Selamat datang kepada semua pengunjung blog CUTE OVEN, SMALL KITCHEN. Diharap dengan kunjungan anda dapatlah kita berkongsi ilmu disamping menambah kenalan. Terima kasih atas kesudian bertandang ke sini.

Untuk makluman, di dalam blog ini sukatan cawan adalah menggunakan cawan metrik manakala sukatan sudu pula 98% adalah menggunakan sudu metrik.
Bagi yang sering bertanya apakah 'Tbsp' dan 'tsp'; 'Tbsp' = tablespoon & 'tsp' = teaspoon.

Sunday 6 February 2011

KEK ALUNAN KASIH


Assallamualaikum dan salam sejahtera.

Berhasil juga buat kek alunan kasih yang popular ni.. Beberapa kali bertangguh nak membuatnya. Berapa kali juga butter tu dok keluar dan masuk semula ke dalam peti ais..heheheeee.. Akhirnya terhasil juga kek ini di dapur Naz.

Satu adunan kek ini menghasilkan sebiji kek yang besar juga. Naz menggunakan loyang bulat 7" X 3". Memang tebal jadinya kek ini. Puas pulak kalau nak menghabiskannya. Jadi Naz beri sedikit kepada makcik saudara (AIL) dan juga jiran sebelah.




Rasa kek ni seperti kek butter. Kerana inginkan sedikit kelainan, Naz tambahkan perisa yang berlainan bagi setiap satu warna yang Naz guna. Untuk warna oren Naz tambahkan perisa oren, untuk warna hijau Naz tambahkan perisa pandan dan untuk warna merah Naz tambahkan perisa strawberry.
Terima kasih kepada penyumbang resepi yang terangkat ini iaitu Puan Mastura Yasak (FB kongsi resepi) dan juga kepada Kak Am dan blogger-blogger lain yang mengetengahkan resepi ini untuk dikongsi ramai.


KEK ALUNAN KASIH
Dari Puan Mastura Yasak - FB (Kongsi Resepi)
Copy dari kak MaDiHaA
Sumber :  Naz's CUTE OVEN, SMALL KITCHEN

BAHANNYA :


* 5 Biji Telur
*1 ½ cwn Planta atau 250g butter
* 2 ½ cwn tepung gandum (ayak sekali dgn baking powder)
*2 cwn gula halus (Naz guna 1 ½ cwn je)
*1 sudu kecil baking powder 
* ½ cwn susu cair 
*1 sudu kecil esen vanilla (boleh guna perasa lain juga)
* Serbuk koko (secukupnya)
*Pewarna ( ikut citarasa masing2)
*sediakan tapis teh yg halus..utk ayak serbuk koko.

Cara2:

*Pukul planta dan gula smpai kembang...
*Masukan telur satu persatu..pukul lg smpai kembang
*Masukan esen vanilla, susu cair…gaul hingga sebati dan masukan tepung sedikit demi sedikit..
*Bahagikan dua bahagian..campurkan pewarna pilihan bagi tiap2 bahagian.
*Griskan loyang dan tabur sikit tepung..masukan adunan warna yg pertama  ratakan dlm loyang dan
*ayak serbuk koko menutupi lapisan pertama…ayak nipis2 jer..
*Then masukan lapisan kedua....ratakan perlahan2.. (jgn smpai serbuk koko di lapisan pertama td terangkat)…ayak serbuk koko di atas lapisan kedua..
* Mcm tu lah seterusnya..smpai adunan abis…
* Bakar lebih kurang 45min..160 Degree ikut oven masing2…(Naz bakar lebih dari 1 jam kerana loyang yang digunakan menjadikan kek Naz tebal. Jadi masa membakar lebih lama)

Tips :
Utk membuat lapisan kaler2 tu biar tebal sbb bila kita melapis & meratakan adunan tersebut
serbuk koko tak akan terikut sama. Tapi bila adunan yg nak kita lapiskan itu agak nipis/sikit
bila nak meratakan lapisan tu, serbuk koko akak tertarik sama - nanti corak tak akan jadi cantik.

10 comments:

Mas said...

akak....nak 4 potong....
mas tahu kek ni memang sedappp...he..he...
cantik la kek akak tu....geramm tengok..

anymz said...

dah lama akak teringin nak rasa dan nak mencuba kek ni naz..masih belum berani lagi,takot tak jadi alunan tu..rasa2nya petang ni mesti try lah..

Deliah's Deli said...

naz..special nih sbb lain2 rasa setiap layer tu..sy akan mkn selapis2..yummy! :))

K.Nor said...

salam naz, cam k.nor buat dulu gitu gak , letak perisa bg layer berlainan.. mmg best kan.. cantik alunan kek tu :)

EmbunRosaliza said...

naz..tak puas tgk kek alunan ni..

ilahjy said...

salam naz
akhirnyeeee sampai juga kat dapo naz alunan yg memabuk kita hehehe mabuk nak buat.. bila dah jadi pasti akan puas.. mmg betul naz kena bikin tebal2 baru serbuk koko tak terikut naikk.guna loyang kecil mcm naz mmg cantik.. tahniahhh ya maisarah hani..mesti maman kan? kim salam sama dak cute tuuuumuahhhh!!ka baru lepas buat cendol dan dah mejamu selera ahakss..

Ida,Japan said...

Naz...cantik kejadiannyer...ida ada la try buat sekali, tapi tak sempat pun nak amik gambar...sedapkn kek ni,nak kena buat lagi ni..

HomeKreation said...

Salam Naz. Cantik nya kek ni. Along belum buat lagi ni.

Unknown said...

assalam kak, lawa sungguh kek akak ni...memang sedap kan saya dh buat dh dulu kek ni. suka mkn cicah ngan air milo..hehe

Ina said...

rajinnya naz ni ya. ada ank kecik tp smpt lg bt kek. hehehe....ina ada jengah kjap2 aje kat cni. x smpt nk commnt pn. xde ms. itu la ingt mmg nk close aje blog ina tu tp syg sgt sbb lh kenal kwn mcm naz.

klu lama x ada n3 br tu maknanya x smpt ada ms la tu. suke dpt kenal ngn naz.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...