Selamat datang kepada semua pengunjung blog CUTE OVEN, SMALL KITCHEN. Diharap dengan kunjungan anda dapatlah kita berkongsi ilmu disamping menambah kenalan. Terima kasih atas kesudian bertandang ke sini.

Untuk makluman, di dalam blog ini sukatan cawan adalah menggunakan cawan metrik manakala sukatan sudu pula 98% adalah menggunakan sudu metrik.
Bagi yang sering bertanya apakah 'Tbsp' dan 'tsp'; 'Tbsp' = tablespoon & 'tsp' = teaspoon.

Recent Posts

Monday, August 22, 2011

PUDING LAPIS GULA MELAKA


Assallamualaikum dan salam sejahtera semua.

Alhamdulillah..masuk hari ini, dah hari ke 22 umat Islam berpuasa dalam bulan Ramadhan buat tahun ini. Pejam celik..pejam celik..dah tinggal tak lebih dari 7 atau 8 hari lagi untuk kita meninggalkan Ramadhan bagi tahun 1432 H. Setiap orang semakin sibuk dengan persiapan untuk menyambut Syawal pula. Bila difikir-fikirkan, sayu pula rasa hati ni sebab tertanya-tanya, dapatkah aku menempuh satu lagi Ramadhan pada tahun hadapan. Berapa banyakkah lagi bulan Ramadahan yang Allah SWT beri peluang untuk aku hadapinya. Kadang-kadang dalam mengejar urusan seharian, kita terlupa pada persoalan seperti ini. Jadi marilah kita sama-sama berdoa semoga kita semua masih lagi diberi peluang untuk menempuhi banyak lagi episod Ramadhan pada masa hadapan..Insyallah..

Satu lagi juadah puding untuk berbuka puasa. Naz beri sikit pada MIL. Rasa puding ni seakan-akan rasa agar-agar santan gula melaka atau ada sesetengah orang panggil agar-agar gudir. Saja cari penyakit dan buang masa dok melapis agar-agar ni. Ada cara senang, nak buat cara susah pula kan..hehehe..


PUDING LAPIS GULA MELAKA

Bahan-bahan A :
  • 1 paket serbuk agar-agar 10 gm
  • 1 liter air
  • 200 gm gula melaka
  • 2 helai daun pandan - dibasuh dan disimpulkan

Bahan-bahan B :
  • 1 paket serbuk agar-agar 10 gm
  • 1 liter santan
  • 160 gm gula pasir
  • 1/2 tsp garam halus

Cara-cara :
  1. Masakkan bahan-bahan A di atas api hingga mendidih dan gula larut. Tapis dan masukkan ke dalam periuk semula dan biarkan di atas api paling kecil.
  2. Masakkan pula bahan-bahan B di dalam periuk yang lain hingga mendidih dan gula larut. Kecilkan api dan biarkan atas api paling kecil.
  3. Tuang 200 ml larutan agar-agar A ke dalam loyang. Biarkan keras sedikit permukaannya. Tak perlu tunggu hingga keras sepenuhnya. *(Kalau guna bekas kecil-kecil macam Naz, agak-agaklah ye nak tuang banyak mana setiap lapisan).
  4. Kemudian tuang 200 ml larutan agar-agar B ke dalam loyang tadi. Biarkan keras sedikit permukaannya. Buat hingga semua laurtan agar-agar A dan B digunakan secara berselang seli. *(Kalau nak cepat proses ni, setiap kali melapis, masukkan loyang ke dalam peti sejuk supaya setiap lapisan agar-agar cepat beku permukaannya).
  5. Akhirnya, masukkan loyang ke dalam peti sejuk dan biarkan keras sepenuhnya.

SELAMAT MENCUBA!

12 comments:

ilahjy said...

salam naz..
kemain cantek lagi puding ni minta kak ilah sikit... buat hantaran sesuai nie...

Sheila Shafeareen said...

Salam Naz cantik lah puding tu mould pun lawa bunga2 cinta lg..suka mkn puding waktu bebuka....nak try le

Diana @ Melley Mey said...

Assalamualikum naz...
cantiknya pudding nie naz... suka diana tgk... mmg cantik sgt!! makan time ianya masih sejuk mmg sedap kan naz... suka2!!

:.Noor Zaleha Jaafar.: said...

Ha..ha.. rajin buat puding bdk sorang ni...akak dh stop buat kuih dah. Dok focus buat kuih Raya lah pulaq...Apa kata setipa hari antaq kat umah sepiring na...na...:)

Sari Yusa Ibrahim said...

rajinnya melapis selapis selapis, sedap ni kan, lemak manis rasanya..

mawar merah said...

Naz..napa lah lawa sgt puding ni..

Nazrah said...

pergh..pengsan jap tengok puding tu...

tun_telani said...

fuhhhh.......... kalau tun mmg surrender dah nii.. haha.. cantik betul..

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

waahhhh.. lawanya puding!!!
wat hantaran pun boleh ni naz.. hehehe..

Juwita Jamaludin said...

kak naz.. lawanya.. sesuai guna acuan tu .. ita suka kalau rasa agar2 santan tu.. sedapnya

Deliah's Deli said...

cantik!! lama x bt agar2 santan ni. sy tgk naz rajin bt agar2..n cantik2 pl tu..:)

Yatie said...

uwaaaa tgk je pun dah tau mmmng sedap..rajin tul Naz melapis...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...