Selamat datang kepada semua pengunjung blog CUTE OVEN, SMALL KITCHEN. Diharap dengan kunjungan anda dapatlah kita berkongsi ilmu disamping menambah kenalan. Terima kasih atas kesudian bertandang ke sini.

Untuk makluman, di dalam blog ini sukatan cawan adalah menggunakan cawan metrik manakala sukatan sudu pula 98% adalah menggunakan sudu metrik.
Bagi yang sering bertanya apakah 'Tbsp' dan 'tsp'; 'Tbsp' = tablespoon & 'tsp' = teaspoon.

Recent Posts

Wednesday, August 10, 2011

JELATAH


Assallamualaikum dan salam sejahtera.

Jelatah atau acar timun mentah ni adalah resepi yang paling mudah untuk disediakan. Potong bahan-bahan dan gaul je. Anak Naz, Husna memang suka makan jelatah ni tapi bukan semua bahan tu. Dia suka makan timun je dan juga kuah jelatah ni yang akan hadir bila kita campurkan semua bahan tu. Sebabnya, kuah tu kan rasa manis-manis sikit.

JELATAH

Bahan-bahan :
  • 1/2 biji nenas sedarhana kecil - dipotong kecil
  • 1 batang timun - dipotong
  • 1-2 labu bawang besar - dimayang
  • 2 batang cili merah - dihiris
  • 1 tsp cuka
  • 1 tsp gula
  • Secubit garam
Cara:
  • Campurkan semua bahan dan gaul rata. Sedia untuk dihidangkan.

SELAMAT MENCUBA!

7 comments:

HaSue said...

Huwarghh...kecur liur saya kak nazzz..huh.sabar2 puasa ni..hehe..sedap ni ratah gitu aje kak..aishh

tun_telani said...

kak naz.. tun kalau wat nasi minyak ke, nasi tomato ke, mmg akan geng kan dgn acar mentah nih. mmg jarang sgt laa mkn acar masak tu.

Cendana Kasih said...

waaa.. ada jelatah, ada ayam masak merah, ada gulai kawah...fuh...perfect...

Mamasya said...

Assalamualaikum Naz

Acar mmg sesuai sgt dipadankan dgn nasi beriani dan yg seangkatan dgnnya. tp kdg kalau nak cepat buat jugak acar mkn nasi putih bila masak lauk yg berkari. sedapnya tengok gulai kawah Naz kat bawah tu...pekat molek.

Deliah's Deli said...

lagi kiter scroll,lagi bkeroncong perut kiter..mmg terbaik la,blh tambah nasi tak buka nnti? :)))

Juwita Jamaludin said...

sedapnya tambah dengan gulai kawah memang kena.. ita suka jelatah.. makan ratah gitu pun best

Diana @ Melley Mey said...

sedaaaapnya nie naz... makan mcm tu jer pun diana boleh nie... mmg x tolak kalu nmpk nie.. sedap sesgt

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...