Selamat datang kepada semua pengunjung blog CUTE OVEN, SMALL KITCHEN. Diharap dengan kunjungan anda dapatlah kita berkongsi ilmu disamping menambah kenalan. Terima kasih atas kesudian bertandang ke sini.

Untuk makluman, di dalam blog ini sukatan cawan adalah menggunakan cawan metrik manakala sukatan sudu pula 98% adalah menggunakan sudu metrik.
Bagi yang sering bertanya apakah 'Tbsp' dan 'tsp'; 'Tbsp' = tablespoon & 'tsp' = teaspoon.

Sunday, 22 November 2020

BISKUT RED VELVET

 


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. 

Lama dah tak masukkan resepi ke dalam blog ni sejak penggunaan fb dan ig lebih berleluasa๐Ÿ˜…. So hari ni tiba-tiba pula nak update blog sebab resepi biskut ni Nadz tak pernah simpan di sini walaupun dah banyak kali membuatnya.

Hari ni penuhi permintaan anak2 yang nak buat biskut red velvet. Dah beberapa hari delay nak membuatnya. Selagi tak buat, selagi tulah dok tanya๐Ÿ˜…๐Ÿ˜….
So, petang tadi bancuhkan adunan, then serahkan kpd Hani & Hasya menguli jadi bebola-bebola kecil. Ummi bakarkan jer lps tu. Inilah hasilnya. (Resepi di bawah yer๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡)

BISKUT RED VELVET
Resepi asal: Cookingclassy.com
Sumber: Resepicitarasawan

Bahan²:
๐Ÿ”ต200 gm mentega
๐Ÿ”ต30 gm shortening
๐Ÿ”ต220 gm gula pasir(i used castor sugar)
๐Ÿ”ต1 biji telur gred A
๐Ÿ”ต300 gm tepung gandum
๐Ÿ”ต20 gm serbuk koko
๐Ÿ”ต50 gm tepung jagung
๐Ÿ”ต3/4 sudu kecil baking soda
๐Ÿ”ต1/4 sudu teh garam halus
๐Ÿ”ต1 sudu kecil cuka makan
๐Ÿ”ต1 sudu kecil esen vanila
๐Ÿ”ต1 sudu kecil serbuk pewarna merah (i used liquid food colouring)
๐Ÿ”ต100 gm coklat chips putih
๐Ÿ”ตSedikit badam nibs - panggang dulu yer (ni i tambah)

Cara² :
1. Pukul mentega, shortening dan gula hingga berkrim. Masukkan telur, esen vanila, cuka dan serbuk pewarna. Putar hingga rata dan sebati. (Nadz gaul je dgn balloon whisk utk step ni).

2. Ayak tepung, serbuk koko, baking soda dan garam. Masukkan coklat chips dan gaul bersama adunan mentega hingga menjadi doh yang lembut.

3. Ambil sedikit adunan, bulat² kan dan tekan dengan beberapa biji coklat chips di atasnya. Jarakkan biskut kerana ianya akan mengembang.

4. Bakar di dalam oven yang dipanaskan dahulu pada suhu 150°C selama 15-20 minit (Nadz bakar pada 170°C).

5. Sejukkan dahulu sebelum di simpan dalam bekas kedap udara.

SELAMAT MENCUBA๐Ÿ˜Š

Sunday, 1 July 2018

BISKUT FLORENTINE


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Ermm, tahun ni baru mencuba buat biskut florentine yang dah famous 3-4 tahun lepas. Senang sangat membuatnya. Cuma, kos bahan-bahan biskut ni agak tinggi bagi saya. 

  Resepi untuk biskut ni sebenarnya memang ada dah ditulis pada paket tepung nya tu. Cuma di resepi tu, jumlah penggunaan tepung adalah sebanyak 500gm. So, kalau nak buat sikit-sikit, boleh rujuk resepi di bawah. 


BISKUT FLORENTINE
By : Nadz @ovenkecil.blogspot.my

Bahan-bahan :
  • 200 gm tepung florentine
  • 200 gm pumpkin seed
  • 100 gm campuran sunflower seed dan almond flake
  • 20 gm bijan hitam


Cara-cara:
  1. Bakar pumpkin seed, sunflower seed dan almond flake di dalam oven pada suhu 160°C selama 5 minit.
  2. Sediakan loyang segi empat 14" X 14". Lapik dgn parchment paper atau kalau ada loyang non stick lagi bagus. Macam saya, I used non stick muffin pan.
  3. Dalam satu mangkuk besar, satukan kesemua bahan-bahan biskut ini, dan gaul rata.
  4. Tuang campuran adunan ke dalam loyang dan ratakan. Kalau guna muffin pan, sudukan sedikit adunan ke dlm muffin cup dan ratakan.
  5. Panaskan oven pada suhu 160°C  selama 10 minit. Masukkan loyang dan bakar selama 10 minit bergantung kpd oven masing-masing. 
  6. Keluarkan loyang atau muffin tin. Kalau guna loyang, sejurus dikeluarkan dari oven, terus potong² bentuk segi empat biskut ni dgn pisau atau pemoting pizza. Kalau guna muffin tray, tak perlu potong dah. Biar sejuk seketika, baru keluarkan biskut ni.
  7. Simpan dalam bekas kedap udara.
NOTA NADZ : Jenis kekacang tu, boleh jer ubah suai ikut keinginan masing². Maksudnya, kalau yg suka almond banyak, boleh la letak almond flake 200gm dan campuran sunflower seed bersama pumpkin seed tu 200gm. Ikut kehendak masing² okay.
SELAMAT MENCUBA๐Ÿ˜„

