Selamat datang kepada semua pengunjung blog CUTE OVEN, SMALL KITCHEN. Diharap dengan kunjungan anda dapatlah kita berkongsi ilmu disamping menambah kenalan. Terima kasih atas kesudian bertandang ke sini.

Untuk makluman, di dalam blog ini sukatan cawan adalah menggunakan cawan metrik manakala sukatan sudu pula 98% adalah menggunakan sudu metrik.
Bagi yang sering bertanya apakah 'Tbsp' dan 'tsp'; 'Tbsp' = tablespoon & 'tsp' = teaspoon.

Recent Posts

Saturday, June 23, 2012

KEK SPAN COKLAT

 ASSALLAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA.

Hihihiii... Blog yang masih banyak sawang. Lama betul tak mengetuk papan kekunci untuk mengemaskini blog. Memang masa amat-amat terhad sekarang. Ditambah pula dengan kemalasan yang melanda. Satu kombinasi yang amat sempurna untuk tidak mengemaskini blog..hihihihiii....

Ok tanpa melengahkan masa yang sentiasa mencemburui setiap orang, Naz paparkan resepi kek span yang Naz tungkil dari blog Aunty Yochana. Erm..sesiapa yang tidak pernah mengunjungi blog Aunty Yochana ni, bolehlah klik pada link yang Naz beri tu yer. Pasti tak kecewa bila melihat semua hasil tangan Aunty Yochana ni. Sangat kreatif dan cantik semua sentuhannya.

Resepi kek span coklat ni sebenarnya ditulis dalam bahasa inggeris. Kebetulan Naz terjumpa pula resepi yang sama yang telah diterjemahkan ke bahasa ibunda kita di blog Zack(Aku.Zack). Jadi Naz salin jer dari blog Zack dengan sedikit ubah suai ayat yang Naz lakukan berdasarkan resepi asal dari Aunty Yochana.



KEK SPAN COKLAT
RECIPE BY : Aunty Yochana
REFERENCE : Zack (Aku.Zack)

Bahan-bahan A:
  • 3 biji kuning telur saiz A ATAU 4 biji kuning telur saiz B
  • 100 gm gula kastor
  • 120 gm tepung naik sendiri
  • 1/2 tsp serbuk penaik
  • 1/2 tsp soda bikarbonat
  • 50 gm minyak jagung
  • 1 tsp esen vanilla
~ Campurkan semua bahan di atas dan gaul rata menggunakan senduk kayu atau ballon whisk hingga sebati.

Bahan-bahan B:
  • 3 1/2 putih telur saiz A ATAU 4 1/2 putih telur saiz B (Naz guna 3 biji putih telur saiz A jer)
  • 1/4 tsp cream of tartar - optional (Naz tak guna)
  • 60 gm gula kastor
~ Dalam sebuah mangkuk yang bersih (pastikan tiada kesan minyak atau kuning telur), pukul putih telur bersama cream of tartar selama 2 minit hingga berbuih. Kemudian masukkan gula sedikit demi sedikit sambil terus memukul sehingga adunan bertanduk (adunan perlu menjadi ringan, gebu, putih dan bila diterbalikkan mangkuk, adunan tidak meleleh atau jatuh). Tapi jangan terlebih pukul.

Bahan-bahan C:
  • 30 gm serbuk koko
  • 120 gm air panas
~ Campurkan dan kacau hingga sebati. Ketepikan.

Cara penyediaan:
  1. Panaskan oven pada suhu 175 C. Sediakan dan lapik loyang 8 atau 9 inci dengan kertas kalis minyak. Ketepikan. (Naz guna loyang 8 inci)
  2. Masukkan adunan C ke dalam mangkuk adunan A. Gaul dengan senduk kayu atau spatula hingga sebati.
  3. Masukkan pula adunan putih telur (adunan B) ke dalam mangkuk di atas dan kaup balik menggunakan spatula perlahan-lahan. Jangan terlebih kacau! Nanti kek yang dimasak akan mengecut atau mendap. Kalau rasa macam dah lama mengaup balik tapi masih kelihatan putih telur yang belum sebati dengan adunan coklat, berhenti mengacau. Ini bermakna putih telur telah terlebih pukul di atas tadi. Tapi jangan risau, terus tuang adunan ke dalam loyang untuk dibakar.
  4. Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175 C selama 50 minit atau sehingga kek masak sepenuhnya mengikut oven masing-masing.
  5. Sejukkan kek yang telah masak di atas redai.
**Naz buat kek ni untuk dihias menjadi kek Black Forest (dalam entry seterusnya).

SELAMAT MENCUBA!

1 comment:

Shahriah Abdullah Novelis said...

Wa'kumlm Nadz.. memang kombinasi yang betul tu.. malas heehe... bukan malaskan sebab sibuk kan kan... sekali keluar resipi hah! hambik tu dia... nampak gebuss.. teringin ler pulak aii...:))

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...