Selamat datang kepada semua pengunjung blog CUTE OVEN, SMALL KITCHEN. Diharap dengan kunjungan anda dapatlah kita berkongsi ilmu disamping menambah kenalan. Terima kasih atas kesudian bertandang ke sini.

Untuk makluman, di dalam blog ini sukatan cawan adalah menggunakan cawan metrik manakala sukatan sudu pula 98% adalah menggunakan sudu metrik.
Bagi yang sering bertanya apakah 'Tbsp' dan 'tsp'; 'Tbsp' = tablespoon & 'tsp' = teaspoon.

Recent Posts

Sunday, August 12, 2012

COFFEE SNOW ALMOND

 

ASSALLAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA.

Salah satu biskut yang agak terkenal beberapa tahun kebelakangan ni bila tiba menjelangnya Aidilfitri. Ada beberapa versi resepi biskut snow almond ni. Kali ini, Naz mencuba resepi snow almond dari majalah Saji yang diketengahkan oleh umifeeza di laman myresipi.

Sedikit kelainan pada rasa snow almond ini dimana ada rasa kopi di dalam biskutnya. Naz kongsikan di sini pula resepi ini.

COFFEE SNOW ALMOND
RECIPE FROM: Majalah Saji '07
SOURCE: Ummifeeza(myresipi), Noorsha(1001 cerita 1001 rasa)
TRIED BY: Naz @ovenkecil.blogspot.com

BAHAN A:
  • 200gm butter
  • 100gm gula kastor
  • 1 sudu besar shortening
  • 1 sudu kecil esen kopi
  • 1 biji kuning telur
  • 1 sudu teh serbuk nescafe segera (yang ni Naz tambah)
BAHAN B:
  • 220gm tepung gandum
  • 70gm tepung ubi
  • 50gm nestum - dikisar 
  • 40gm badam kisar 
  • 1 sudu besar coffeemate  
HIASAN:
  • Coklat masakan - dicairkan
  • white breadcrumb 

Cara-cara:
  1. Pukul butter,gula dan shortening hingga sebati. Masukkan esen kopi, serbuk nescafe dan kuning telur. Gaulkan rata.
  2. Satukan kesemua bahan B dan masukkan ke dalam adunan A, sedikit demi sedikit.
  3. Uli dan canai doh, terap menggunakan acuan pilihan anda.
  4. Bakar pada suhu 175 C selama 20minit. Angkat dan biarkan sejuk dahulu.
  5. Setelah sejuk, celupkan ke dalam coklat masakan yang telah dicairkan. Kemudian golekkan pula ke dalam serbuk roti putih tadi.
  6. Setelah coklat kering, bolehlah simpan dalam bekas kedap udara.

Bahagian dalam biskut yang rapuh.

NOTA NAZ:
  • Bila dah tambah serbuk nescafe tu, rasa biskut ni jadi lebih umpphhhh....
SELAMAT MENCUBA!

5 comments:

quinnie said...

saya dah 2 thn duk simpan resepi biskut ni kak..tak buat2 sebab bila pikir nak kena salut coklat tu yg malas..hehehe

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

salam naz..
byk dah sekuk ry dia.. biskut sampan kat bwh tu sgt nostalgia kan... tp akak tak pernah ternampak acuannya tu..

zila norazila said...

naz
resepi nie lahh yg paling best kan:)

Paty's Kitchen - Cook with passion. said...

Selamat Hari Raya Nadz dan Maaf Zahir Batin

Mama2Q said...

biskut ni la yang sedap giler saya makan tahun lepas tu...thn ni cari di tempat yg sama, tp tak jumpa....jumpa kat umah naz pulak...huhu...

selamat hari raya naz!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...