Selamat datang kepada semua pengunjung blog CUTE OVEN, SMALL KITCHEN. Diharap dengan kunjungan anda dapatlah kita berkongsi ilmu disamping menambah kenalan. Terima kasih atas kesudian bertandang ke sini.

Untuk makluman, di dalam blog ini sukatan cawan adalah menggunakan cawan metrik manakala sukatan sudu pula 98% adalah menggunakan sudu metrik.
Bagi yang sering bertanya apakah 'Tbsp' dan 'tsp'; 'Tbsp' = tablespoon & 'tsp' = teaspoon.

Recent Posts

Friday, 22 November 2013

KEK MARBLE SUSU (Chef Norzailina)

 Assallamualaikum dan salam sejahtera.

Hari ni nak kongsikan resepi KEK MARBLE SUSU kepunyaan Chef Norzailina. Kek yang memang lembut dan sedap ni dah beberapa kali Nadz cuba. Memang menepati citarasa. Resepi ni pun rasanya memang sudah lama terkenal dan ramai juga yang telah mencubanya. Bagi sesiapa yang belum pernah mencuba resepi ini, bolehlah mencubanya ye. InsyaAllah, tak kan menyesal.

KEK MARBLE SUSU
Tried by : Nadz @ovenkecil.blogspot.com


Bahan-bahan :
  • 250 g mentega
  • 230 g gula halus
  • 2 camca teh ovalette
  • 4 biji telur gred A
  • 270 g tepung gandum*
  • 1 camca teh serbuk penaik*
  • 60 g susu pekat manis
  • 2 camca besar serbuk koko
  • 2 camca besar susu cair
  • 1 camca teh coklat emulco
*Diayak bersama


Cara Penyediaan :

  1. Pukul mentega, ovalette dan gula hingga kembang. Masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga gebu.
  2. Masukkan susu pekat dan gaul rata. Bubuh tepung sedikit demi sedikit hingga habis, gaul rata.
  3. Bahagi adunan kepada 2 bahagian yang sama banyak. Satu dibiarkan tanpa warna dan satu bahagian di campur dengan susu cair, serbuk koko dan coklat emulco. Gaul hingga sebati.
  4. Tuang secara berselang seli antara adunan tanpa warna dan adunan coklat dalam acuan berukuran 22 cm yang telah dilengser dengan marjerin dan dasarnya dialas dengan kertas minyak.
  5. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 190 C selama 30 - 35 minit. Keluarkan dan biar sejuk atas redai.
SELAMAT MENCUBA!

9 comments:

Bbwana adienia said...

salam kak..

sya pernah buat kek ni dulu..memang cantik jadinya dan sedap.

Cheq Sue said...

Wahhh....cantiknya kek tu..perfect belangnya

Yatie said...

cantiknya kek marble ni, lama tak wat kek mcm ni..teringinlah plk...

adda syuhada said...

sedapnya....

tun_telani said...

Salam kak naz :) cantik belang2 dia tu.. tun skrg ni kalau buat kek mmg makan sorang2 je, xtau angin apa cik abg tun nih, tiba2 xminat pulak nengok kek. nk kuih2 yg xmanis je.

Eyma Balkish said...

Tak pandai sangat nak buat belang-belang gitu..huhu...

zila norazila said...

Zila amik resepi ye..suka mkn mrble cke..mmg x jmu.

Noor Aziemah Sapie said...
This comment has been removed by the author.
Noor Aziemah Sapie said...

# kalau tak letak Ovallete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...