Monday, 22 January 2018

KASWI GOYANG (RESEPI LYN ABD RAHMAN)


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kuih kaswi resepi dari kawan fb, Lyn Abd Rahman. I definitely will keep this recipe forever. Sedap bangat... Lembut, manis pun sedang elok dan yang penting menjadi bila dikukus tu. Korang pernah tak ada pengalaman kukus kuih, dah berjam² tapi x juga keras² adunan tu๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…. Scary tau kalau jadi macam tu...๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚. So resepi ni, insyaa Allah dijamin menjadi... 


KUIH KASWI GOYANG 
Resipi dari : Lyn Abd Rahman

BAHAN:
1 1/3 cawan tepung gandum
1 1/3 cawan tepung ubi
5 cawan air
1 cawan gula pasir
1 cawan gula merah
1-2 tbsp kicap pekat manis
2 helai daun pndan- simpulkan
1 sudu teh kapur makan


CARA-CARA:

  1. Masak kan gula pasir dan gula merah bersama air. Masukkan daun pndan.
  2. Lepas suam masuk kan tepung tadi bersama sedikit kapur...guna whisk or blend pun boleh.
  3. Tapis kan ke dlm loyang yang di sapu minyak. (nadz guna loyang 10". Nak kuih lebih tebal, guna loyang yang lebih kecil).
  4. Kukus dlm 25 minit. Siap..
  5. Dah sejuk gaulkan bersama kelapa muda parut.

*Kelapa tu, nadz gaul sikit dgn garam halus dan kukus sekejap dlm 1-2 minit je.


Saturday, 13 January 2018

BISKUT RED VELVET COKLAT CHIP


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Tiba-tiba je teringin nak buat biskut coklat chips. Oleh sebab Nadz memang tak pernah cuba buat biskut coklat chips red velvet, so mencarilah resepi untuk dicuba.

Ermm, sedap juga biskut ni. Yg penting, garing dan rangup. Laku keraslah jawabnya di rumah ni.

BISKUT RED VELVET COKLAT CHIP (Sajian Istimewa Shahriah Abdullah)
Sumber:Iza Akma
Tried by : Nadz @ovenkecil.blogspot.my

Bahan-bahan :
200 gm butter
100 gm gula perang
50 gm gula kastor
1 biji telur
1 sudu teh esen vanila
250 gm tepung gandum*
1 sudu besar susu tepung* (nadz omit sbb x ada)
20 gm serbuk koko* (* ayak ) (nadz ganti 2 sudu besar ganache sbb x ada serbuk koko๐Ÿ˜…)
Secubit garam
200 gm coklat cips
200 gm badam cincang
100 gm kismis (jika suka)
1 sudu teh pewarna merah

Caranya :
  1. Pukul butter, gula perang, gula kastor dan garam sehingga kembang dan putih.
  2. Dalam satu bekas, campurkan pewarna merah dan esen vanila dengan telur. Kacau rata. Masukkan dalam adunan butter. Pukul lagi sehingga sebati.
  3. Masukkan susu tepung, coklat cips, badam cincang dan kismis. Kacau rata.
  4. Masukkan campuran tepung yang diayak sedikit demi sedikit hingga dapat adunan yang lembut.
  5. Sudukan atau jemput-jemputkan adunan dengan hujung jari dan susun atas dulang pembakar.
  6. Bakar dengan suhu 170C selama 15-20 minit (ikut oven masing-masing).
SELAMAT MENCUBA!


Wednesday, 10 January 2018

TART NENAS PALING SEDAP-ADY (BEST PINEAPPLE TART)


Assallamualaikum dan salam sejahtera.

Okey, menambah lagi koleksi biskut tat nenas. Ya ampuunnnnn!!! Sungguh sedap wehhhh tat nenas resepi Ady ni.
Sungguh la betul seperti namanya.
Sungguh la sedap bagai dikata.
Sungguh la benar cair di mulut bila dimakan.
Sungguh la tak boleh bertahan sebalang biskut ni untuk semalaman.
Memang rugi lah siapa yang dah terjumpa resepi ni tapi tidak dicuba. Seriously, sedap bangat. Tak percaya ye? Cubalah sendiri. Insya Allah pasti takan menyesal punya.


Okey tak mau cakap banyak. Jom semak resepi. Cara penulisan resepi asal boleh rujuk pada link yang Nadz sertakan di bawah tu ye iaitu dari blog Ady.


