Selamat datang kepada semua pengunjung blog CUTE OVEN, SMALL KITCHEN. Diharap dengan kunjungan anda dapatlah kita berkongsi ilmu disamping menambah kenalan. Terima kasih atas kesudian bertandang ke sini.

Untuk makluman, di dalam blog ini sukatan cawan adalah menggunakan cawan metrik manakala sukatan sudu pula 98% adalah menggunakan sudu metrik.
Bagi yang sering bertanya apakah 'Tbsp' dan 'tsp'; 'Tbsp' = tablespoon & 'tsp' = teaspoon.

Recent Posts

Thursday, 30 December 2010

DAGING GORENG KICAP


Assallamualaikum dan salam sejahtera.

Resepi yang mudah.  Pejam mata pun boleh buat kan..(betul ke pejam mata boleh buat ni?? Nanti terbakar pulak tangan..AMARAN!!!  JANGAN MEMASAK SAMBIL MEMEJAM MATA TAU!!  Karang ada pulak yang saman Naz sebab cakap pejam mata pun boleh memasak).

DAGING GORENG KICAP

Sumber : Naz's CUTE OVEN, SMALL KITCHEN

Bahan-bahan :
400 gm daging lembu (basuh, hiris & gaul dengan garam dan kunyit)
1 labu bawang besar (dimayang)
4 biji bawang merah *}
3 ulas bawang putih * } (ditumbuk bersama)
2 inci halia *               }
3 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
2 biji cili merah (dihiris)
4 biji kentang (kupas kulit, basuh & hiris)
1/2 cawan kicap manis
2 Tbsp sos tiram
4 Tbsp sos tomato
1/2 cawan air
Minyak masak

Cara-cara :
1.  Panaskan minyak di dalam kuali.  Goreng kentang hiris.  Angkat dan ketepikan.  Kemudian goreng pula daging.  Angkat dan ketepikan.
2.. Tinggalkan sedikit minyak lebihan menggoreng tadi di dalam kuali cukup untuk menumis.  Tumis kulit kayu manis, bunga lawang, bahan tumbuk dan juga bawang besar.  Biarkan layu dan naik baunya.
3.  Masukkan sos tiram, kicap manis, sos tomato dan juga air.  Biar sebati dan menggelegak.
4.  Masukkan kentang goreng dan daging goreng tadi bersama hirisan cili merah.  Kaup balikkan di dalam kuali hingga sebati.  Tutup api.  Hidangkan bersama nasi putih.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...