Selamat datang kepada semua pengunjung blog CUTE OVEN, SMALL KITCHEN. Diharap dengan kunjungan anda dapatlah kita berkongsi ilmu disamping menambah kenalan. Terima kasih atas kesudian bertandang ke sini.

Untuk makluman, di dalam blog ini sukatan cawan adalah menggunakan cawan metrik manakala sukatan sudu pula 98% adalah menggunakan sudu metrik.
Bagi yang sering bertanya apakah 'Tbsp' dan 'tsp'; 'Tbsp' = tablespoon & 'tsp' = teaspoon.

Recent Posts

Friday, August 12, 2011

AYAM BUMBU BALI


Assallamualaikum dan salam sejahtera semua.

Aik! Menu ayam sambal lagi??? Nak buat macam mana. Dah yang ni la kegemaran orang di rumah ni. Tukang masaknya pun suka nak masak lauk yang bersambal-sambal ni..hehehe..

Resepi Ayam Bumbu Bali ni Naz tungkil dari blog Diana@Sky Blue's Kitchen. Naz kongsi di sini pula ye Diana. Tq. Memang sedap!

AYAM BUMBU BALI
Sumber Resepi : saw_wei via Diana@Sky Blue's Kitchen

Bahan-bahan :
  • 1 ekor ayam - dipotong 20 (Naz guna 1/2 ekor jer)
  • 1 cm lengkuas - ditumbuk
  • 3 helai daun limau purut
  • 2 biji buah tomato
  • 2 sudu makan kicap manis
  • 2 helai daun bay (Naz guna yang kering)
  • 2 batang serai - dititik (Naz tambah seperti Diana)
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak masak
Bahan-bahan  Kisar :
  • 7 biji cili merah
  • 5 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 2 cm halia
  • 3 biji buah keras
  • 1/2 tsp belacan bakar
  • 2-3 tbsp cili kering kisar (Naz tambah macam Diana)
  • 2 batang serai (Naz tambah)

Cara-cara :
  1. Gaul ayam bersama sedikit garam dan perap seketika.
  2. Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga masak tapi jangan garing. Angkat dan ketepikan.
  3. Di dalam kuali lain, panaskan sedikit minyak(boleh guna minyak menggoreng ayam tadi) dan tumis bahan-bahan kisar sehingga naik baunya dan sedikit garing.
  4. Masukkan lengkuas, daun limau purut. daun bay, serai, tomato dan kicap manis. Gaul rata.
  5. Masukkan ayam goreng dan masak sehingga tomato hancur dan pekat.
  6. Angkat dan hidangkan dengan nasi putih.

SELAMAT MENCUBA!

8 comments:

ijayuji said...

Salam kak naz! alaaaa ayam bumbu bali ni sampai skrg tak terbuat buat hihihi...nmpk sedap tu kak, kalau buat pedas2 ohhhhhh lalala mmg best!

Mamasya said...

Aslmkum Naz

Tengok bahan2nya ada limau purut..serai..tambah kicap...tentu sedap ni.
re; cekap jugak Naz bab pinggan mangkuk..hi..hi. tu pinggan tuan rumah...adalah serba sikit brg2 dapur yg tuan rumah bagi guna. gilir2 pakai dgn set pinggan mangkuk sendiri.

tun_telani said...

wahh... puasa2 ni dh sampai bali laaa.. hihi.. tun pun suka makan sambal2 nih.. mmg lajuu je mkn =)

Ayu said...

naz sedapnya nampak lauk naz ni..kalau dekat boleh akak minta 2-3 ketul buat sahur..heheh

Diana @ Melley Mey said...

Assalamualaikum naz..
terima kasih sudi cuba... teringat plak kat bali.. hehehee...

Juwita Jamaludin said...

kak naz ramai yang dah buat resepi ni bestnya nampak daum limau purut tu.. boleh la cuba nanti

Yatie said...

Assalamualaikum Naz,
menyelerakan sungguh tngk ayam bumbu bali ni..leh cuba ni..tq..

Deliah's Deli said...

nmpak meyelerakan! kiter pun suka yg sambal2 n kering2 sikit mcm ni..laparrrr!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...