Selamat datang kepada semua pengunjung blog CUTE OVEN, SMALL KITCHEN. Diharap dengan kunjungan anda dapatlah kita berkongsi ilmu disamping menambah kenalan. Terima kasih atas kesudian bertandang ke sini.

Untuk makluman, di dalam blog ini sukatan cawan adalah menggunakan cawan metrik manakala sukatan sudu pula 98% adalah menggunakan sudu metrik.
Bagi yang sering bertanya apakah 'Tbsp' dan 'tsp'; 'Tbsp' = tablespoon & 'tsp' = teaspoon.

Saturday 23 June 2012

BLACK FOREST CAKE

 ASSALLAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTRA.

Salam di pagi yang redup dan indah. Entry kali ini tentang kek Black Forest yang amat terkenal semasa mula-mula kemunculannya. Kek ini Naz buat menggunakan resepi kek span coklat aunty Yochana yang dah dimasukkan entrynya sebelum ini. 

Kek ni adalah tempahan dari seorang customer untuk birthday adik perempuannya yang tinggal di sekolah berasrama. Feed back dari penempah amat memberansangkan. Katanya kek ni sedap, cukup manisnya dan semua orang suka. Dan yang paling penting, birthday girl pun berkenan dengan kek ni. Katanya kek ni dia nak makan sorang jer. Tak nak share dengan kawan-kawannya di asrama..heheheee.. Alhamdulillah.. Bila customer berpuas hati dengan hasil air tangan kita, rasa lega sangat hati ni kan. Bukan apa, menurut customer Naz ni, adiknya selalu tak berkenan dengan kek-kek pilihannya. Customer Naz ni pula, memang gemar mencuba pelbagai kek dan suka memberi komen tentang kek yang dicubanya samada sedap atau tidak. Mau tak cuak dalam hati pembuat kek ni..hehehee.. Yelah, risau juga kalau kek yang kita usahakan tu, tak menepati citarasa penempah kan.


KEK BLACK FOREST
BY: Naz @ovenkecil.blogspot.com
REFERENCE: Aku.Zack, Juwita Fariz and Family

Bahan-bahan:
  • 1 biji kek span coklat bersaiz 8 inci
  • Blueberry filling secukupnya
  • Dark pitted cherries (Naz guna buah peach dalam tin)
  • Parutan coklat
  • Chocolate rice secukupnya
  • Beberapa biji cherry merah bertangkai atau maraschino cherries
  • 300 gm-500 gm fresh cream, dipukul kaku (Naz guna non-dairy whipping cream seperti gambar di bawah)
Naz guna whipping cream ni tanpa menambah gula semasa memutar.
Memang dah sedang elok je manisnya.

Cara-cara menghias:

1.
Belah kek span coklat kepada 3 lapisan. Letakkan lapisan pertama di atas papan pengalas kek dan letakkan di atas meja menghias kek(yang boleh diputar-putar tu..)

2.
Sudukan atau paipkan fresh cream di atas kek dan ratakan menggunakan spatula.

3.
Susun buah peach di atas fresh cream yang diratakan. Kemudian paipkan blueberry filling di atasnya.
4.
Kemudian sudukan lagi sekali fresh cream dan ratakan dengan spatula. 

5.
Tutup lapisan filling dengan lapisan kek ke dua. Ulangi langkah 3 dan 4 hingga lapisan kek ke tiga digunakan.
6.
Salut nipis keseluruhan kek dengan fresh cream untuk proses 'crumb coat'. Ini adalah untuk memerangkap habuk kek agar tidak naik ke atas permukaan kek sewaktu menyalut kek dengan fresh cream yang banyak. Seterusnya salut tebal keseluruhan kek dengan fresh cream dan ratakan. 
Seterusnya hiaslah kek anda mengikut kretiviti masing-masing menggunakan bahan-bahan yang disenaraikan di atas tadi.

Dah siap!

Apa yang Naz tuliskan di sini adalah cara Naz menghias kek Black Forest ni untuk kali pertama mencubanya. Kalau digoogle dari internet, pelbagai cara hiasan lain lagi yang boleh kita lihat. Terpulang kepada masing-masing. Apa yang perhatikan, asas kek Black Forest ni ialah menggunakan kek span coklat dan juga fresh cream sebagai hiasannya. 

SELAMAT MENCUBA!

14 comments:

Unknown said...

Naz, alas kek yg pusing2 tu akak belum ada...hehe..nak beli juga nanti. Senang je buat ni kan? ikut kreativiti masing2...tp belum juga terbuat.

Nuwairani said...

baru perasan, selalu nampak orang letak pitted prune untuk lapisan dalam. yang ni kak naz letak peach. sedap jugak ni.

Yana Shaiful said...

cantikk..bestnya klu tgn yana selembut tgn Kak Naz..mcm2 bleh deco kek hihii.. black forest kek mmg feveret yana sejak dulu lg..sedapppp ^^

Amie said...

Cantiknya! Siap lengkap dengan macam-macam aksesori.

ummiaisyah said...

mmg cun kek itewww...rindu la pd k naz....nnti kiter dtg lg ekk..

Qasey Honey said...

asslm Kak Naz...sedapnye tgk kek black forest tu...QH mmg dh lama tringin nk buat...tp tu la...mood nk mbaking skrg ni ke laut lak...kalau ade lbih pas2 la kt QH..hihi

Mamasya said...

Salam Naz.cantik kek black forest Naz hias ni..tengok kek span kat bawahpun elok jadinya.bila dpt feedback bagus dr customer pasti puas hatikan...moga terus dpt tempahan...

Rohah said...

kemas hasil air tangannya....

Mama3Q said...

sebut jer balck forest terbayang kesedapannya..mcm coklat black forest juga..

FnF Simple Life said...

salam kenal...

kek black forest mmg sedap kan...yg ni speacial...ada peach lagi

Yat Maria said...

Salam Naz...how r u dear? ishhh memang cun abis yr BF cake ni..I've yet to bake one..tak pernah try plak..

Ain Fajar said...

salam naz lm tak singgah sini..on9 kejap2 je..bestnya kek menyelerakan la..kemas je aisingnya tu..klu ain ntah brp jam nak melicinkan permurkaan kek, canti3x..hehe nk resepi yer

Melly Octaviana said...

Cantik BF nya Naz.. lain kali mau try buat base cake paka recipe ini.. ;)

quinnie said...

saya kan kak naz..dulu kalau beli kek mesti pilih black forest ni..sukaaa!!! tapi tak pernah cuba buat sendiri lagi...hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...