Selamat datang kepada semua pengunjung blog CUTE OVEN, SMALL KITCHEN. Diharap dengan kunjungan anda dapatlah kita berkongsi ilmu disamping menambah kenalan. Terima kasih atas kesudian bertandang ke sini.

Untuk makluman, di dalam blog ini sukatan cawan adalah menggunakan cawan metrik manakala sukatan sudu pula 98% adalah menggunakan sudu metrik.
Bagi yang sering bertanya apakah 'Tbsp' dan 'tsp'; 'Tbsp' = tablespoon & 'tsp' = teaspoon.

Recent Posts

Wednesday, August 10, 2011

NASI BRIYANI


Assallamualaikum dan salam sejahtera semua.

Nasi briyani ni Naz masak untuk menu berbuka puasa. Naz guna Rempah Briyani ADABI. Tapi masa sendukkan nasi tu, Naz terlupa nak taburkan gajus dulu. Jadi nasi tu nampak kosong jer la. Lagi pun masa berbuka mana sempat nak make-up makanan tu cantik-cantik. Anak-anak dah lapar. Jadi mana yang sempat jer la snap gambar. Naz hidangkan nasi briyani ni bersama daging gulai kawah, ayam merah tomato dan juga jelatah.

NASI BRIYANI

Bahan-bahan :
  • 2 cawan beras Basmati
  • 2 cawan air
  • 1/2 cawan susu cair atau yogurt asli(plain yogurt)
  • 2 sudu besar rempah nasi briyani ADABI
  • 3 sudu besar minyak sapi
  • 1 helai daun pandan - dibasuh dan disimpulkan
  • Sedikit daun ketumbar dan daun pudina
  • 1 biji buah tomato - dibelah empat
  • 11/2 tsp garam
  • Sedikit pewarna kuning
  • Sedikit gajus - digoreng sebentar

Bahan kisar :
  • 4 ulas bawang merah*
  • 2 ulas bawang putih*
  • 1 inci halia*

Bahan tumis :

  • 2 inci kulit kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 2 biji buah pelaga

Cara-cara :
  1. Basuh beras dan toskan.
  2. Panaskan minyak sapi. Tumis bahan tumis hingga naik bau dan masukkan bahan kisar. Tumis 2-3 minit.
  3. Kemudian masukkan rempah nasi biryani ADABI dan kacau hingga wangi.
  4. Masukkan air, susu cair, daun ketumbar, buah tomato dan daun pandan. Kacau hingga mendidih.
  5. Masukkan beras dan garam. Gaul rata dan masak nasi seperti biasa.
  6. Apabila nasi kering, titiskan pewarna kuning di beberapa bahagian. Tutup periuk dan biarkan nasi masak sepenuhnya. Gaul rata nasi dan taburkan gajus. Sedia untuk dihidang bersama lauk kegemaran anda.
SELAMAT MENCUBA!

13 comments:

cik cek said...

Waaa...ada nasi beryani ...fav kak cek ni...baru je kak cek buat minggu lepas...sedappp..:)

lina_pg said...

assalam Naz..wah dah ada menu raya la kat sini..minta nasi beriani sepinggan

♥LOVE2COOK♥ said...

Wow...I'd always make briyani rice something similar like this except for tomato. Guna Adabi or Baba's je.

Am I invited??? ;)

tun_telani said...

dah lamaaaaa sgt x wat nasi beryani nih.. xtau la nape, tp rasa mcm susah je.. maybe sbb tun biasa wat nasi beryani yg masak ayam pastu masuk ayam dlm nasi tu kot.. nnti nk wat yg gini, senang sket.

Chik Mimi said...

Assalam Naz lamaaanya akak tak BW,wah ada nasi beriani sedap tu akak ni 6.30 baru samapai rumah masak yg habis simple le

Kjee said...

salam Naz, Minat sangat Kjee nak buat cos bahan2 yang awak guna mudah sangat. nak tahu Naz masak dalam rice cooker ker?

Ida,Japan said...

ida suka nasi beriani...sedapnyer nmpk, kt sini ada jual rempah dr pakistan,rempahnyer amat la sedap naz

Diana @ Melley Mey said...

Assalamualaikum naz...
nasi briyani ler... sedaaaapnya tu naz... suka makan... dah lama diana x buat.. sedap3!

anymz said...

akak nak angkut resepi lah naz.nampak simple je tu..akak mmg suka masak yg nampak simple tapi sodap.bahan2 pun senang nak dapat..:D

inahar ali said...

huwaaaaaa...akak sudah termiss nasi beriyani nih semalam..sure dh abih kan?? arini naz masak apa utk berbuka? selamat berpuasa ye naz!

nOOrsha said...

salam kak naz..sedapnyer kak..rase cam keje kawen la pyulak ade nasik beriani bagai nih.. hihih

Juwita Jamaludin said...

salam kak naz.... lengkap dah menunya dengan nasi berian dan kawan2 dibawah tu ye... sedap lama ita tak makan nasi beriayani ni.. kena buat ni

Cik Ecah said...

syoknyer tgk..rantaian lauk dan nasinyer sekali....
heeeehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...