Selamat datang kepada semua pengunjung blog CUTE OVEN, SMALL KITCHEN. Diharap dengan kunjungan anda dapatlah kita berkongsi ilmu disamping menambah kenalan. Terima kasih atas kesudian bertandang ke sini.

Untuk makluman, di dalam blog ini sukatan cawan adalah menggunakan cawan metrik manakala sukatan sudu pula 98% adalah menggunakan sudu metrik.
Bagi yang sering bertanya apakah 'Tbsp' dan 'tsp'; 'Tbsp' = tablespoon & 'tsp' = teaspoon.

Wednesday, 10 November 2010

DORAYAKI

Example


Petang tadi buat Dorayaki. Eh! Tengok tu ada Doraemon tengah makan Dorayaki laaa.. Habis la Dorayaki Naz tu.. Ada encik Jepun pulak tengah tengok.. Hehehe.. tu merapu je tu.. Mana pulak la datang Doraemon ke rumah Naz. Gambar atas tu ambil dari pak google.. Kat bawah ni baru betul Dorayaki yang Naz buat. Rasanya ramai yang dah tau resepi kuih kegemaran Doraemon ni kan. Naz pun tak ingat dari blog siapa Naz ambil resepi ni dulu.. Hana kot sebab dia kan kat Jepong.. Jadi jom tengok resepinya..


DORAYAKI
Bahan-bahan :

• 100gm tepung gandum *
• ½ sudu kecil baking soda *
(* ayak)
• 50gm gula kastor
• 2 TBSP madu
• 2 biji telur
• ½ TBSP minyak masak
• ½ tsp esen vanilla
• Inti kacang merah secukupnya(macam inti pau tuuu..)

Cara-cara :
1. Masukkan telur dan gula ke dalam mixer dan pukul sehingga kembang(warna kuning telur tu akan menjadi pucat).
2. Masukkan madu, minyak dan esen vanilla. Kacau sehingga sebati.
3. Masukkan tepung dan baking soda yg telah diayak ke dalam adunan tadi. Kacau adunan secara kaup balik dengan spatula. Jika adunan terlalu pekat, tambahkan sedikit susu segar atau susu cair (lebih kurang dalam 1-2 TBSP).
4. Panaskan non-stick pan di atas api kecil. Masukkan 1/4 cawan adunan ke dalam kuali. Adunan sepatutnya akan melebar dan membulat dengan sendiri.
5. Biarkan adunan masak sehingga berwarna perang, kemudian terbalikkan adunan tadi untuk masak bahagian yang satu lagi. Buat sehingga habis semua adunan dimasak.
6. Sudukan sedikit kacang merah ditengah sekeping pan-cake, tutup dgn satu keping pan-cake. Tekan dengan tangan pelahan-lahan untuk meratakan kacang merah.

Tengoklah Dorayaki ku yang telah dibelah dua. Di belakang tu pulak buku kartun Doraemon kepunyaan adikku semasa dia di sekolah rendah dulu. Sekarang ni adik Naz tu dah besar pun.. Dah berkahwin dan dah bekerja.. Buku tu ayah Naz simpan dalam perpustakaan keluarga kami di rumah ayah. Sekarang buku-buku Doraemon tu dah merayau ke sini pula. Ye la.. anak Naz pula yang membacanya.. Turun temurun gamaknya hehehe... :)

3 comments:

Unknown said...

Salam.. Saya nak tanya pukul telur sampai kembang tu agak-agak berapa lama?

Unknown said...

Salam.. Saya nak tanya pukul telur sampai kembang tu agak-agak berapa lama?

QasehnyaRania said...

Assalam kak naz lama dok singgah sini..
Akak ddk kelantan kan..
In shaa allah sy dah pindah ke jerteh, nnti nk rasa tart akak..

Sebelum ni baca blog lepas ni dpt jjmpa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...