TART NENAS PALING SEDAP-ADY (BEST PINEAPPLE TART)
Recipe by: Ady
Source : Sariyusa
Tried by: Nadz @ovenkecil.blogspot.my

Bahan-bahan:
  • 700 gm inti jem nenas (bulat-bulatkan seperti guli dan timbang 8 g sebiji) 
  • 350 g mentega (Nadz guna lepa susu such as buttercup, farmcows)
  • 100 g susu pekat manis
  • 2 biji kuning telur
  • 510 g tepung gandum

Cara-cara :
  1. Masukkan susu pekat dan mentega ke dalam mangkuk. Gaul atau pukul dengan hand whisk atau senduk kayu jer.
  2. Masukkan kuning telur satu persatu dan pukul sebati.
  3. Masukkan tepung gandum dan gaul hingga mendapat doh yang lembut serta tidak melekat di jari.
  4. Bulat-bulatkan doh 10 g setiap satu.
  5. Ambil sebiji doh, leperkan dan letakkan sebiji inti nenas tadi. Tutup doh kemas dan bentukkan bulat.
  6. Menggunakan pisau atau sisi spatula, lorekkan permukaan doh yang berisi inti nenas tadi membentuk rupa kulit nenas. Sapu permukaan doh dengan egg wash. Buat hingga habis dan susun di atas loyang pembakar.
  7. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 165-170C selama 25 minit atau hingga masak keperangan atau mengikut ragam oven masing-masing.
  8. Sejukkan dalam suhu bilik sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara.

Egg wash:
  • 1 biji kuning telur
  • 1 sudu the susu segar/susu cair
  • sedikit pewarna kuning (optional)
  • sedikit esen vanilla (optional)


SELAMAT MENCUBA!

Sunday, 29 May 2016

BAKED MANGO CHEESECAKE


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Bersiaran hari ini bila ada kerajinan untuk update blog. Kali ini Nadz kongsikan resepi kek keju mangga. Resepi ini merupakan kek keju versi bakar (baked cheesecake). Sebab sekiranya ada yang tidak tahu, kek keju juga ada yang versi sejukkan saja di dalam peti ais cara pembuatannya (chilled cheesecake).

Resepi kek yang sangat marvelous ini Nadz ambil dari blog adik manis Evelynn. Evelynn ni memang terkenal lah sebagai tokey kek yang kek-keknya sentiasa awesome samada dari segi rupa mahupun dari segi rasanya.


BAKED MANGSO CHEESECAKE
Source: Evelynn
Tried: Nadz @ovenkecil.blogspot.my

Base:
  • 160 g biskut marie, dihancurkan
  • 20 g brown sugar
  • 100 g mentega,dicairkan
Cara-cara membuat base:
  1. Satukan semua bahan base dan tekan dalam loyang springfoam bersaiz 8" yang telah digris dengan mentega.
  2. Bakar selama 10 minit pada suhu 160C. Sejukkan pada suhu bilik.

Filling Keju:
  • Bahan A:
  • 500 g cream cheese
  • 130 g gula kastor
  • 30 g tepung jagung
  • Bahan B:
  • 1 sudu besar jus lemon
  • 1 biji parutan kulit lemon
  • 150 g isi mangga (1 biji mangga)
  • Bahan C:
  • 3 biji telur
  • Bahan D:
  • 150 g uht whipping cream (dairy whipping cream)
Cara-cara membuat filling cheese:
  1. Pukul bahan A hingga lembut dan berkrim.
  2. Satukan bahan B ke dalam blender. Kisar halus. Masukkan ke dalam adunan cheese tadi. Pukul sebati. 
  3. Masukkan C satu per satu. Pukul sebati. 
  4. Kemudian masukkan D dan pulul sebati. 
  5. Tuang adunan cheese ke dalam loyang yang telah disediakan base tadi.
  6. Bakar selama 1 jam 15 minit pada suhu 160C menggunakan api bawah sahaja.
  7. Setelah sejuk, simpan kek ke dalam peti sejuk selama 5 jam.

Manggo topping:
  • Bahan A:
  • 1 1/2 Tbsp serbuk halal gelatin
  • 60 g air suam
  • Bahan B:
  • 1 biji mangga
  • 50 g gula kastor
  • 80 g air
Cara-cara penyediaan:
  1. Satukan bahan A. Biarkan 5 minit. Kemudian double boilkan hingga larut sepenuhnya. Ketepikan.
  2. Satukan semua bahan B dan kisar halus. Tuang ke dalam mangkuk dan masukkan larutan gelatin tadi. Gaul rata.
  3. Keluarka kek dari peti sejuk. Tuang mango topping di atasnya. Sejukkan semula di dalam peti ais hingga topping mengeras.
  4. Keluarkan kek dari loyang springfoam dan potong. Hidangkan.



SELAMAT MENCUBA!

Wednesday, 25 November 2015

ROTI BOY/ MEXICAN BUN/ PAPAROTI


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Roti boy atau Mexican bun atau pun Paparoti. Macam-macam nama ada. Nadz pernah kongsikan resepi ni dulu. Kali ini pun Nadz masih menggunakan resepi yang sama.

Cuma untuk fillingnya tu, Nadz buat double dari adunan asal sebab masa buat dulu tu, itinya macam sikit sangat. Okay, jom semak resepi.


ROTI BOY (MEXICAN BUN)
Tried by :  Nadz@ovenkecil.blogspot

Bahan-bahan (17 biji )-bergantung kepada saiz setiap roti yang anda bentukkan.

