Selamat datang kepada semua pengunjung blog CUTE OVEN, SMALL KITCHEN. Diharap dengan kunjungan anda dapatlah kita berkongsi ilmu disamping menambah kenalan. Terima kasih atas kesudian bertandang ke sini.

Untuk makluman, di dalam blog ini sukatan cawan adalah menggunakan cawan metrik manakala sukatan sudu pula 98% adalah menggunakan sudu metrik.
Bagi yang sering bertanya apakah 'Tbsp' dan 'tsp'; 'Tbsp' = tablespoon & 'tsp' = teaspoon.

Monday, 21 February 2011

MARBLE BANANA MOIST CAKE



Assallamualaikum dan salam sejahtera.

Ada projek membaking hari ini. Buat kek pisang marble lembap. Resepi asal sebenarnya "Kek Pisang Lembap" dari dapur CMG. Dulu sebelum ada blog sendiri dah pernah buat kek pisang lembap ni. Memang betul-betul lembap dan lembut jer. Rasa manisnya pun ala-ala manis-manis buah jer.

Saja hari ni tergerak hati nak buat yang ada marble pula. Kalau nak tengok resepi asal "Kek Pisang Lembap" ni, boleh klik di "Dapur Tanpa Sempadan" ni. Resepi di bawah ni, resepi yang sama cuma telah Naz olah menjadi resepi Kek Pisang Marble Lembap.


KEK PISANG MARBLE LEMBAP

Bahan-bahan :
250 gm tepung gandum*
1 tsp soda bicarbonate*
1/2 tsp garam halus*
(* disatukan dan diayak bersama)
15 gm ovallate
150 gm gula kastor
5 biji telur gred A 
125 gm mentega cair
100 gm minyak jagung 
225 gm pisang# 
1 tsp esen vanilla#
(# lenyek halus pisang bersama esen vanilla)
2 Tbsp serbuk koko

Cara-cara :
  1. Panaskan oven pada suhu 175 C.
  2. Pukul gula dengan ovallate di dalam mixer. Masukkan kesemua telur dan pukul pada kelajuan maksimum hingga adunan betul-betul kembang dan pekat. 
  3. Perlahankan speed dan masukkan pisang lenyek dan gaul rata. Masukkan pula tepung berselang-seli dengan mentega cair dan minyak jagung hingga habis dan gaul rata.
  4. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Masukkan serbuk koko pada salah satu bahagian dan gaul sebati dengan spatula. 
  5. Lengser loyang dengan mentega dan tabur rata tepung gandum. Ketuk keluar lebihan tepung. 
  6. Masukkan adunan asal dan adunan koko berselang-seli hingga habis semua adunan.
  7. Bakar di dalam oven selama 50 - 60 minit bergantung pada oven masing-masing. 
Kepada sesiapa yang nak mencuba resepi ini, digalakkan sebab kek ni memang sedap. Lembut sangat. Lebih sedap sekiranya menggunakan pisang emas di dalam adunan.

SELAMAT MENCUBA!

2 comments:

izahdaut said...

waaahh..kek pisang..bercadang nk buat kek pisang jugak neh..
mmg nmpk lembut moist tu kak..
klu dpt ngap ni sedap ni..

Unknown said...

Assalam kak, sedapnya! nampak pun tau moist tu...nk pi cari pisang dulula..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...