Assallamualaikum dan salam sejahtera.
Tak boleh celoteh panjang-panjang ni. Baby Maisarah Hani dah tido tapi asyik terjaga jer.. Mungkin sebab selsema. Jadi Ummi dia kena cepat-cepat habiskan kerja dan nak kena pergi tidur jugak..
Buat kuih ni petang tadi. Asalnya nak buat kuih lompang yang guna gula merah tu tapi anak dara sorang ni (Husna) asyik merayu suruh buat yang ada kaler-kaler. Yang ada kaler-kaler baru sedap katanya.. Jadi, ummi dia pun buatlah seperti yang diingini oleh si anak dara. Nampaknya kena cari masa lain pulak untuk buat kuih lompang gula merah.
Memang menarik bila colourfull macam ni dan cepat pulaklah habis sebab anak-anak suka kuih ni rupanya.. Tulah... ummi dia tak pernah cuba buat sebelum ni. Ingatkan tak dapat sambutan. Rupa-rupanya, kuih belum dikeluarkan dari acuan lagi dah tak sabar-sabar masing-masing nak makan. Nasib baik sempat ambil gambar. Itu pun sebab Naz suruh anak-anak tunggu dulu sebab nak snap gambar. Hehehe... kesian anak-anakku kena tunggu...
Okey, resepi asal dari blog Bro Rozzan ni. Tapi resepi di bawah ni, ada ubah suai sikit yang Naz buat mengikut selera Naz. Jadi siapa nak tengok resepi asal boleh klik pada nama Bro Rozzan ni ye.
KUIH LOMPANG
Oleh : Naz's CUTE OVEN, SMALL KITCHEN
Bahan-bahan :
50 gm tepung beras }
50 gm tepung ubi } Bancuh bahan-bahan ini hingga sebati - ADUNAN A
100 ml santan }
125 gm gula pasir }
100 ml air } Masak hingga gula larut dan sejukkan - ADUNAN B
1 helai daun pandan }
1/4 cawan kelapa parut muda }
Secubit garam } Gaul sebati dan kukus sebentar
Beberapa pewarna pilihan
Cara-cara :
1. Masukkan ADUNAN B ke dalam ADUNAN A. Kacau sebati dan tapis sekiranya perlu.
2. Bahagikan kepada beberapa bahagian dan warnakan mengikut warna pilihan anda.
3. Panaskan kukusan. Sapu sedikit minyak masak di bahagian dalam acuan lompang.
4. Susun acuan lompang di dalam pengukus. Tuang adunan lompang dan kukus 8 hingga 10 minit atau sehingga masak.
5. Biarkan sejuk sebelum dikeluarkan dari acuan. Hidangkan bersama kelapa parut apabila ingin dinikmati.
NOTA :
Dengan adunan di atas, Naz dapat 16 biji kuih lompang ni.
SELAMAT MENCUBA!
11 comments:
naz,bila dah tido tu jgn lupa yg anak tu selsema..kena lelap2 ayam je lah nampaknya tu ya..
bagi akak kuih lompang 7 ketui..hehe
wah cun lah lompang ni....sure bebudak suka kan...saya pun suka..hehe
Cantiknya kuih ni, menggoda warnanya, kak pun suka gak....
Salam Naz akk pun suka kuih lompang ni..tapi acuan pun belum beli lagi..nak kena cari acuan dulu ni..dh tergoda tgk
budak2 sukeeee jer kuih warna warni kan..mama diorg gak yg kena cuci banyak mangkuk...hihih..apa2pun mmg nampak menarik laa kalerpul2 nih..mintak kaler biruuuuuuuuu
salam naz,
cantiknya warna kuih lompang ni..
akak belum pernah try buat sendiri kuih lompang, dulu2 mak selalu juga buat..
Hy Naz,
first time here...fascinating space you have ...happy to follow u..
do stop by mine sometime..
Tasty appetite
Salam Naz. Cantik nya lompang ni... lama nya tak mkn... nak ngorat ler seketoi dua...hehe.
salam kenal...cantik kuih lompang tu warna warni..lama x mkn :)
Sedap plak nampak kuih lompang tu. Lama xmakan... Bak sini 5 ketul!!
Post a Comment