# Bahan untuk Inti # (Nadz double kan kuantiti di bawah kali ini)
  • 100 gram mentega bergaram, dilembutkan
  • 1/4 sudu teh esen vanilla
  • 35 gram gula perang
# Bahan untuk Topping #
  • 100 gram mentega, dilembutkan
  • 80 gram gula aising, diayak
  • 2 biji telur, dipukul sedikit
  • 3 sudu makan NESCAFE dicampurkan dengan 2 sudu besar air (boleh kurangkan kepada 2 sudu besar jika tak mahu rasa nescafe yang kuat)
  • secubit serbuk kayu manis, boleh dicampur ke dalam bancuhan kopi
  • 100 gram tepung serbaguna/tepung gandum, diayak
# Bahan untuk Doh Manis #
  • 500 gram tepung roti/tepung gandum, diayak
  • 20 gram tepung susu, diayak
  • 1 such besar bread improver (Nadz tambah)
  • 75 gram gula kaster
  • 1 sudu teh)garam
  • 1 1/2 sudu teh yis segera
  • 1 biji telur, dipukul sedikit
  • 270 gram (270 ml) air atau susu segar (kalau sudah menggunakan susu tepung jangan guna susu segar tapi gunakan air)
  • 60 gram mentega, dilembutkan

Cara-cara :
Cara untuk Intinya :
  1. Pukul mentega dalam mixer pada kelajuan sederhana selama 3 minit. 
  2. Masukkan esen vanilla dan gula perang dan pukul hingga sebati. 
  3. Tuangkan adunan ke dalam mangkuk dan bekukan dalam peti sejuk. 
  4. Bahagikan adunan inti kepada 10 gram(kali ni Nadz buat 15 gm setiap satu) dan bulatkan dan simpan dalam peti sejuk sehingga sedia untuk digunakan.

Cara untuk Topping : 
  1. Pukul mentega dan gula aising pada kelajuan sederhana selama 5 minit sehingga adunan ringan dan gebu. 
  2. Masukkan telur sedikit demi sedikit. 
  3. Masukkan esen kopi. 
  4. Masukkan tepung dan putar pada kelajuan perlahan sehingga semuanya sebati. 
  5. Masukkan kedalam piping bag dan sejukkan dalam peti sejuk sehingga sedia untuk digunakan.
***Nadz sediakan filling dan topping sehari sebelum menguli roti***

Cara untuk Doh Manis : 
  1. Campurkan tepung yang telah diayak, gula kaster, bread improver dan garam di dalam mixer dan putar pada kelajuan perlahan selama 1 minit. 
  2. Masukkan yis, telur dan air. Putar selama 1 minit pada kelajuan perlahan dan kemudian pada kelajuan sederhana selama 8 minit. 
  3. Masukkan butter dan gaul hingga sebati selama 5 minit pada kelajuan sederhana sehingga adunan roti menjadi lembut dan licin. 
  4. Kemudian bulatkan adunan setiap bahagian 55 gram (boleh dapat 17 bahagian). Bentukkan bulat. 
  5. Tutup dengan kain lembab dan biarkan selama 10 minit.

Cara untuk membuat Roti Boy : 
  1. Menggunakan telapak tangan leperkan adunan roti. 
  2. Letakkan inti di tangan dan tutup dan kemaskan (mesti tutup betul kalau tidak sewaktu membakar inti akan terkeluar dan cair). 
  3. Bentukkan bulat dan letakkan atas loyang pembakar yang telah disapu mentega. Ulangi untuk bulatan roti yang lain. Letakkan roti pada jarak 7.5cm diatas loyang pembakar. 
  4. Ketepikan untuk diperap selama 45 minit di dalam suhu suam. 
  5. Pipe topping di atas roti bentuk spiral (bulat-bulat) bermula dari tengah. 
  6. Bakar pada suhu 170°C selama 15-20 minit atau sehingga roti keperangan.
SELAMAT MENCUBA!

Tuesday, 17 November 2015

MUSHROOM SOUP WITH GARLIC BREAD


Assalamualaikum dan salam sejahtera. 

Mushroom soup homemade yer resepi untuk hari ini. Resepi yang memang terkenal dan ramai kawan-kawan telah mencubanya. Review yang sangat baik di laman My Resipi.



MUSHROOM SOUP
Tried by : Nadz @ovenkecil.blogspot

Bahan-bahan :
  • 1 keping dada ayam 
  • 1500 ml air (1000 ml + 500 ml)
  • 500 ml susu segar
  • 1 ketul kiub ayam (Nadz guna 2 kiub)
  • 1 tin kecil cendawan butang~dihiris 
  • Garam
  • Secubit ajinomoto (Nadz tak letak)
  • 1 cawan tepung gandum (next time boleh guna 1/2 cawan saja sebab likat sangat mushroom soup Nadz)
  • 1-2 tsp serbuk lada hitam (Nadz tambah)
Cara penyediaan : 
  1. Potong ayam kecil-kecil. Bersihkan.
  2. Masukkan 1000 ml air dan ayam ke dalam periuk. Rebus hingga masak.
  3. Masukkan susu dan kiub pati ayam. Masak guna api yang perlahan.
  4. Masukkan cendawan. 
  5. Bancuh tepung gandum dengan baki 500 ml air. Masukkan bancuhan tepung ini ke dalam periuk. Masukkan garam dan perisa. Masak dan kacau-kacau sup hingga pekat.
  6. Tutup api dapur.


