Assallamualaikum dan salam sejahtera.
Semalam Naz & suami menghadiri beberapa jemputan kenduri kahwin. Maklumlah cuti-cuti ni, ramai yang mengambil kesempatan mengadakan majlis perkahwinan. Salah satu majlis perkahwinan yang Naz hadiri ialah majlis perkahwinan rakan blogger iaitu Suhasnida atau lebih dikenali sebagai McSue atau CikSue.
Sesiapa yang ingin melihat hasil tangan Sue ni untuk persiapan perkahwinannya, bolehlah melawat blog beliau ni. Kreatif Sue niii... Dalam sibuk-sibuk tengah study buat Master di UPM, masih mencuri-curi masa yang ada untuk melakukan persiapan perkahwinannya. Cantik-cantik hasil tangan Sue. Pelamin pun Sue buat sendiri.. Dapatlah Naz merasa duduk di atas pelamin DIY Sue nie sekejap semasa bergambar dengan pengantin..hehehe.. Hai..untung cik abangggg dierrr.. Dapat memikat si gadis yang sungguh rajin dan kretif ni..
Okey habis sesi mengomel. Jom tengok gambar pulak yer..
Biasa tak tengok gambar ni di blog Sue??
Ni kanvas yang tercetak gambar Sue & pasangannya. Art stand untuk kanvas tu, darling Sue yang buatkan.. Diletakkan berdekatan dengan pintu masuk ke rumah Sue.. Cayalah Sue..
Pasangan bahagia Suhasnida & suami..
Semoga bahagia dan berkekalan selamanya..
Semoga cinta suci mereka diberkati Illahi..
SELAMAT PENGANTIN BARU UNTUK SUHASNIDA DAN BUKHARI!
2 comments:
slmt pengantin baru buat mereka, pengantin baru
kak naz,trima kasih bebyk yea..
suka jumpa kak naz,nanti free nak g jalan2 umah akak lak,hehe..tak sempat nak main dgn baby comel:)
Post a Comment