Assallamualaikum dan salam sejahtera.
Terjumpa menu aiskrim goreng ni di dapur Kak Zana. Dari maklumat yang dibaca, terus melompat ke dapur Kak Lina, tuan yang mula-mula letak resepi ni. Masih lagi membelek-belek resepi bila dicucuk oleh Kak Zana agar cepat-cepat buat menu ni sebelum semangat menurun.. Ishhhh...tak boleh jadi ni. Bahan-bahan memang dah ada di rumah. So pre-preparation dibuat waktu malam bila anak-anak dah tidur. Petang esoknya digoreng.. Fuhhhhh...memang sedap dan tak mengecewakan. Nak kena buat untuk 2nd round sebab dah direquest oleh permata-permata hati di rumah ni lepas makan tadi.
Pada sesiapa yang nak tengok bagaimana Kak Zana buat aiskrim goreng ni, klick di sini dan kalau nak tengok bagaimana Kak Lina pulak buat, klick di sini.
AISKRIM GORENG
Bahan-bahan :
10 keping roti sandwich
5 scope ais krim apa-apa perisa
Plastik (untuk simpan ais krim roti)
Minyak masak untuk menggoreng
Cara-cara Naz menyediakan ais krim goreng :
Baringkan sekeping roti putih di atas permukaan pinggan yang bersih.
Letakkan aiskrim pilihan anda.
Yam Swirls With Vanill Ice Cream..
Cappuccino Chips Ice Cream..
Tutup dengan sekeping roti lain.
Gunakan gelas atau cawan yang bersesuaian saiznya sebagai pemotong roti ini.
Tekan di atas roti hingga putus bahagian tepinya.
Inilah rupa roti aiskrim yang telah siap.
Pastikan bahagian tepi-tepi roti itu bercantum dan melekat agar aiskrim tidak meleleh keluar. Sekiranya ada bahagian yang tidak kemas, tekan dengan dua jari untuk mengelim tepi-tepi roti seperti di atas.
Kemudian masukkan roti aiskrim-roti aiskrim yang telah siap ke dalam plastik dan simpan 3 jam atau semalaman di dalam peti sejuk beku(freezer).
************************
Apabila tiba masa untuk menggoreng, panaskan minyak di dalam kuali. Apabila telah betul-betul panas, keluarkan roti aiskrim dari peti sejuk beku dan goreng sambil balik-balikkan hingga warna menjadi kekuningan. (Naz menggoreng kurang dari 1 minit bagi setiap aiskrim goreng ini).
Inilah hasilnya..
Dan ini juga hasilnya..
Memang sedap.. Two thumbs up!! Tak rugi mencubanya lebih-lebih lagi bila tengok anak-anak yang berselera sungguh menikmatinya.. Tq Kak Zana sebab jadi inspirasiku(macam nama blog Kak Zana kan..) dan terima kasih pada Kak Lina yang sudi berkongsi resepi ini...
3 comments:
aduh!!!....tergoda
nk cuba la, roti ada aiskrim pon ada...
senangnye buat...selama ni beli ais krim goreng rm2 buatnye sngla sangat2...huhu...kalo maleh sangat, bakar aje roti tu dalam pembakar roti,pastu letak ais krim...hihi...tq for sharing the recipe...
senang sebenarnya.. tak sabar nak cuba.. ;)
Post a Comment