Selamat datang kepada semua pengunjung blog CUTE OVEN, SMALL KITCHEN. Diharap dengan kunjungan anda dapatlah kita berkongsi ilmu disamping menambah kenalan. Terima kasih atas kesudian bertandang ke sini.

Untuk makluman, di dalam blog ini sukatan cawan adalah menggunakan cawan metrik manakala sukatan sudu pula 98% adalah menggunakan sudu metrik.
Bagi yang sering bertanya apakah 'Tbsp' dan 'tsp'; 'Tbsp' = tablespoon & 'tsp' = teaspoon.

Recent Posts

Saturday, 23 November 2013

KASWI DURIAN

Assallamualaikum dan salam sejahtera.

Kaswi durian yang memang umphhh... Ini bergantung juga pada rasa durian yang digunakan ye. Kalau guna isi durian yang sedap rasanya, maka makin sedaplah rasa kaswi ni. Tapi bukanlah maknanya nak kena guna isi durian D24 atau durian musang king. Asal isi durian yang digunakan tu elok dan molek dari segi rupa, tekstur dan rasanya, bolehlah menjadikan kuih kaswi ni sedap. Terjumpa dan terlihat kaswi durian ni di blog kak Norlie Harumaini. Resepi asalnya dari kak Besah di My Resipi.

Kak Norli buat kaswi tu untuk dibawa sebagai juadah pada meeting rakan kenduri muafakat di tempatnya tinggal. Dapat pujian pula tu dari rakan-rakan kak Norlie di sana. Jadi dah jatuh hati pula Nadz ni nak mencubanya.

Sesungguhnya memang tak sia-sia mencuba kuih kaswi ni. Sedap you! Ada rasa lemak-lemak manis dalam kuih ni. Makan tanpa kelapa parut muda tu pun dah sedap. Nyummm...

Nadz kongsikan di sini pula resepi ni yer.


KASWI DURIAN

Bahan-bahan ( seloyang kcik jer ):
  • 1 cwn tpung gandum
  • 1 cwn tpung ubi
  • 2 1/3 cwn santan (1/2 cwn sntan pekat + air) * akak guna santan kotak
  • 1/2 cwn isi durian
  • 2/3 cwn gula pasir
  • 1/2 suduteh garam
  • 1/2 suduteh AIR KAPUR sireh
  • sedikit pewarna kuning telur
  • secawan kelapa parut putih + secubit garam (jika xnk cpt basi kukus 5 mnt)

Cara penyediaan :
  1. Panaskan air kukusan.
  2. Campur rata / sebati semua bahan. bleh blend jika suka. 
  3. Sapu sedikit minyak dlm loyang, pastu masukkan adunan. jgn tebal sangat, x best. lbehkurang 1 inci suku cukup. kukus 30 minit atau hingga masak.
  4. Bila sejuk, blehla dipotong & digaul bersama kelapa parut.
SELAMAT MENCUBA!

3 comments:

Bbwana adienia said...

salam kak..

wah, nampak cantik dan sedap la kaswi durian tu..sya pun mau buat kuih/kek yang berasaskan durian tapi kat sini harga durian masih mahal..huhu.

tun_telani said...

sekali pandang nmpk mcm kuih qasidah.. :) tun xsempat lg nk gi usha2 durian. pergi pasar xjumpa lg durian, tp ada kawan ckp kt pasar mlm ada, umah jauh sgt dr bandar, jarang sgt kuar mlm2 hari.

adda syuhada said...

sedapnya....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...