Selamat datang kepada semua pengunjung blog CUTE OVEN, SMALL KITCHEN. Diharap dengan kunjungan anda dapatlah kita berkongsi ilmu disamping menambah kenalan. Terima kasih atas kesudian bertandang ke sini.

Untuk makluman, di dalam blog ini sukatan cawan adalah menggunakan cawan metrik manakala sukatan sudu pula 98% adalah menggunakan sudu metrik.
Bagi yang sering bertanya apakah 'Tbsp' dan 'tsp'; 'Tbsp' = tablespoon & 'tsp' = teaspoon.

Thursday 4 August 2011

PERIHAL BUTTER GOLDEN CHURN. PENTING!!!!!

SILA KLIK PADA KERATAN AKHBAR UNTUK IMEJ YANG LEBIH BESAR DAN MUDAH DIBACA.

Assallamualaikum dan salam sejahtera.

Perihal butter Golden Churn ni rasanya dah berbulan-bulan diperkatakan. Mula-mula dulu dikatakan tidak halal. Kemudian baru-baru ni, ada pula mengatakannya halal.

Jadi ini berita terkini dari JAKIM dan juga JAIS yang telah sepakat melebelkan butter Golden Churn dari New Zealand tidak halal setelah penyelidikan dibuat ke atas butter tersebut. Untuk lebih puas hati sila klik pada keratan akhbar di atas untuk membacanya sendiri. Harap kawan-kawan dapat sampai-sampaikan tentang perkara ini kepada rakan-rakan seagama kita kerana perkara halal dan haram ni memang tak boleh dibuat main lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan makanan yang akan menjadi darah dan daging kita. 

Kepada yang tak pernah menggunakan butter ini, Alhamdulillah kita panjatkan kesyukuran kepada Illahi.   Kepada yang pernah menggunakannya tanpa mengetahui status butter ini dulu, haruslah bertaubat atas kesilapan lalu dan bersyukur atas maklumat terkini ini. Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah SWT dan yang buruk itu datangnya dari diri kita sendiri.

10 comments:

indahhouse said...

Salam ramadhan kak,
Terima kasih atas khabar trbaru.

Kak Rose said...

Naz, selamat berpuasa n tq soooo much for sharing the latest info... kalau dulu info yg flip flop kini dah sah n nyata. nasib baik x pernah guna butter ni!

Nuridah said...

Assalamualaikum Naz,

selamat menjalankan ibadah puasa dan berbuka apa nanti, Naz??

Fauziah Samad said...

Kejap halal kejap tidak. boleh buat main2 ke perkara ini? Kalau was was, tak payah gunalah kan?

tun_telani said...

kak naz.. tu laa.. butter pun blh ada DNA babi.. pelik betul.. nasib baik laa butter ni teramat mahal smp tun xsanggup nk beli. huhu

Deliah's Deli said...

hargany pun blh tahan jg..:)

intan morsalin said...

sya pon x pernah guna butter brand ni...slalunya guna buttercup jer...

hmmm..agaknya dah byk cik BAB* masuk dlm bdn kita tanpa kita sedar kan....

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

salam Naz..k.atie pon xpernah beli/guna golden churn ..

Juwita Jamaludin said...

salam naz.. macam2 sekarang ni ye.. tapi kalau kat msia ita guna buttercup je...

Treat and Trick said...

Apasal pergi letak benda haram tu, sungguh tak sangka...ingat semua butter tu halal. Terima kasih utk info ni...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...