Selamat datang kepada semua pengunjung blog CUTE OVEN, SMALL KITCHEN. Diharap dengan kunjungan anda dapatlah kita berkongsi ilmu disamping menambah kenalan. Terima kasih atas kesudian bertandang ke sini.

Untuk makluman, di dalam blog ini sukatan cawan adalah menggunakan cawan metrik manakala sukatan sudu pula 98% adalah menggunakan sudu metrik.
Bagi yang sering bertanya apakah 'Tbsp' dan 'tsp'; 'Tbsp' = tablespoon & 'tsp' = teaspoon.

Recent Posts

Monday, August 8, 2011

PUDING TEMBIKAI SUSU


Assallamualaikum dan salam sejahtera.

Puding tembikai susu ini enak dimakan bila telah disejukkan di dalam peti ais. Ni guna buah tembikai susu atau honeydew ye bukan buah tembikai + susu.. Nanti ada pula yang salah faham.


Di rumah memang dah ada sebiji buah tembikai susu. Tiba-tiba rasa teringin nak berbuka dengan satu hidangan puding pula. Jadi projekkanlah sedikit buah tembikai susu tu menjadi puding.

Sedap puding ni sebab lembut je. Kalau menggunakan buah tembikai susu yang memang ranum dan manis, lagi terangkat! Naz bagi sikit untuk jiran sebelah rumah. Takut banyak juadah dah masa berbuka, tak terhabis pula puding ni. Tapi memang laku pun puding ni sebab sedapppp..


PUDING TEMBIKAI SUSU

Bahan-bahan :
  • 10 gm serbuk agar-agar
  • 1 tin susu cair(400 ml)*
  • 100 ml susu pekat manis*
  • 100 ml air*
  • 3 sudu besar gula pasir* - boleh adjust ikut kemanisan
  • 2 biji telur* - dikocok sikit dengan garfu
  • 1 sudu teh asen vanilla*
  • 400 gm buah tembikai susu - dikisar(tak payah campur air tau!)
  • 100 gm buah tembikai susu - didadu kecil-kecil
  • Beberapa titis pewarna hijau


Cara-cara :
  1. Campurkan semua bahan yang bertanda * ke dalam periuk. Renehkan dengan api perlahan dan kacau.
  2. Tuang buah tembikai susu yang telah dikisar. Kacau rata.
  3. Masukkan serbuk agar-agar dan kacau hingga larut. Titiskan pewarna hijau dan kacau biar sekata warnanya.
  4. Masukkan buah tembikai susu yang didadu kecil. Kacau rata dan tutup api.
  5. Masukkan ke dalam bekas pilihan atau loyang dan biarkan keras. Boleh disejukkan di dalam peti ais.

SELAMAT MENCUBA!

15 comments:

Cendana Kasih said...

waaa..tembikai susu plak yer..sure sedap ni...

anymz said...

tgk resepi cam best yo tu naz..banyak susu.akak suka puding yg byk susu.rasa lemak2 manis kan?masuk list lah..lepas raya boleh try.anak2 akak kurang makan puding masa bln posa ni.diorang lebih ke mi,kue tiaw.lepas terawih boleh makan berulang2 mi tu..:)

Diana @ Melley Mey said...

cantik puding tembikar susu tu naz... anak2 pasti suka mkn kan

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

Salam Naz...sedap nie mkn sejok2 time berbuka.

tun_telani said...

kak naz.. tun suka mkn honeydew.. kalau ada kt umah, kompom xsempat wat puding sbb tun dh habis kn.. hihi

ijayuji said...

Salam kak naz!!! kita mcm tun kat atas nii hihihi suke honeydew tp tak sempat ler nak digodek sbb suke sgt makan gitu jerr kalau dah termula satu ngap mmg tak leh renti :D Cantek puding akak!

CT Delima said...

As'salam Naz

memang sesuai untuk buat pencuci mulut dalam bulan puasa ni. kena beli dulu tembikai susu baru dapat buat puding nya :)

Tangan k.ct dah okey Naz tu yang laju sikit nak menaip, kalau tak macam ayam patk jagung jer ..hihihi

:.Noor Zaleha Jaafar.: said...

Wah...Naz!!!
Memang terasa kesedapannya! rupanya..asal usulnya....memang x dpt dnafikan.BIla lah nk buat ni. Amat menyelerakan bila keluar dr peti sejuk...

Mama2Q said...

hehe naz..saya pun ada wat puding tembikau susu, tp puding segera punya, jenama nona...sedap gak la, bagi org yg tak pandai masak cam saya..hehe

Juwita Jamaludin said...

salam kak naz.. nampak lembut je puing akak tu.. tentu sejuk masuk tekak sedapnya

HaSue said...

Akak..jiran sebelah jer ke antakan..anto ler ke sini skali..hehe....sedapnya kak puding nih..

Lovely Kitchen said...

sempat tu buat puding honey dew...klu e-na beli honey dew habis ngap gitu jer...tp puding ni mmg sedap...nak gak yg sejukkkk1

Sari Yusa Ibrahim said...

bestnya kalu jadi jiran kau, Naz.. hehehe

Ida,Japan said...

suka buah honey dew...beli mmg tak sempat buat puding la naz..tapi puding ni satu kelainan, sbb guna fresh honey dew..mesti nyaman jer masuk mulut

tenku butang said...

wahh.. ni mesti sedap nii..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...