Selamat datang kepada semua pengunjung blog CUTE OVEN, SMALL KITCHEN. Diharap dengan kunjungan anda dapatlah kita berkongsi ilmu disamping menambah kenalan. Terima kasih atas kesudian bertandang ke sini.

Untuk makluman, di dalam blog ini sukatan cawan adalah menggunakan cawan metrik manakala sukatan sudu pula 98% adalah menggunakan sudu metrik.
Bagi yang sering bertanya apakah 'Tbsp' dan 'tsp'; 'Tbsp' = tablespoon & 'tsp' = teaspoon.

Recent Posts

Sunday, February 27, 2011

NASI LEMAK SERAI



Assallamualaikum dan salam sejahtera.

Masak nasi lemak hari ini. Cuma kali ni, tak guna daun pandan sebagai pewangi nasi tapi digantikan dengan serai. Dulu pertama kali masak nasi lemak serai ni sebab di rumah Naz, pokok daun pandan dah habis nyawa..Entah apa silapnya, serumpun mati pokok tu. Jadi Naz tukarlah daun pandan kepada serai. Not bad! 
Mungkin ada juga orang lain yang dah pernah mencuba menggantikan daun pandan kepada serai untuk memasak nasi lemak kan..Wangi jer nasi tu dengan bauan serai.



Naz lawankan nasi lemak serai ni dengan sambal tumis udang. Request dari hubby. Lepas tu potongkan timun dan masak telur rebus. Anak ke 2 Naz, Maizatul Husna makan bertambah-tambah. Jarang dia makan banyak.



NASI LEMAK SERAI
Sumber : Naz's CUTE OVEN, SMALL KITCHEN

Bahan-bahan :
2 cawan beras
2 cawan santan
3 ulas bawang merah (dimayang halus)
1 inci halia (dihiris nipis panjang)
3 batang serai (dititik/ diketuk)
1 tsp halba
1/2 tsp garam

Cara-cara :
  1. Basuh beras dan toskan.
  2. Masukkan semua bahan ke dalam periuk dan masak nasi seperti biasa.
  3. Setelah masak hidangkan bersama dengan sambal tumis udang atau sambal tumis sotong, telur rebus atau telur dadar, ikan bilis goreng, timun atau kangkung celur.


SELAMAT MENCUBA!                     

13 comments:

Yat Maria said...

Naz

nasi lemak all time faveret at my place :)..budak2 sure tak tolak punya kalo ai masak nasi lemak..kena pulak dgn sambal tumis udang kaler merah pekat cam tu...sure bertambah2..

Kak Rosaliza said...

Assalam Naz..semlm akk pun masak nasi lemak,tapi tak letak serai, akk letak halba,halia,bwg putih..harum je bau mcm nasi dagang...ni kalo tamabah serai lagi harumkan

Chik Mimi said...

Assalam naz nak nasik lemak lamanya tak buat nasi lemak hehehe

~Norul Mas Hana ~ said...

nak try la buat nasi lemak serai len kali... =)

MZ said...

salam..Naz...betui tu campur dgn serai menaikkan selera dan bau...sy slalu gak guna serai bila masak nasi especially bila pandan tak dak dlm stok..sodap nasi lemak tuh...ingatkan nak lunch masak nasi lomak ari nih tapi masak nasi kuning sbb nak lwn dgn ayam berempah...

Nieza said...

wah sedapnya..patut ler dr pagi tadi berbau nasi lemak serai jer...hehe memang best bubuh serai tu sedap kan kak...adehh teringin nk mkn nasi lemak la pula..:)

Sari Yusa Ibrahim said...

Naz, sy kalau msk nasi lemak serai memang wajib, daun pandan pun letak juga, hrum nasi lemak tu memanggil2... hehehe

:.Noor Zaleha Jaafar.: said...

Alahai....sedap tu...pembuka selera..bau yg wangi tu pasti makan bertambah2 lah jawab nya...

murni said...

Laparnya tgk nasi lemak dgn sambal udang tu... dah lah blm mkn lagi ni...

Murni

munge lily said...

sedapnyer..
blh bg resipi..hihi ;)

Miss Fetty said...

as salam,,
nasi lemak memang feveret sy.. nyum nyum
nk pulak yg jenis kukus,, perghhh..
jom follow meramaikan blog sy pulak,,,tq

aZuMaya said...

salam..naz..meleleh den tgk nasi lemak serai mu...niee..sedapnyer dpt tgk...lagi sedap kalau dapat rasa..hehehhee

Anonymous said...

Saya pun selalu masak nasi lemak guna serai, tapi letak daun pandan juga. Kalau nak lebih sedap guna beras basmathi.... memang sedap

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...