukan anak sedaralah.. Nana tu cousin Naz.. Mak dia tu yg mak sedara Naz..heheheee... Anak2 sedara Naz tecik2 lagi.. Tak boleh tunang dan kahwin lagi..hahahaaa..

JaSSNaNi said...

assalamualaikum naz..
good bisness ye.. :) mcm2 tempahan..
dah ler naz buat cantek2 belaka.. sure customer heppi kan.. :)
selamat berbisness.. :)
>>> berlari anak mak bapak? gi mana tu.. ehehehehe

mama sara nur said...

Naz ...suker masuk sini tgk deco yg cantik2
cuti sekolah mesti lg byk nk tempah kan sb ramai yg bertunang dan berkahwin

Qasey Honey said...

cantik Kak Nadz cc tu..cantik tgk kaler oren n putih bgabung..
kemas..naik serinya tu...

nk tnye bleh x kak...kat mne yer nk beli cutter huruf yg kecik cmtu yer kak...

cheeze maz said...

salam ziarah.
fondant tu blh je buat dgn mashmallow dan serbuk cheeze maz. ada dlm blog akak, teramat mudah.

Jemput ke blog akak di cheezemaz.blogspot.com. Mana tau berkenan nak rasa serbuk cheese CHEEZE MAZ, yg bila dicampur air akan menghasilkan sos cheese seenak sos cheeze wedge, KFC. Lagipun hy RM 10.00 untuk 1 pack seberat 200 gram.

sabrina azizi said...

Cmne nk tmpah yea

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...