Selamat datang kepada semua pengunjung blog CUTE OVEN, SMALL KITCHEN. Diharap dengan kunjungan anda dapatlah kita berkongsi ilmu disamping menambah kenalan. Terima kasih atas kesudian bertandang ke sini.

Untuk makluman, di dalam blog ini sukatan cawan adalah menggunakan cawan metrik manakala sukatan sudu pula 98% adalah menggunakan sudu metrik.
Bagi yang sering bertanya apakah 'Tbsp' dan 'tsp'; 'Tbsp' = tablespoon & 'tsp' = teaspoon.

Recent Posts

Wednesday, January 5, 2011

ASAM PEDAS IKAN TENGGIRI


Assallamualaikum dan salam sejahtera.

ASAM PEDAS IKAN TENGGIRI

Sumber : Naz's CUTE OVEN, SMALL KITCHEN

Bahan-bahan :
5 keping ikan tenggiri (dibersihkan dan dibasuh)
6 Tbsp cili kering mesin (boleh tambah lagi untuk lebih pedas dan kuah lebih pekat)
5 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
3 inci halia
2 inci belacan
2 batang serai (diketuk)
2 tangkai daun kari
Daun kesum secukupnya
Beberapa batang bendi (ikutlah banyak mana nak letak)
3 - 4 Tbsp asam jawa (dibancuh dengan air)
Air secukupnya
Garam
Minyak untuk menumis


 Cara-cara :
1.  Mesin bawang  merah, bawang putih, belacan dan juga halia bersama cili kering.
2.  Panaskan minyak di dalam periuk.  Tumis bahan mesin bersama daun kari dan serai.  Biar hingga naik bau dan pecah minyak.
3.  Masukkan air asam jawa dan air.  Bila mendidih, masukkan ikan.
4.  Masukkan bendi dan juga daun kesum.  Rasakan garamnya.  Setelah masak tutup api.  Hidangkan.

NOTA :
Kalau suka boleh juga dimasukkan buah tomato dan juga bunga kantan.

2 comments:

Paty's Kitchen - Cook with passion. said...

Asam Pedas Ikan tengiri favorite saya ni, dihirup-hirup macam sup. meleleh air liur tenguk. Sodap ni

cikmanggis said...

hai pagi pagi nampak asam pedas ni terus nak makan nasi..salam tahun baru semoga ceria ceria selalu ya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...