ASSALLAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA.
Alhamdulillah masih lagi diberi kesempatan untuk mencoret resepi di blog yang suam-suam kuku ini..hehehee..
Kali ini Naz nak masukkan resepi yang memang menjadi kegemaran Naz. Sambal goreng tempoyak ikan bilis ini memang selalu mak Naz buat kalau ada stok tempoyak. Dari kecil lagi Naz dah biasa makan sambal ni. Ayah dan adik-beradik yang lain pun memang gemar sangat sambal goreng tempoyak ni. Buat pedas-pedas sampai berdesing telinga masa makan lagi best! Tapi siapa yang nak buat, adjust lah ikut tahap kepedasan masing-masing yer. Nanti ada yang berlari-lari keesokan hari tak sempat-sempat nak pergi toilet..heheheeee...
Kali ini Naz nak masukkan resepi yang memang menjadi kegemaran Naz. Sambal goreng tempoyak ikan bilis ini memang selalu mak Naz buat kalau ada stok tempoyak. Dari kecil lagi Naz dah biasa makan sambal ni. Ayah dan adik-beradik yang lain pun memang gemar sangat sambal goreng tempoyak ni. Buat pedas-pedas sampai berdesing telinga masa makan lagi best! Tapi siapa yang nak buat, adjust lah ikut tahap kepedasan masing-masing yer. Nanti ada yang berlari-lari keesokan hari tak sempat-sempat nak pergi toilet..heheheeee...
Mak Naz kalau masak sambal tempoyak ni, tak ada resepi standard pun. Air tangan seorang ibu kan. Main campak-campak pun, sedap sampai rasa tak cukup. Jadi resepi ni Naz cuba olah sendiri supaya ada asas cara membuatnya. Memang senang sangat pun.
SAMBAL GORENG TEMPOYAK IKAN BILIS
RECIPE BY: Naz @ovenkecil.blogspot.com
Bahan-bahan:
- 1-2 genggam ikan bilis
- 3 biji cili merah
- 1-2 genggam cili padi (boleh adjust ikut tahap kepedasan yang diingini)
- 4 ulas bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 1 labu bawang besar (dimayang)
- 3-5 sudu besar tempoyak
- Garam dan gula secukup rasa
- Minyak masak
Cara-cara:
- Basuh ikan bilis dan toskan. Goreng hingga garing, angkat dan ketepikan.
- Tumbuk bawang merah, bawang putih bersama cili merah dan cili padi.
- Panaskan sedikit minyak bekas menggoreng ikan bilis tadi. Tumis bahan tumbuk hingga betul-betul garing. Masukkan bawang besar yang dimayang. Goreng hingga layu sambil mengacau sambal agar tidak hangit.
- Masukkan tempoyak dan gaul rata. Rasakan garam dan gulanya. Bila telah sebati matikan api dapur.
- Tunggu hingga sambal suam atau sejuk baru masukkan ikan bilis dan gaul rata. Tujuan masukkan ikan bilis apabila sambal telah sejuk ialah untuk mengekalkan kerangupan ikan bilis di dalam sambal. Kalau digaul semasa sambal masih panas, ikan bilis akan lemau.
- Nikmati dengan nasi panas.
NOTA NAZ:
- Sambal goreng tempoyak ni memang sedap sangat kalau dibuat pedas-pedas. Biasanya Naz memang suka sambal yang betul-betul kawww!! Jadi ikutlah lidah masing-masing ye.
- Bahan-bahan di atas tu hanya sebagai garis panduan saja. Boleh saja diubah suai supaya menjadi lebih sedap mengikut selera masing-masing.
- Kalau gantikan ikan bilis dengan udang pun sedap.
SELAMAT MENCUBA!
18 comments:
salam Naz..
aduii sedapnya nampak terliur lah tengok posa2 ni..
salam nadz..
dah terbayang2 kesedapan sambal ni nadz... mesti selera kalau hidang waktu sahur kan... akak sejak2 kawin je baru reti mkn tempoyak.. sbb umah mertua ada pokok doyan.. & tempoyak pun mmg byk..
Nadz, pasti sedap ni.Terliur kak Ros.
tahan mata, tahan perut, tahan kecur pendek kate tahan segalanyalah! bestnya kak, terbyang-bayang mas bau sambal akk yg ada tempoyak ni...bestnya tempoyak!
baru nani tahu cara nak buat bilis tu rangup. nanti nani ikut cara kak naz biar sambal sejuk baru gaul dengan bilis.
salam nazz cyggg..wahh sedapnya sambal naz tue..terasa-rasa kt tekak nie naz..nk dtg umh oleh ..he hehe ada lg x naz?.
tu diaaa... sedapnye... sambal goreng dah memang le sedap ya amat...lagi letak tempoyak emang terangkat le...makan nsik sure bertambah2 ni
Sedapnya sambal bilis tempoyak... biasa buat yang guna cili api n kaler kuning... nanti boleh cuba pulak yang ini... Kalau makan dengan nasi panas-panas, hmmmmmm taktaulah berapa round... :)
salam ramadhan naz. Tang tempoyak ni yang bundo tak tahan ni.
Assalam NAZ,
Wah sedap nampak sambal goreng ikan bilis ada tempoyak ni..akak belum pernah rasa tempoyak macam mana lagi..hehe..pasti menyelerakan ..
salam ramadan buat Naz & family juga ya..
Salam Naz. sambal ikan bilis mmg sedap dicampur pula dg tompoyak lagilah menambat selera. Air tangan ibu mmg tak da tandingan...campak2pun sedap jadinya...tak payah buka resepi...semua menjadi enak....
Assalamualaikum kak naz..dtg pepagi buta ni nk kejutkn sahur.kekeke..
Mmg betul tu kak,kepedsn mmg kena adjust ikut lidah..kalo sy ni x berapa thn pedas sgt..lidah manja katekan.hahaha..kalo buh smpai segenggam tu mau cicip2 jer sy mkn ataupun standby air siap2..tp mkn pedas ni mmg leh lupa diri n lupa diet.kikiki
ada bubuh tempoyak, sama ngan menu kita ari ni...tapi kita masak ngan udang..
Salam Nadz akak datang nak bayar pengeras dah buat dah kek chocolate moist versi dua..buat sebelum puasa baru sempat nak buat entry. - http://patyskitchen.blogspot.com/2012/07/nadz-chocolate-cake.html
Sedap Nadz...thanks for sharing ya..nanti lepas raya akak nak guna resipi sama untuk black forest..ha..ha...
Assalamualaikum Naz Cayang
Salam Ramadhan
Maaflah lama Kak Lin tak update blog...Hari ni baru Kak Lin berkesempatan berkunjung ke sini...
Sedapnya sambal tompoyak ikan bilis...kalau makan nasi dgn lauk ni tentu bertambah2...
asslm Kak Naz...hrtu lg dh nmpk sambal ni kat FB tp maaf yer...xsempat2 QH nk singgah ke sini...
mmg nmpk sedap n myelerakan sambal tu...merah menyala kalernye...dh sambalkan mmg gitu la kalernye yer x...hihi...tp QH xmkn tempoyak...hehe
salam ramadhan naz
akak pun buat sambal ikan bilis tapi dengan tempe
tak makan tempoyaklah pulak
memang fav habis ni...
terliur
Post a Comment