GARLIC BREAD
Recipe by : Nadz @ovenkecil.blogspot

Bahan-bahan :
  • Apa-apa jenis roti yang sesuai (Nadz guna roti dari resepi INI)
  • 4 ulas bawang putih (boleh tambah atau kurangkan ikut citarasa)
  • 1/2 cawan butter (lembutkan pada suhu bilik)
  • Sedikit garam halus ikut keperluan
  • Daun parsley~dicincang (kalau ada yg fresh lagi bagus. Kalau tak ada guna parsley flake je)
Cara penyediaan :
  1. Tumbuk atau cincang bawang putih hingga lumat.
  2. Campurkan dengan butter, garam dan daun parsley. Gaul sebati.
  3. Belah ketulan roti tetapi jangan sampai putus dan sapukan garlic spread/ garlic butter tadi di celah-celah potongan roti.
  4. Panaskan oven 175°C. Bakar dalam oven selama 10-15 minit. 
  5. Sekiranya inginkan garlic bread yang lembut, balut roti yang telah disapu butter tadi dengan aluminium foil sebelum membakar. Tapi sekiranya suka garlic bread yang sedikit rangup, susun roti yang telah disapu butter tadi di atas loyang dan terus bakar begitu saja.
SELAMAT MENCUBA.

Monday, 16 November 2015

ROTI LEMBUT GEBU


Assalamualaikum dan salam sejahtera. 

Lama betul tak update blog. Semangat berblogging semakin suram ni...hihihii...

Okey, kali ni nak share resepi roti yang gebu dan lembut sesuai dengan namanya. Resepi datangnya dari Anie Japri (fb) dan telah dikongsi semula oleh Mas Duniaku. Jom tengok resepi.

ROTI LEMBUT GEBU
Recipe by: Anie Japri (fb)
Source: Mas Duniaku
Tried by: Nadz@ovenkecil.blogspot.my

Bahan-bahan:
500 g tepung high protein
250 ml air peti sejuk
1 biji telur
30 g susu tepung
80 g butter/majerin
1 tsp garam
85 g gula
1 paket yis (11g)


Cara penyediaan:
a) Bread maker 
  • Masukkan semua bahan cecair ke dalam bread maker. 
  • Masukkan bahan-bahan kering.
  • Tekan set nombor 8 untuk doh. 
  • Bila siap, keluarkan doh dan bentukkan doh. Biar naik sekali ganda.
  • Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 160°C selama 15-20 minit. (Waktu membakar ikut perangai oven masing-masing ye).
b) Mixer (cara saya)
  • Masukkan semua bahan-bahan kering ke dalam mangkuk pengadun. Putar perlahan biar semua bahan bercampur gaul.
  • Masukkan majerin dan uli seketika.
  • Tuang air peti sejuk sedikit-sedikit sambil terus menguli. Uli hingga doh licin dan elastik.
  • Keluarkan doh dan timbang 50 g setiap satu. Bentukkan dan letak dalam loyang yang telah dilengser majerin.
  • Biar doh naik sekali ganda (lebih kurang 45 minit - 1 jam, bergantung kpd cuaca dan suhu bilik). 
  • Panaskan oven pada suhu 150°C. Sapu atas doh dengan susu segar atau egg wash dan bakar selama 30 minit. 
  • Bila masak, keluarkan roti dan terus sapu permukaan roti dengan majerin untuk mengekalkan kelembapan.  
Roti tabur cheddar cheese

Roti tabur gula

Roti tabur parsley flake

NOTA NADZ: 
  • Nadz taburkan sebahagian doh dengan gula pasir dan sebahagian lagi dengan cheddar cheese di permukaan roti sebelum mambakar.
  • Sedikit doh Nadz tabur daun parsley untuk dibuat garlic bread.
SELAMAT MENCUBA!

Wednesday, 16 September 2015

APAM PISANG


Assallamualaikum dan salam sejahtera.

Fuhh...lama betul tak up date blog. Bersawang-sawang dah ni. hehehe..
Okey, malas nak membebel panjang-panjang. Bukan ada orang nak baca pun. Khas resepi ni untuk anak-anak ummi, Haris, Husna, Hani dan juga Hasya yang suka sangat makan apam pisang yang ummi buat. Ishh, anak-anak ummi ni bukan apam pisang jer yang mereka sukai. Apa-apa saja makanan yang berasaskan pisang pasti licin berebut-rebut mereka mkan. Cekodok pisang pun laku sangat kalau digoreng.

Resepi kali ini diambil dari laman fb. Nadz kutip resepi dari fb kak Azita yang berkongsi resepi seorang kawan fb yang lain.


APAM PISANG KAK SABARIAH
Recipe by: Kak Sabariah at fb
Source: Azita Zain at fb
Tried by: Nadz @ovenkecil.blogspot.my

Bahan-bahan :
  • 4 biji pisang berangan
  • 1 cawan gula
  • 3 biji telur
  • 1 cawan minyak
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 sudu teh soda bikarbonat
Cara Penyediaan:
  1. Ayak tepung gandum dan juga soda bikarbonat. Ketepikan.
  2. Kisar pisang, telur, minyak dan gula. Tuang adunan kisar ke dalam mangkuk berisi tepung tadi dan kacau hingga sebati dan tiada bintilan. Perap 1 jam.
  3. Panaskan pengukus. Kukus adunan selama 15 minit dengan menggunakan acuan kecil-kecil. Api biar sederhana.
Cara kak Sabariah:
Campur semua bahan dan blend. Perap 1 jam dan kukus. Guna acuan kecil-kecil. Kukus selama 10 ke 15 minit.

