Selamat datang kepada semua pengunjung blog CUTE OVEN, SMALL KITCHEN. Diharap dengan kunjungan anda dapatlah kita berkongsi ilmu disamping menambah kenalan. Terima kasih atas kesudian bertandang ke sini.

Untuk makluman, di dalam blog ini sukatan cawan adalah menggunakan cawan metrik manakala sukatan sudu pula 98% adalah menggunakan sudu metrik.
Bagi yang sering bertanya apakah 'Tbsp' dan 'tsp'; 'Tbsp' = tablespoon & 'tsp' = teaspoon.

Tuesday, 16 November 2010

BROWNIES


Salam pagi untuk semua. Hari ni merupakan hari terakhir persekolahan Husna di tadika tempat dia belajar. Tahun depan nak masukkan ke tadika lain yang dekat lagi dengan rumah. Jadi sempena hari terakhir persekolahannya, Naz buatkan brownies ni pagi tadi.

Cari-cari resepi pagi tadi, pilihlah brownies kak Liza ni sebab senang. Kacau-kacau jer dan tak payah guna mixer. Dah la lepas subuh tadi kekonon nak lelapkan mata barang seminit dua, alih-alih terlajak sampai sejam hehehe... Sejuk oooooo.. di sini sekarang.. musim hujan lah katakan.. Lagi pun mata ni mengantuk sangat sebab malam tadi balik dari rumah sepupu hubby yang kahwin semalam agak lewat. Ye laaa..perginya pun lepas Maghrib.. Mana tak lewat balik. Perjalanan pergi saja dah 45 minit. Duduk, sembang-sembang dan makan pun mengambil masa jugak kan. Tapi jangan terkejut tau! Di Kelantan ni memang biasa kalau kenduri kahwin sampai malam jemputannya.. Lebih-lebih lagi kalau dibuat pada hari kerja. Dulu masa mula-mula kahwin, pelik jugak Naz tengok keadaan macam tu. Tapi sekarang ni dah lali dah.
Lain tempat, lainlah caranya kan..

Jadi buatlah Brownies ni. Start kerja pukul 7 pagi dan selesai semuanya 8.15 pagi. Wow! Express jugak Naz buat kerja. Tu snap gambar pun masa tengah dukung Hani. Satu jer la gambar yang menjadi. Yang lain semua tak sharp.. Mana tak nye, masa nak ambil gambar tu, cik Hani ni pun sibuk jugak nak pegang camera tu.

Resepi dah pernah ada dulu tapi Naz letak jugalah lagi sekali sebab topping yang Naz buat kali ni, tak pernah letak lagi rasanya.

BROWNIES
Bahan A

1 cawan susu cair
1 cawan butter cair
1 cawan air panas
2 cawan gula perang

Bahan B [kacau rata]
2 biji telur gred B
1 tsp esen vanilla

Bahan C [ayakkan]
2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
1 tsp baking powder
1 tsp soda bikarbonat

Cara :
1. Panaskan oven pada suhu 175'C selama 10 minit.
2. Kacau bahan A supaya sebati.
3. Masukkan bahan B. Kacau rata.
4. Masukkan bahan C dan gaulkan supaya sebati.
5. Lapikkan kertas ke dalam loyang. Tuang adunan ke dalam loyang.
6. Bakar selama 45 - 50 minit.
7. Sejukkan kek dan salutkan dengan topping pilihan.


Ini resepi topping coklat yang Naz guna. Resepi ni dulu Naz ambil dari dapur maklang Azie rasanya. Resepi asal dari cikgu Sue. Suka buat topping ni sebab mudah.

CHOCOLATE FUDGE
Bahan-bahan :

1 cawan gula
1 cawan air
1 cawan susu cair
½ cawan serbuk koko
½ cawan tepung jagung
2 kuning telur (Naz tak letak pun..)
Secubit garam

¼ cup marjerin

Cara :
1. Masukkan semua bahan kecuali marjerin ke dalam periuk. Kacau atas api perlahan hingga adunan mula memekat/likat. Tutup api.
2. Masukkan marjerin dan terus mengacau sebab marjerin akan mencair dalam topping yang masih panas tu.
3. Tuang ke atas brownies dan hiaslah ikut kretiviti masing-masing.

2 comments:

Sabrina said...

Bestnye kak...

Anonymous said...

kalau tak guna soda bikarbonat boleh ke tak? rasa dia lari tak?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...