Selamat datang kepada semua pengunjung blog CUTE OVEN, SMALL KITCHEN. Diharap dengan kunjungan anda dapatlah kita berkongsi ilmu disamping menambah kenalan. Terima kasih atas kesudian bertandang ke sini.

Untuk makluman, di dalam blog ini sukatan cawan adalah menggunakan cawan metrik manakala sukatan sudu pula 98% adalah menggunakan sudu metrik.
Bagi yang sering bertanya apakah 'Tbsp' dan 'tsp'; 'Tbsp' = tablespoon & 'tsp' = teaspoon.

Thursday, 27 January 2011

TELUR ITIK MASAK LEMAK CILI PADI


Assallamualaikum dan salam sejahtera.

Ini salah satu lauk kegemaran Naz juga.  Kalau buat pedas-pedas dan ada rasa masam-masam sikit..best oooooooo....  Resepi ni belajar daripada bonda di Melaka.  Belajar masa anak dara dulu lagi.  

Masak lauk ni lebih sedap kalau ada belimbing buluh yang kecil-kecil tu.  Nanti rasa lauk ni masam-masam sikit disamping rasa cili padi yang menyengat tu.  Tau tak belimbing buluh tu macam mana rupanya?

Inilah rupa belimbing buluh.  Sedapnyaaaaaa... 
(gambar dari Google) 

Tapi kali ini, Naz masak tak letak belimbing buluh ni sebab dah puas cari tapi tak jumpa. Kebetulan di rumah ada buah kundang (banyak orang panggil biji kundang) yang dibeli di pasar borong.  Ada pulak tu dalam 3-4 biji yang masam sangat rasanya.  Tak boleh nak gigit... Bantailah letak buah kundang ni dalam lauk.  Sedap jugak..  Boleh juga diganti belimbing buluh dengan asam gelugor(asam keping).  Okey seperti biasa selepas sesi membebel-bebel, baru resepi menyusul..

TELUR ITIK MASAK LEMAK CILI PADI

Bahan-bahan :
6 biji telur itik (yang belum dijerukkan tau)
Segenggam cili padi (tambah atau kurangkan mengikut kepedasan yang diingini)
2 inci kunyit hidup (boleh ganti dengan 1/2 tsp serbuk kunyit)
2 batang serai (dititik)
2 helai daun kunyit 
10 biji belimbing buluh (dibelah dua) 
Santan secukupnya
Garam

Cara-cara :
1.  Tumbuk cili padi bersama kunyit hidup hingga lumat.  Masukkan ke dalam periuk bersama santan dan juga serai serta garam.
2.  Masak di atas dapur hingga mendidih menggunakan api sederhana.  Sambil tu kacau-kacau santan di dalam periuk agar tidak membuak atau berbintil-bintil(pecah minyak).  
3.  Bila telah mendidih, kecilkan api.  Pecahkan telur dan masukkan ke dalam periuk satu per satu.  Lebih elok kalau dipecahkan telur ke dalam mangkuk dahulu untuk mengelakkan dari terguna telur yang rosak/busuk (hehehe...sebab dah terkena dulu..membazir jer santan tuuuu..).  Kacau sesekali perlahan-lahan agar telur tidak hancur.  Tunggu sehingga telur telah mengeras.
4.  Masukkan daun kunyit yang dikoyak dua bersama belimbing buluh.  Rasakan garamnya.  Tutup api dan sedia untuk dihidang.

SELAMAT MENCUBA!

5 comments:

EmbunRosaliza said...

Salam Naz akk suka msk lemak telor itik, tapi payah juga nak jumpa telor itik kat sini.

hehe akk selalu kalo msk lemak cili padi siap boh bawang lagi naz heheh marah org n9. Sedap ek naz kalo tak boh bwg, nak kena cuba gak ni

anymz said...

hhuuuihh,sodap ee..akak kan kalo menggulai ni kalo takde belimbing buh bacang,takde bacang buh cuk ubi,takde cuk ubi last2 akak buh kentang.tapi org negori asli masak gulai telur itik tak buh serai..minta semangkuk naz..terlio tgk.

Kak Rose said...

betul2 kecur air liur tengok gulai telor itik nih...lama x buat... kalau kak rose buat pun sllu buh serai, wangi jer. kena cari telor itik jugak nampaknya!

zarin said...

ish sedapnya...tk sabar nk balik kg sbb mak slalu masak mcm gini :D

Mrs & Miss Vanilla said...

Akak pun baru msk lemak telur itik ni, 3 ari lepas. Skrg ni jenuh nak cari belimbing buluh jd akak pun cmpk kan mangga muda je, asal masam blh lah...

Masak lemak ni senang, x pyh nak ltk bwg2 segala, stail org Melaka (MIL)...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...