Ermm, memang sedap lembut, gebu gebas dan montok apam pisang ni. Yang pasti licin jer bila dah dihidangkan pada anak-anak di rumah ni. 

SELAMAT MENCUBA!

Wednesday, 22 April 2015

BUBUR BUTIR NANGKA

 

Assallamualaikum dan salam sejahtera.

Lama dah teringin nak buat bubur butir nangka. Cuma mencari-cari buah nangka, tak jumpa-jumpa pula. Kebetulan terjumpa nangka yang dah dibungkus kecil-kecil di Mydin. Terus je beli. 

Sebenarnya, membuat bubur butir nangka tidak lah sehingga wajib memerlukan buah nangka. Cuma Nadz suka masak bersama hirisan buah nangka agar rasa bubur ni nanti ada manis-manis buah nangka tu. 

Jadi mari tengok resepi mudah ni. Tiada sukatan tepat untuk bubur ni sebab boleh ikut citarasa masing-masing. Macam Nadz di rumah ni, kalau buat bubur atau pengat, kuahnya memang banyak sebab anak-anak perempuan dalam rumah ni suka makan kuahnya lebih daripada isi bubur atau pengat tu.




BUBUR BUTIR NANGKA
By: Nadz@ovenkecil.blogspot.com

Bahan-bahan untuk butir:
  • Tepung pulut (glutinous rice flour)
  • Pewarna kesukaan
  • Secubit garam halus
  • Air secukupnya untuk menguli dan merebus butir nangka
Bahan-bahan untuk kuah:
  • 500 ml santan (adjust la ikut banyak mana kuah yang dikehendaki, I guna santan kotak je)
  • Gula secukupnya (I campur sedikit gula Melaka dengan gula pasir)
  • 1 sudu besar halba (I tak letak pun, anak-anak tak suka)
  • Sedikit garam
  • 2 helai daun pandan-basuh, siatkan dan simpulkan
  • 3-4 ulas buah nangka yang telah masak-hiris ikut  
  • 3 sudu besar biji sagu-basuh, rendam seketika dan toskan 

Cara-cara penyediaan:
  1. Tepung pulut diuli dengan air yang telah dibancuh dengan garam dan pewarna pilihan. Masukkan air sedikit demi sedikit sambil menguli hingga mendapat doh yang tidak melekat di tangan.
  2. Panaskan air di dalam periuk. Di samping itu, sediakan satu mangkuk berisi air biasa. Apabila air mendidih, gentel doh tadi menjadi bebola-bebola lonjong dan masukkan ke dalam periuk. Apabila masak, doh tersebut akan timbul. Cedok keluar doh yang timbul dan masukkan ke dalam mangkuk lain yang berisi air yang disediakan tadi. Buat hingga habis kesemua doh direbus.
  3. Untuk kuahnya, masak santan bersama gula, garam dan daun pandan di dalam periuk. Sekiranya menggunakan gula Melaka, dinasihati agar masak dulu gula Melaka bersama sedikit air hingga gula larut. Kemudian tapis sebelum menggunakannya. 
  4. Apabila mendidih, kecilkan api dan masukkan butir-butir nangka tadi, buah nangka yang teah dihiris serta biji sagu. Rasakan manis bubur mengikut citarasa anda. Tutup api. 
NOTA NADZ: 
Nadz suka bubur butir nangka yang doh butir nangkanya bila digigit lembut tetapi masih kenyal-kenyal. Untuk mendapatkan bubur butir nangka dengan doh butir nangka yang lembut tetapi sedikit kenyal bila dikunyah, ikut langkah berikut:
  • Semasa proses menguli tepung pulut, jangan masukkan banyak air hingga adunan terlalu lembut. Cukup sekadar mendapat doh yang tidak melekat di tangan dan boleh dibentuk.
  • Jangan biarkan bubur di atas api terlalu lama setelah doh butir nangka dimasukkan ke dalam kuah santan. Ini untuk mengelakkan doh butir nangka terlebih rebus. Nanti ia akan menjadi terlalu lembut/lembik. 
  • Walau bagaimana pun, terpulang pada citarasa masing-masing ye.
SELAMAT MENCUBA!

Tuesday, 14 April 2015

KEK PISANG LEMBAP TABURAN BADAM


Assallamualaikum dan salam sejahtera.

Kek pisang lembap ni pernah Nadz buat dan publish kan resepinya dulu di SINI. Cuma kali ini, Nadz tambahkan taburan badam cincang di atas kek sebelum dibajar. 

