Selamat datang kepada semua pengunjung blog CUTE OVEN, SMALL KITCHEN. Diharap dengan kunjungan anda dapatlah kita berkongsi ilmu disamping menambah kenalan. Terima kasih atas kesudian bertandang ke sini.

Untuk makluman, di dalam blog ini sukatan cawan adalah menggunakan cawan metrik manakala sukatan sudu pula 98% adalah menggunakan sudu metrik.
Bagi yang sering bertanya apakah 'Tbsp' dan 'tsp'; 'Tbsp' = tablespoon & 'tsp' = teaspoon.

Tuesday 23 August 2011

NASI KUNING


Assallamualaikum dan salam sejahtera.

Siapa suka tengok rancangan masakan yang dihoskan oleh Sheila Rusly? Rancangan masakan yang kira popular juga tu.. Alaaaa.."Ketuk-ketuk Ramadhan".. 

Naz suka tengok rancangan ni tapi tak dapatlah ikuti setiap episodnya sebab banyak kerja lain juga yang menanti di rumah ni. Minggu lepas Naz tengok Shiela Rusly memasak Nasi Kuning ni. Buatnya simple sangat. Jadi terasa nak mencuba. Lagi pun minggu lepas birthday encik hubby. Saja la jamu orang di rumah ni dengan menu lain sikit bila berbuka puasa. Kebetulan Naz memang dah masak lauk rendang daging. Jadi nasi ni dimakan bersama rendang daging, telur masak gerau asam dan juga acar mentah.

Kalau tengok rancangan tu, selalunya resepi yang diberi tak dinyatakan secara terperinci berapa jumlah atau kuantiti bahan-bahan yang digunakan. Lebih kurang beri idea je kepada kita tentang menu yang ditunjukkan. Lepas tu pandai-pandai sendirilah adjust dan buat ye.

Jadi, resepi yang di bawah ni, Naz tulis secara detail tentang bahan-bahan yang Naz gunakan berdasarkan rancangan "Ketuk-ketuk Ramadhan" tu.


NASI KUNING
Idea Asal : Rancangan Ketuk-ketuk Ramadhan
Diolah Oleh : Naz@CUTE OVEN, SMALL KITCHEN

Bahan-bahan :
  • 2 cawan beras - dibasuh dan ditoskan
  • 2 batang serai - dititik
  • 2 ulas bawang putih - dimayang
  • 1 labu bawang besar - dimayang
  • 1 helai daun pandan - dicuci dan disimpulkan
  • Sedikit garam halus
  • 1/2 cawan susu cair
  • 2 cawan air
  • Sedikit minyak masak untuk menumis
  • 2 tsp serbuk kunyit

Cara-cara :
  1. Panaskan minyak dan tumis bawang merah, bawang putih dan juga serai. Biar hingga wangi.
  2. Masukkan beras dan gaul rata.
  3. Masukkan air dan susu cair.
  4. Masukkan garam dan juga daun pandan. Kacau rata.
  5. Taburkan serbuk kunyit dan gaul rata.
  6. Masak nasi seperti biasa.
  7. Apabila nasi telah kering, taburkan kismis atau gajus sekiranya suka.(part ni, Sheila Rusly tak buat..Naz tambah sendiri).
SELAMAT MENCUBA!

3 comments:

Nazrah said...

memang kuning dan menawan..makan mesti tak toleh belakang

Nuridah said...

Assalamualaikum Naz,

sedapnya nasi kuning tu...kak nur pernah msk nasi kuning tapi lain caranya....dh mcm teringin pulak tekak akak tengok.

tun_telani said...

wahh.. sedap nyer nmpk tu kak naz.. nasi kuning ganu versi lain pulak rasanyer. tp tgk bahan2 pun dh nmpk sedap tu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...