Selamat datang kepada semua pengunjung blog CUTE OVEN, SMALL KITCHEN. Diharap dengan kunjungan anda dapatlah kita berkongsi ilmu disamping menambah kenalan. Terima kasih atas kesudian bertandang ke sini.

Untuk makluman, di dalam blog ini sukatan cawan adalah menggunakan cawan metrik manakala sukatan sudu pula 98% adalah menggunakan sudu metrik.
Bagi yang sering bertanya apakah 'Tbsp' dan 'tsp'; 'Tbsp' = tablespoon & 'tsp' = teaspoon.

Wednesday 9 February 2011

DAGING SALAI MASAK LEMAK CILI PADI


Assallamualaikum dan salam sejahtera.
Tak boleh celoteh panjang-panjang sekarang. Masa amat terhad. Nak kena layan Maisarah Hani..Nak ajar Maizatul Husna baca buku..Nak memasak & lakukan kerja-kerja rumah..Nak bantu Mohd. Haris buat kerja sekolah..Nak ajar anak-anak mengaji..Nak tengok tv(heheheeee..sempat ker???)..Macam-macam lagi kerja rumah yang tak habis-habis.

Masak gulai lemak cili padi daging salai hari ni. Naz salai danging di dalam oven jer.. Lebih kurang grill leee.. Mano la den nak cari kayu api di rumah ni.. Ranting kayu ada ler.. Kihh..kihh..kih.. kang kalau pakai ranting kayu, pukul berapa pulak la sudahnya memasak.. Mau sampai malam kang tak habis salai lagi..Den yang kono salai ado laaa...

Resepi ni sama je macam lemak cili padi danging cuma dagingnya disalai..

Naz salai dalam oven macam gambar di atas tu pada suhu 150C selama 1 jam 15 minit dengan api atas sahaja. Naz guna api atas sahaja sebab tempat salai Naz tu, berputar-putar semasa proses pembakaran.

DAGING SALAI MASAK LEMAK CILI PADI

Bahan-bahan :
1 kg daging lembu
20 batang cili padi (lebih kurang segenggam)
2 inci kunyit hidup
2 batang serai (dititik)
4 biji ubi kentang (dikupas kulit dan dibelah 4)
2 cawan santan cair
1 cawan santan pekat
Garam

Cara-cara :
1.  Daging lembu dibasuh dan dilumur dengan garam dan serbuk kunyit. Bakar dalam oven pada suhu 150 C selama 1 jam atau lebih. Sesudah masak, sejukkan seketika sebelum dihiris nipis.
2.  Tumbuk lumat cili padi bersama kunyit hidup dan sedikit garam. Masukkan ke dalam kuali bersama hirisan daging salai, santan cair, ubi kentang dan juga serai. Biar mendidih sehingga ubi kentang empuk. Sambil itu, kacau-kacau kuah agar tidak pecah minyak.
3.  Masukkan santan pekat dan rasakan garamnya. Biar mendidih seketika sambil terus dikacau supaya tidak pecah minyak dan berbintil-bintil. Sekiranya terlalu pekat, bolehlah ditambah sedikit air.

SELAMAT MENCUBA!

5 comments:

Unknown said...

wah ini menu my fav...memang menambah nasi ni kalau mkn msk lomak ni lagi pedas lagi best ni...hehe

mamasya said...

Salam Naz

Sedapnya daging masak lemak salai...mahu bertambah makan nasi ni..
tk Naz bagi award , nanti angkut bawa balik.re;mmg suka husben dah balik..hilang kerisauan...

izahdaut said...

betul tu..masa sangat terhad...dengan anak2 lagi..dengan rumah lagi..hehe

aduii gulai ni memang menggoda..sangat sangat sangat...

Ctnaemah said...

Naz...akak baru tau yg daging boleh salai dlm oven camtu..hahahah

Mama3Q said...

Alahai Naz, dah lama saya teringin nak tanya org resepi ni, 1st time makan beberapa bulan lepas, sbb ada nurse bawak ke tpt keje, itupun rasa seketul dua daging saja, sejak tu teringin sgt....tapi nak salai tu problem la pulak takde oven ni...huhu...
naz pakai jnama apa oven tu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...