KEK PISANG LEMBAP TABURAN BADAM

Bahan-bahan:

4 biji pisang emas/awak-lecek
(I used 5 biji pisang berangan)
1 cawan gula pasir (Boleh ganti gula perang, lagi sedap)
1 cawan minyak masak
4 biji telur gred A
11/2 cawan tepung gandum*
1 sudu teh baking powder*
1 sudu teh soda bikarbonat*
(*ayak bersama)
1 sudu besar air limau nipis (I gantikan dengan cuka masakan)
1 sudu teh esen pisang/ esen vanilla


Cara-cara:
  1. Panaskan oven pada suhu 185C api atas bawah.
  2. Sediakan loyang 4 segi. Lenser dengan margerin dan alas kertas minyak. (I guna loyang square 8"×8").
  3. Kisar gula, telur, minyak di dalam 'blender' hingga putih(3-5 minit). (I guna hand mixer).
  4. Tuang ke dalam mangkuk. Masukkan bahan ayak dan kacau rata dengan senduk.
  5. Masukkan pisang, esen dan air limau. Gaul sebati.
  6. Tuang adunan ke dalam loyang. Bakar di dalam oven selama 45 minit atau sehingga kek masak sepenuhnya.
*** Nadz taburkan badam cincang di permukaan kek sebelum masukkan kek ke dalam oven.***



SELAMAT MENCUBA.
KALAU MALAS NAK BUAT, BOLEH ORDER SAHAJA 
DENGAN NADZ.
Pm di 012 6
467509

Thursday, 29 January 2015

KEK MARBLE LEMBUT NINA


Assallamualaikum dan salam sejahtera. 

Sesungguhnya Nadz lebih menggemari kek-kek togel saja berbanding dengan kek-kek yang disalut sebarang jenis krim. Jadi Nadz cuba pula resepi kek marble ni untuk mengetahui tahap keenakannya serta menambah lagi koleksi kek marble.

Resepi Nadz perolehi daripada blog kak Azie yang dipanjang-panjangkan dari blog Liza dan blog kak Noor Masri.



KEK MARBLE LEMBUT NINA
Tried by : Nadz @ovenkecil.blogspot.com

Bahan-bahan :
  • 8 oz/ 227 gm mentega
  • 6 oz/ 170 gm tepung gandum 
  • 6 oz/ 170 gm gula kaster
  • 5 biji telur dari peti ais 
  • 3 sudu besar susu pekat manis 
  • 1 sudu teh baking powder 
  • 1 sudu teh asen vanilla
  • 1 sudu besar ovalette
  • 3-4 sudu besar serbuk koko 

Cara-cara:
  1. Ayak tepung bersama baking powder. Pukul mentega, susu dan esen vanilla hingga kembang. 
  2. Di dalam bekas lain, pukul putih telur hingga ringan lalu masukkan gula sedikit demi sedikit hingga adunan rata. 
  3. Masukkan telur kuning sebiji -sebiji ke dalam adunan putih telur dan pukul hingga rata. Masukkan ovalette dan adunan mentega dan pukul lagi hingga rata. 
  4. Akhir sekali masukkan tepung sedikit demi sedikit dan gaul satu arah. Apabila rata bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan masukkan warna atau emulco/perisa pilihan anda. 
  5. Tuang adunan ke dalam loyang 8 inci secara berselang seli dimulai dengan adunan asal. Lorek dengan menggunakan chopstick/ lidi sate.
  6. Bakar pada suhu 180C selama 45 minit atau sehingga masak. (Nadz bakar pada suhu 175C, 45-50 minit).

NOTA NADZ:

Nadz menyediakan adunan kek ini tanpa mengasingkan putih telur dengan kuning telur seperti cara di atas. Nadz adun seperti berikut:
  1. Ayak tepung bersama baking powder. Putar mentega dan gula hingga kembang. 
  2. Masukkan susu, ovalette dan asen vanilla. Adun sebati.
  3. Masukkan telur satu per satu sambil terus memutar.
  4. Akhir sekali perlahankan speed mixer dan masukkan bahan ayak sedikit demi sedikit dan adun rata.
  5. Bahagi adunan kepada dua bahagian. Masukkan serbuk koko dalam salah satu adunan dan gaul sebati.
  6. Tuang adunan ke dalam loyang yang telah digris dan dilapik dengan kertas baking secara berselang seli untuk mendapatkan corak marble. 
  7. Bakar pada suhu 175°C -180°C selama 45-50 minit.
  • Jika menggunakan cara ini, gunakan telur pada suhu bilik, bukan telur yang masih sejuk dari peti ais.
  • Setelah mencuba, kek ini ternyata memang kena dengan selera Nadz. Lembut dan gebu serta moist. Jadi apa lagi, cubalah ye. 

NOTA KAK NOOR MASRI:
  • Kalau menggunakan mesin, jangan diberhentikan semasa sedang mengadun. Jika mengunakan tangan, harus pukul lebih lama kerana adunan mesti kembang dan rata. 

SELAMAT MENCUBA!

Wednesday, 28 January 2015

KEK LAPIS KASTAD KELADI, ORDER DARI WANIE

Assallamualaikumdan salam sejahtera.

Kek lapis kastad keladi tempahan dari Wanie untuk hantaran perkahwinannya. 

Pengantin minta deco simple je
Untuk menempah sila pm di whatsapp atau telegram di nombor 012 6467509.

CHEEZY SNOW CAKE, RED VELVET CUPCAKES & CHEESE TART, ORDER DARI KAK KINAH

Assallamualaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulillah,  sedikit tempahan dari one of my regular customer.

