Selamat datang kepada semua pengunjung blog CUTE OVEN, SMALL KITCHEN. Diharap dengan kunjungan anda dapatlah kita berkongsi ilmu disamping menambah kenalan. Terima kasih atas kesudian bertandang ke sini.

Untuk makluman, di dalam blog ini sukatan cawan adalah menggunakan cawan metrik manakala sukatan sudu pula 98% adalah menggunakan sudu metrik.
Bagi yang sering bertanya apakah 'Tbsp' dan 'tsp'; 'Tbsp' = tablespoon & 'tsp' = teaspoon.

Recent Posts

Sunday, November 21, 2010

DAGING GORENG KUNYIT


DAGING GORENG KUNYIT
Bahan-bahan :

Daging lembu
Serbuk kunyit
Garam
Minyak masak

Bawang merah besar (dimayang)
Cili hidup merah (dihiris)
Sedikit daun sup (dihiris)

Cara-cara :
1. Daging lembu dipotong dan dihiris nipis. Basuh dan toskan.
2. Kemudian gaul daging tadi dengan sedikit kunyit dan garam. Banyak kunyit dan garam bergantung kepada berapa banyak daging yang digunakan.
3. Masukkan daging yang telah dikunyit dan digaram tadi ke dalam kuali(lagi bagus kalau dapat kuali non stick).
4. Di atas api kecil masak daging tadi hingga air daging kering sepenuhnya. Sambil tu, gaul-gaul daging di dalam kuali agar tidak hangit.
5. Bila air daging telah kering, masukkan minyak masak(tidak perlu sehingga menenggelamkan semua daging di dalam kuali). Terus menggaul dan balik-balikkan daging.
6. Masukkan bawang besar yang telah dihiris. Masak lagi hingga bawang layu dan daging kelihatan garing.
7. Keluarkan daging goreng ke dalam pinggan(tapi jangan tuang sekali lebihan minyak yang ada di dalam kuali) dan hias dengan cili merah potong serta daun sup.

3 comments:

Yani said...

sedap-sedap daging goreng macam ni.. ratah pun sodap..

MATAHARI said...

suka mkn daging masak mcm ni,mmg sedap

mamawana said...

Salam

Simple and nice. Daing korban masih ada, leh cuba nih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...