Selamat datang kepada semua pengunjung blog CUTE OVEN, SMALL KITCHEN. Diharap dengan kunjungan anda dapatlah kita berkongsi ilmu disamping menambah kenalan. Terima kasih atas kesudian bertandang ke sini.

Untuk makluman, di dalam blog ini sukatan cawan adalah menggunakan cawan metrik manakala sukatan sudu pula 98% adalah menggunakan sudu metrik.
Bagi yang sering bertanya apakah 'Tbsp' dan 'tsp'; 'Tbsp' = tablespoon & 'tsp' = teaspoon.

Wednesday, 8 August 2012

BISKUT COKLAT URAI


ASSALLAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA.

Semua dah sibuk buat biskut raya ye? Bahang untuk menyambut Syawal semakin terasa sekarang ni kan. Makin dekat semakin sibuklah semua orang ye. Naz ni bahang nak menyambut Syawal memang dah terasa cuma bahang nak megupdate blog je yang kurang..hehehee...

Ok memang nak kurangkan membebel panjang-panjang. Jadi terus saja cerita tentang biskut ni ye. 

Biskut coklat urai ni, Naz ambil resepinya dari blog  Qasey Honey. Biskut ni penuh dengan rasa coklatnya. Kalau yang coklat-coklat ni, memang anak-anak suka.


Resepi asal biskut adalah dari majalah Rasa dan dikongsikan oleh Qasey Honey di blog beliau. Naz copy dan paste dari blog Qasey Honey. Terima kasih Qaseh. Akak kongsikan di sini pula ye.

BISKUT COKLAT URAI (Anggaran 40 – 50 biji)
RECIPE BY: Chef Jamaliah Ahmad (Majalah Rasa (Selera Syawal) Ogos 2011)

Bahan-bahan:
  • 250gm mentega
  • 140gm gula halus
  • 2 biji kuning telur
  • 480gm tepung gandum + tepung red rose (Naz cuma guna tepung gandum saja)
  • 50gm serbuk badam
  • 50gm serbuk koko 
  • 2 sudu teh esen vanilla
  • Sedikit coklat urai – untuk hiasan

Caranya:
  1. Pukul mentega dan gula hingga kembang
  2. Kemudian masukkan kuning telur bersama esen vanilla.
  3. Masukkan serbuk badam, serbuk koko dan juga tepung (untuk tepung dimasukkan sedikit demi sedikit). Pukul lagi hingga menjadi adunan yang lembut. (Naz cuma uli dengan tangan hingga mendapat doh yang lembut dan tidak melekat di tangan. Tepung tu Naz tak gunakan semua. Cukup sekadar adunan telah menjadi doh yang boleh diterap).
  4. Uli adunan dan kemudian terapkan dengan acuan.
  5. Taburkan dengan corak urai di atasnya dan bakar pada suhu 175C selama 20 minit.
Info Chef: Pastikan ketuhar dipanaskan terlebih dahulu sebelum memasukkan adunan biskut ke dalamnya.


SELAMAT MENCUBA!

10 comments:

EmbunRosaliza said...

Assalam naz, wah dah stat ngukis, rajin tu, mesti sedap ni kalo ada coklat2, terutamanya anak2

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

Salam, Naz... aku seketul pun tak buat lagi Naz, tolonggggggggggg!!

zila norazila said...

salam syg naz..wahhh dh try resepi qh yer...kita x tercuba lg nie nas..tgh skodeng2 resepi kukis naz nie..:)..cute kukis tue..:)

Kak Rose said...

masa menguli tu nampak macam keras jer, tu pun tepung ada baki 120gm lagi, bila tengok kat rumah Naz ni baru tau tepung x yah abeskan.... adoyai!!! terpaksa uli semua dan tambah butter! harap2 jadi le.

Unknown said...

wah menariksss jugak ni boleh akak pun try nnti seg mencari cookies yg sedap ni copy ya Naz..

quinnie said...

sedapnya biskut rasa coklat ni...suka...tapi dah byk sgt biskut nak dibuat ni..kekekke

Melly Octaviana said...

Kalo biskuit rasa coklat mah bukan anak anak aja yang suka, yang besar juga suka..hehe

Mas Sani said...

Meh kak kita tukar suka sama suka hihihi...xleh tahan nengok kukis yg de cekelat, rasa nk kunyah2 je hihihi

Qasey Honey said...

slm kak Naz cyggg...tima kasih kak sudi cuba resepi dr blog QH...mmg sedapkan biskut ni..penuh rasa coklat...antara biskut fav QH juga...tepung pon QH xgunakan sepenuhnya...agak2 doh dh bleh dterap sudah...kt blog pon QH ade terangkan jugak cara QH mbuatnye...

Rohah said...

best biskut coklat2 mcm ni...(mak budak mcm sy pun suka...D):

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...