Selamat datang kepada semua pengunjung blog CUTE OVEN, SMALL KITCHEN. Diharap dengan kunjungan anda dapatlah kita berkongsi ilmu disamping menambah kenalan. Terima kasih atas kesudian bertandang ke sini.

Untuk makluman, di dalam blog ini sukatan cawan adalah menggunakan cawan metrik manakala sukatan sudu pula 98% adalah menggunakan sudu metrik.
Bagi yang sering bertanya apakah 'Tbsp' dan 'tsp'; 'Tbsp' = tablespoon & 'tsp' = teaspoon.

Recent Posts

Monday, November 29, 2010

KARI AYAM TANPA SANTAN



Hai! Hari ni masak lauk kari ayam. Cuma kari ayam ni, tak ada santan. Hubby kata macam kari mamak. Yelah.. asyik makan makanan berlemak je.. Sesekali apa salahnya tukar jadi menu yang lebih sihat kan..

KARI AYAM TANPA SANTAN
Bahan-bahan :

1/2 ekor ayam
3 TBSP serbuk kari ayam
1 tsp serbuk kunyit
1 tsp garam
8 ulas bawang merah kecil
4 ulas bawang putih
3 inci halia
4 biji kentang
Rempah 4 sekawan(optional)
Daun kari
1/2 cawan air asam jawa
Air secukupnya untuk kuah
Garam secukup rasa
Minyak masak untuk menumis

Cara-cara :

  1. Ayam dibersihkan, dibasuh dan dipotong kecil. Toskan.
  2. Gaul ayam dengan serbuk kari, serbuk kunyit dan juga garam.
  3. Tumbuk bawang merah, bawang putih dan juga halia.
  4. Panaskan minyak di dalam periuk. Tumis bawang tumbuk, daun kari dan juga rempah 4 sekawan. Biar hingga naik baunya.
  5. Kecilkan api dan masukkan ayam yang telah digaul dengan serbuk kari tadi. Biarkan seketika untuk mengecutkan ayam (keluarkan air ayam). Boleh tambah sikit air untuk mengelakkan hangit pada dasar periuk. Sambil itu balik-balik dan kacau ayam di dalam periuk.
  6. Masukkan air asam jawa dan juga air biasa serta kentang yang dibelah 4. Besarkan api dan biar menggelegak. Tunggu hingga kentang empuk dan kuah agak pekat.
  7. Rasakan garamnya. Sedia untuk dihidang.

NOTA :

Air asam jawa boleh diganti dengan sekeping asam gelugor.

3 comments:

izahdaut said...

eh sedap tu kari mamak..boleh try pulak.sukan nyer selalu nak ada santan pun kat rumah ni..sihat pun sihat kan..hehe

Messy Mummy said...

Boleh la MM try nie Naz. Baru 3 hari lepas masak ngan santan tapi MM sendiri suka style mamak. Macam lagi puas makan...

Cassandra Yap said...

salam sejahtera naz,
terima kasih krn berkongsi resipi sihat ni... br cuba buat smlm & mmg lazat. tq :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...