Selamat datang kepada semua pengunjung blog CUTE OVEN, SMALL KITCHEN. Diharap dengan kunjungan anda dapatlah kita berkongsi ilmu disamping menambah kenalan. Terima kasih atas kesudian bertandang ke sini.

Untuk makluman, di dalam blog ini sukatan cawan adalah menggunakan cawan metrik manakala sukatan sudu pula 98% adalah menggunakan sudu metrik.
Bagi yang sering bertanya apakah 'Tbsp' dan 'tsp'; 'Tbsp' = tablespoon & 'tsp' = teaspoon.

Tuesday, 4 January 2011

SAMBAL TAUCU CILI PADI TERUNG



Assallamualaikum dan salam sejahtera.

Hari ni malas nak mengomel panjang-panjang.  Nak letak resepi ni aje..  So layan tahap kepedasan anda..

SAMBAL TAUCU CILI PADI TERUNG

Sumber : Naz's CUTE OVEN, SMALL KITCHEN

Bahan-bahan :
4 batang terung
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
30 biji cili padi (tambah atau kurangkan mengikut tahap kepedasan yang diingini)
1 Tbsp taucu
1 labu bawang besar (dimayang)
Minyak masak
Gula

Cara-cara :
1.  Basuh terung, kerat dua dan potong memanjang.  Gaul dengan garam serta kunyit dan goreng.
2.  Kisar bawang merah, bawang putih cili padi dan juga taucu bersama.  Panaskan minyak di dalam kuali untuk dan tumis bahan mesin ini.  Masukkan bawang besar yang telah dihiris.  Biar hingga pecah minyak.
3.  Masukkan terung goreng tadi.  Gaul sebati.  Rasakan masinnya.  Masukkan sedikit gula sekiranya perlu.

NOTA :
Naz tak letak garam pun sebab taucu tu dah masin.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...