Selamat datang kepada semua pengunjung blog CUTE OVEN, SMALL KITCHEN. Diharap dengan kunjungan anda dapatlah kita berkongsi ilmu disamping menambah kenalan. Terima kasih atas kesudian bertandang ke sini.

Untuk makluman, di dalam blog ini sukatan cawan adalah menggunakan cawan metrik manakala sukatan sudu pula 98% adalah menggunakan sudu metrik.
Bagi yang sering bertanya apakah 'Tbsp' dan 'tsp'; 'Tbsp' = tablespoon & 'tsp' = teaspoon.

Monday 25 November 2013

CHOCOLATE CHIFFON CAKE

 

 Assallamualaikum dan salam sejahtera.

Nampaknya mood membaking sudah mula ada. Actually dah dua tiga hari anakanda Maisarah Hani sibuk nak makan kek. Asyik tanya kek saja hari-hari. Kesian pula melihatkannya. So intai-intai la di internet kek yang menarik untuk dicuba. Nak kek yang simple jer yang tak perlu topping bagai.

Dalam hati terfikir nak cuba buat kek chiffon sebab memang Nadz tak pernah cuba membuat kek chiffon. Selalunya tengok langkah-langkahnya tu panjang sangat dan banyak pula pendapat yang kek ni agak sensitif. Salah cara atau tak kena gaya, tak naiklah kek ni. Ditambah pula Nadz memang tak ada loyang khas untuk buat kek chiffon ni. Alaaa..loyang yang menjadikan kek nanti berlubang di tengah-tengahnya tu. Apa nama loyang tu ek? Tapi setelah mendapat kepastian daripada adik Evelyn Gemina yang kek chiffon ni boleh juga dibakar menggunakan loyang biasa, maka berkobar-kobar semangat nak membuatnya. Terus skodeng blog Evelyn Gemina sebab memang tau Lyn banyak mencuba pelbagai kek chiffon.


Tertarik hati nak cuba Coffee Chiffon Cake sebab semua bahan-bahan yang diperlukan ada di rumah dan cara membuatnya pun agak mudah. Cuma Nadz tukarkan penggunaan serbuk kopi tu kepada serbuk coklat.

Risau juga takut tak menjadi kek ni. Maklumlah 1st time mencubanya. Tapi Alhamdulillah, menjadi dengan baik sekali kek ni. Memang betul seperti yang Lyn gambarkan kek ni. Permukaannya tak mudah merkah. Keknya pula super duper lembut sangat. Teksturnya pula amat halus. Memang menepati citarasa Nadz. Lepas je keluar dari oven, tak sabar-sabar anak-anak nak makan kek ni. Maklumlah, sekarang ni musim hujan. Asyik lapar saja anak-anak di rumah ni. Setelah disejukkan, sekali potong je dah tinggal suku je kek ni.

Kak Nadz kongsikan pula resepi ni di sini ye Lyn.


CHOCOLATE CHIFFON CAKE (Adapted from Coffee Chiffon Cake)

Bahan2nya:

A
4 biji kuning telur
1 1/2 sb serbuk kopi segera(Nadz gantikan sengan serbuk koko)
115ml air
85ml minyak sayuran
1/4 sk garam
100g gula kaster(used only 80g)
150g tepung gandum, diayak
1 sk baking powder, diayak


B
4 biji putih telur
90g gula kaster (used only 70g)
1/8 sk cream of tartar


Cara2 membuatnya:
1. Panaskan oven pada suhu 175 C. Sediakan loyang chiffon bersaiz 9 inci (saya guna 10 inci). Jangan griskan loyang.

2. Dalam mangkuk yang besar, satukan semua bahan2 A & gaul guna handwhisk hingga sebati. Ketepikan.


3. Dalam mangkuk yang lain, pukul putih telur dari bahan B hingga berbuih. Masukkan bahan2 B yang lain & pukul hingga pekat & bertanduk (dry stiff).


4. Kaupbalikkan adunan putih telur kedalam adunan A tadi (langkah 2) hingga sebati.

5. Tuang adunan kedalam loyang chiffon yang disediakan & bakar selama 40 min atau hingga kek masak.

6. Bila kek sudah masak, segera terbalikkan & biarkan sejuk 30min - 1 jam baru keluarkan dari acuan. (Nadz sisipkan pisau di keliling loyang pada bahagian dalam untuk meregangkan kek dari tepi loyang sebelum terbalikkan loyang ke atas redai untuk mengeluarkan kek).


NOTA NADZ:
  • Nadz menggunakan loyang biasa 9". Jadi kek naik tak tinggi sangat. Kalau nak dapatkan kek yang lebih tinggi dengan menggunakan loyang biasa, gunakan loyang bersaiz 8".
  • Potong kek secara menggergaji iaitu menyorong pisau ke depan dan ke belakang sewaktu memotong untuk mendapatkan potongan yang cantik. 
  • Nadz lapikkan baking paper di dasar loyang tanpa disapu dengan minyak atau majerin sebelumnya.



SELAMAT MENCUBA!

9 comments:

cahayahidupku.blogspot.my said...

Gebuussss nya kek chiffon Nadz.... akak smpi skrg tak berani nak buat kek ni takut tak gebusss :)

asyifamustaffa said...

Kak...nape loyangnya x sapu majerin ya? X melekat ke?

Chik Mimi said...

Nadz angin R dah menjelma ye hehhehe akak pun dah lama tak buat kek ,tgk kek Nadz terguda

tun_telani said...

Salam kak nadz :) tun sukaaa sgt makan kek cipon.. segebus kapas, sekali hadap 2-3 slice pon xpe..

Ain Fajar said...

assalamualaikum..lm xsinggah sini...nmpk menarik kek yg di tayangkan tu..terus je jengok nk intai reepi..mn tau teringin nk mkn kek jg kan..nnt nk cb klu ade ms

zila norazila said...

Salm syg nadz..bby kita sihat..skrg ne suka brjga jew..tdo dh kurg..bby nadz sihat?..wah dh mmbking tu..sedap tgok kek .aritu akk pun ada buat ciffon strwbry..nnt nk try yg ne la.

Hani Nabilia said...

kak naz nanti nak cuba la resepi nie hehhee... :D

Sweet red cherry said...

salam kak naz..

wah, cantik dan gebunya chiffon kek tu..sesuai sangat la makan kek sekarang ni sambil minum kopi..heheh..

Evelyn Gemina said...

Tqvm sudi mencuba resepi ni kak naz, ada satu saat bila berjaya buat chiffon cake memang mencipon ajelah terus,hehehe....inshaallah kalau selalu buat chiffon cake lain kali dah tau tekniknya :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...