Selamat datang kepada semua pengunjung blog CUTE OVEN, SMALL KITCHEN. Diharap dengan kunjungan anda dapatlah kita berkongsi ilmu disamping menambah kenalan. Terima kasih atas kesudian bertandang ke sini.

Untuk makluman, di dalam blog ini sukatan cawan adalah menggunakan cawan metrik manakala sukatan sudu pula 98% adalah menggunakan sudu metrik.
Bagi yang sering bertanya apakah 'Tbsp' dan 'tsp'; 'Tbsp' = tablespoon & 'tsp' = teaspoon.

Thursday 24 February 2011

KUIH PUTERI MANDI


Assallamualaikum dan salam sejahtera.

Haiiii...tetiba tekak rasa nak makan kuih puteri mandi pula. Bahan-bahan memang dah ada. Jadi projekkan aja leee.


Seperti biasa, kerana di rumah ni ada kanak-kanak, jadi kuih yang boleh diwarnakan perlulah diwarnakan dengan warna-warna ceria. Kalau malas nak warnakan, buat je satu warna...dan dah tentulah warna hijau iaitu perisa pandan.
Okey seperti biasa, resepi di bawah yer..



KUIH PUTERI MANDI
Sumber : Naz's CUTE OVEN, SMALL KITCHEN


Bahan-bahan [A] :
1 cawan tepung pulut
1 tsp air kapur
Air daun pandan (boleh juga guna esen pandan + pewarna hijau)
Pewarna merah dan kuning
Garam halus
Air secukupnya
2 helai daun pandan (disimpul)

Cara-cara :

  1. Tepung pulut dibahagi kepada 3 bahagian. Satu bahagian dicampurkan dengan air daun pandan, sedikit garam dan sedikit air kapur. Uli hingga membentuk doh. Lagi dua bahagian masing-masing dicampur dengan air, secubit garam, sedikit air kapur dan pewarna merah untuk satu bahagian dan pewarna kuning untuk satu bahagian lagi. Uli hingga membentuk doh.
  2. Didihkan air di dalam periuk bersama simpulan daun pandan. Kemudian sediakan satu mangkuk berisi air biasa (untuk meletak doh yang telah dimasak agar tidak melekat antara satu sama lain).
  3. Gentel doh-doh yang bewarna tadi menjadi bebola-bebola kecil dan penyekkan sedikit di tengah-tengah bebola itu (menjadi spt bentuk sel darah merah). Masukkan ke dalam air mendidih di dalam periuk dan biarkan bebola-bebola ini timbul. Apabila timbul, angkat bebola-bebola ini dan masukkan ke dalam mangkuk berisi air biasa tadi. Buat sehingga habis semua doh dimasak.
Bahan-bahan [B] :
1 cawan kelapa parut muda 
1/2 cawan gula perang (brown sugar)
2 Tbsp gula pasir (boleh tambah lagi jika suka lebih manis)
1/2 cawan air
1 helai daun pandan (disimpulkan)

Cara-cara :
  1. Masukkan air, gula perang dan gula pasir ke dalam periuk bersama simpulan daun pandan. Masak hingga gula larut.
  2. Masukkan kelapa parut dan masak hingga sedikit kering di atas api sederhana. 
  3. Toskan bebola-bebola yang telah dimasak tadi dan masukkan ke dalam adunan kelapa parut. Gaul rata hingga sebati. Tutup api. Tunggu sejuk baru dimakan.
SELAMAT MENCUBA!

11 comments:

Mas said...

salam kak naz..
rajinnya buat kuih putri mandi..
mas dah lama tak makan..
tumpang makan sini dulu..he..he..

Mas said...

lupa lak nak cakapp..
sangat cantik la kuih tu....ceria jer warnanya...

zarin said...

memang ceria betul puteri mandi ni...lama dah tk makan n slalu mkn bulan puasa aje :D

Ayu said...

wah mood colour2 pun dah ke naz juga ya..hehe cantik kuih puteri mandi ni..caya tak akak belum pernah cuba makan kuih ni..

Kak Rose said...

kaler maler putri mandi ni, tentu budak2 suker kan... mak budak cam kak rose laaaagi suka. kalaulah dapat makan...

cikmanggis said...

lamanya tak makan puteri mandi ni.Terliur:).anak anak mmg suka jika warna warna menarik seperti ini.

Mamasya said...

Salam Naz

Cerianya kuih puteri mandi Naz.teringat bulan posa..sbb kuih ni femes masa bula posa.
Baru tahu Naz dok kelate..kelate kat mana? sypun asal kelate juga.

Unknown said...

kak Naz, cantikla kuih akak ni...sure bebudak suka kuih colour ceria ni kan.....sedapnya mkn pun berselera tgk cun cam ni..hehe

Unknown said...

Assalamualaikum Naz...

Cantik Nampaknya Kuih Puteri Mandi Ni...

EmbunRosaliza said...

assalam naz..cantik n kalerpul lg putri mandi ni.. selalu akk rajin time posa je naz hehe

ilahjy said...

wow kala mala nya amat menarik la naz.. kak pernah buat tapi kala ijoo jer sbb lebihan buah melaka.. wah nanti leh try buat kala mala macam ni lak..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...