Selamat datang kepada semua pengunjung blog CUTE OVEN, SMALL KITCHEN. Diharap dengan kunjungan anda dapatlah kita berkongsi ilmu disamping menambah kenalan. Terima kasih atas kesudian bertandang ke sini.

Untuk makluman, di dalam blog ini sukatan cawan adalah menggunakan cawan metrik manakala sukatan sudu pula 98% adalah menggunakan sudu metrik.
Bagi yang sering bertanya apakah 'Tbsp' dan 'tsp'; 'Tbsp' = tablespoon & 'tsp' = teaspoon.

Recent Posts

Tuesday, January 18, 2011

SERIMUKA PISANG


Assallamualaikum dan salam sejahtera.

Kuih serimuka pisang yang terkenal kebelakangan ni..  Baru ada kesempatan membuatnya.  Buatnya bukan lah susah pun..


Resepi asal dari kakak ni ha.. hasiah63(My Resepi).  Terima kasih banyak-banyak ye kak sebab sudi berkongsi resepi yang sedap sangat ni..


Nampak tak lapisan pisang Naz tu warnanya macam oren sikit...hehehe..  Sebabnya, nak letak pewarna kuning tapi dah habis.  Jadi bantai je lah warna oren..  Rasanya tetap rasa pisang tau..

Yang ini kuih serimuka pisang yang baru saja selesai dikukus..  

SERIMUKA PISANG
Sumber Resepi : Kak hasiah63

Oleh : Naz's CUTE OVEN, SMALL KITCHEN

Bahan-bahan :

Lapisan Bawah
1 cawan tepung beras
2 cawan santan
2 cawan pisang yang dilenyek
1/2 cawan gula
2 Tbsp tepung kastad
Beberapa titis pewarna kuning/oren

Lapisan Atas
60 gm tepung gandum
100 gm gula
250 gm santan
50 gm jus pandan
1/2 Tbsp tepung jagung (Naz guna 1 Tbsp tepung jagung)
2 biji telur
Sedikit garam
Sedikit pewarna hijau

Cara-cara :
1.  Lapisan Bawah : Satukan semua bahan dan kacau sebati.  Kukus 20 minit atau hingga masak.
2.  Lapisan Atas    :  Kacau telur bersama gula dan masukkan bahan-bahan yang lain.  Kacau sebati dan tapis.  Tuang ke atas lapisan bawah yang telah dikukus tadi dan kukus 20 minit.
3.  Biar kuih sejuk dahulu sebelum dipotong.

6 comments:

anymz said...

masuk list lah.dah berjela2 panjangnya list akak ni..buat nya entah bila lah pulak..hehe

lina_pg said...

ya ampun.. cantik nya seri muka dier.mmg berseri sgt.mcm cupcake hantaran

Mas said...

pisang ada ni.....rasa mcm nk buat lak...
nmpk serimuka tu sedapp la...tergoda tau..

ilahjy said...

salam naz

wpun tukar kala tuu oren tetap menawan hati kak ilah melihatnya.. mesti buat lah sbb senang.. jom masss kita buat... boleh minta dari dapo mas sikit pisang kalu ada lebih hehehe..nak tunggu kebun pisang baru tanam haha..
naz .. cntek tol hiasan leh buat hantaran niii...

Ayu said...

wah serimuka pisang, cantik colour kuih ni naz.. cantik juga hiasan bunga kat atas tu ..akak tenagh tenung kuih naz yang kat atas sekali tu..heheh

Anna Qawina said...

cantiknyaaaa...sedapnyaaaa...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...