Hari ni merupakan hari ke 3 berpuasa dalam bulan Ramadhan tahun 1432 Hijrah. Dengan itu hari ini merupakan hari ke 3 anakanda Husna belajar berpuasa di usia 6 tahun. Alhamdulillah dua hari telah berlalu dan dapat Husna lepasi dan penuhi dua hari berpusa dengan baik.
Hari pertama berpuasa hari tu, Naz dan hubby pergi ke pasar Ramadhan. Bawa sekali Husna masa tu. Risau juga hati ni sebab takut dia tak tahan godaan. Maklumlah...dah hampir seharian dia berpuasa untuk kali pertama. Berjalan di pasar Ramadhan ni faham-faham je la bau-bauan yang datang menusuk hidung. Macam-macam hidangan dan makanan. Tapi Husna tengok makanan dia tak kisah pun. Tak heran pun nak beli apa-apa atau teringin apa-apa juadah. Cuma satu saja permintaan Husna. Dia minta dibelikan air tembikai untuknya bila dia ternampak air tu. Jadi kita orang pun belilah untuk dia. Makanan pun memang dah ada di rumah. Saja nak tengok jualan di pasar Ramadhan di hari pertama berpuasa.
Bila masuk kereta je, Husna terus baring di tempat duduk belakang sebab dia kata mengantuk. Yang sebenarnya mengantuk dan dah kehabisan tenaga rasanya tu. Mana taknya, sepanjang berpuasa tu, keletah dia sama macam masa dia tak berpuasa. Dengan mulut dia yang tak henti-henti berceloteh, bermain dan semua aktiviti biasa dia buat kecuali makan dan minum. Jenuh dah ummi dia ni suruh berhenti bercakap sebab takut dia lebih dahaga tapi macam tu jugalah perangainya. Bermain dengan adiknya, melompat ke sana sini, ketawalah...hai...hati ummi yang risau lebih-lebih. Disuruh tidur lepas solat Zohor tu, dia tak nak. Katanya nak tengok tv dan nak main dengan adik.
Ni la gambar Husna tertidur di dalam kereta. Tengoklah di tangan dia tu. Siap peluk air tembikai yang dibeli tadi..hehehehe...
Terharu juga hati ni bila Husna boleh menghabiskan puasa seharian tu tanpa banyak kerenah. Tiba-tiba Naz terfikir, semasa membentuk dan mengajar anak-anak ni, sebenarnya hati kita sebagai ibu juga kena kuat selain daripada hati mereka sendiri. Betul tak?
Semoga kita para ibu sama-sama berjaya membentuk diri sendiri dan juga membentuk anak-anak kita menjadi insan yang mulia di sisiNya..Insyallah..
Terharu juga hati ni bila Husna boleh menghabiskan puasa seharian tu tanpa banyak kerenah. Tiba-tiba Naz terfikir, semasa membentuk dan mengajar anak-anak ni, sebenarnya hati kita sebagai ibu juga kena kuat selain daripada hati mereka sendiri. Betul tak?
Semoga kita para ibu sama-sama berjaya membentuk diri sendiri dan juga membentuk anak-anak kita menjadi insan yang mulia di sisiNya..Insyallah..
13 comments:
alhamdulillah...comel nya dia tidur...selamat berpuasa yer...
salam naz,teringat akak masa mendidik along mula2 berpuasa 21 thn yg dulu.masa tu umur dia 5 tahun.
masuk sekolah tadika,cikgu ada bagi biskut.dia siap masukkan biskut tu ke dlm poket.sampai rumah dia bg akak..bila tanya dia kata biskut ni cikgu bg tapi along posa.
masa tu rasa terharu sunguh2.alhamdulillah anak2 akak mula berposa sejak umur 5 thn lg.pendekatan yg akak buat,masa umur 5thn tu waktu imsak jam 6.30.bila umur 6 thn turun ke jam 6.begitulah seterusnya..:)
alhamdudillah...husna berjaya berpuasa dengan baik...
ain ngan daniel pun tak banyak ragam masa berpuasa...
terharu mas dibuatnya...
Setuju sangat naz. Kali ni merupakan tahun k2 alif berpuasa, alhamdulillah sehingga semalam ok je. Tapi yang best berbuka dengan bersahur kena suapkan dia dulu jadi mamanya makan kurma je la.
salam Ramadhan, Naz.. hehe. Kelakar pulak tngokkan gelagat Husna peluk air tembikai tuh.. kih3. Tapi cara tido dia sebijik Yaya, hahahaha
Salam Naz
hehe...tgk anak u peluk air tu teringatkan my niece yg peluk plastik lauk sotong kegemaran dia masa mula2 start puasa dulu..at least yr anak peluk masa tidur kepenatan..my niece peluk masa celik nak tahan laparrrrrr kata dia...
brapa tahun ni knaz?tu la.. mak2 ni kna kuatkan. haiii imejin canner gmaknya sya nanti nk ngjr ank puasa. hihi. comel je peluk air..hihi
Salam kak naz!! mekaseh tuk kad tu nanti kita gantung ya :-) selamat menaymbut ramadhan buat akak juga! comel2!! :-)
Salam naz..melentur buluh harus dr rebungnya.Mmg la klu anak merenggek lapar,kita tgk pon kasihan tp kita kena kuatkn semangat lar...maybe ngan pujukan.
Anak2 k.atie dlm usia 5 tahun dah diajar puasa...tp ada lar yg pontengnya.bila dh usia 6 tahun mmg cukup sebln brpusa.Alhamdllh.semoga husna kuat semangatnya...
teringat zaman kicik2 dulu mula2 pose separuh hari dulu..hihi.. pastu dh masuk sekolah rajin pose sbbsape pose byk dpt lg byk duit raya.. hehe
Assalam naz,
wah dah boleh berpuasa sepenuh hari ya..tahniah buat Husna..ni akak tenagh latihkan anak akak yang pompuan tu 1/2 hari dulu..hehehe
salam ramadan buat Naz & family ya..
smga husna dpt berpuasa penuh.. mmg kesian tgok anak2 berpuasa..
anak saya si kakak belajar puasa masa umur 6 tahun gak(tahun lepas)..alhamdulillah,2 hari je yg setengah hari sebab keletihan amat sangat..taknak laa pulak paksa dia.harap tahun ni dia berpuasa penuh,,
semoga husna juga tetap rilek berpuasa..mmg kite sbg ibu harus tabah gak kan kak..kalo tak ibunya yg beria nak suh berbuka sbb x smpai hati tgk anak.haha
Post a Comment