Cheezy snow cake 
25 pcs red velvet cuppies
50 pcs cheese tart
Untuk menempah sila pm di whatsapp atau telegram: 012 6467509.

AGAR-AGAR SANTAN GULA MELAKA (TANPA TELUR)

 
Assallamualaikum dan salam sejahtera.

Agar-agar yang memang sentiasa menjadi kegemaran anak-anak dan juga Nadz sendiri di rumah ni. Membuatnya pun amat mudah. Cuma, perlu diingat, santan tu mesti guna santan pekat tau. Barulah menjafi dua lapisan agar-agar ni.

Biasanya, dalam resepi-resepi agar-agar santan yang Nadz kongsikan sebelum ini (gula melaka, pandan, sirap rose, jagung manis) Nadz menggunakan sebiji telur di dalam resepi. Tetapi tidak untuk kali ini. Walaupun tidak menggunakan telur, agar-agar tetap menjadi dua lapisan. Petua untuk menghasilkan agar-agar dengan dua lapisan ada di bawah.

Jadi ikutlah selera masing-masing ye samada ingin atau tidak menggunakan telur di dalam resepi.



AGAR-AGAR SANTAN GULA MELAKA (TANPA TELUR)
Oleh: Nadz @ovenkecil.blogspot.com 

Bahan-bahan:
  • 10 gm serbuk agar-agar
  • 250 gm gula melaka
  • 1-2 sudu besar gula merah atau gula pasir 
  • 300 ml santan pekat
  • 1 liter air
  • 1/4 sudu teh garam
  • 3 helai daun pandan (basuh dan simpulkan)

Cara penyediaan:
  1. Larutkan gula melaka dan juga gula merah bersama 1 liter air. Masukkan juga sehelai simpulan daun pandan. Setelah larut, tapis air gula. Pastikan larutan air gula mencapai 1 liter cecair.
  2. Masukkan serbuk agar-agar ke dalam periuk bersama air gula tadi serta simpulan daun pandan. Masak hingga menggelegak dan serbuk agar-agar larut.
  3. Masukkan santan pekat dan garam. Biarkan menggelegak dan biarkan proses menggelegak berlaku dalam 2-3 minit.
  4. Tutup api dapur. Basahkan loyang atau apa saja acuan kegemaran anda dan tuang adunan. Biarkan ia mengeras dan sejukkan di dalam peti ais untuk mendapatkan agar-agar yang dingin bila masuk ke mulut..hehehee...

NOTA NADZ DAN TIPS:
Untuk memastikan agar-agar menjadi dua lapisan, pastikan anda:
  • menggunakan SANTAN PEKAT 
  • biarkan larutan menggelegak selama 2-3 minit setelah memasukkan santan.
SELAMAT MENCUBA.

Monday, 27 October 2014

SAMBAL TUMIS UDANG DENGAN PETAI


Assallamualaikum WBT dan salam sejahtera.

Sambal tumis, mestilah semua orang tahu cara memasaknya ye tak. Tapi nak masukkan juga resepi ni ke dalam blog untuk rujukan anak-anak bila mereka mula belajar memegang sudip dan kuali satu masa nanti.

SAMBAL TUMIS UDANG DENGAN PETAI
Oleh: Nadz @ovenkecil.blogspot.com

Bahan-bahan:
  • 1/2 kg udang
  • 4 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci belacan sebesar ibu jari
  • 1-1/2 cawan cili kisar
  • 1 biji bawang besar-dimayang kasar
  • 1/2 cawan air asam jawa
  • 3 papan petai-ambil isinya
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak untuk menumis

Cara penyediaan:
  1. Udang disiang dan dibersihkan. Toskan.
  2. Kisar cili kisar bersama bawang merah, bawang putih dan belacan.
  3. Panaskan minyak secukupnya di dalam kuali. Tumis bahan kisar hingga garing dan terbit minyak.
  4. Masukkan air asam jawa, garam dan gula. Biar menggelegak.
  5. Kecilkan api dan masukkan udang, petai serta bawang besar. Biar mereneh hingga mendapat kepekatan sambal yang diingini. Perasakan garam dan gulanya. Adjust ikut your taste buds. Tutup api. 
SELAMAT MENCUBA!

Wednesday, 15 October 2014

RAINBOW CAKE (Bed cake theme), ORDER DARI SU


Assallamualaikum WBT dan salam sejahtera. 

Tempahan dari seorang customer baru, Su. Su minta buatkan kek rainbow dengan tema katil untuk anniversary bersama suaminya yang ke 11 tahun. Su juga request hiasan menggunakan fondant. 

Jadi inilah hasil menguli-uli fondant setelah berapa lama tak bermain dengan fondant.


Terima kasih Su sebab beri kepercayaan kepada akak untuk merealisasikan plan Su untuk sambutan ulangtahun perkahwinan kalian berdua.

p/s: Kek tema begini hanya untuk tempahan dari customers yang telah berumahtangga saja tau!

Untuk tempahan, sila pm di fb atau whatsapp atau telegram atau viber di nombor 012 6467509. 

TERIMA KASIH. 

CHEEZY SNOW CAKE & CHEESE TART, ORDER DARI CIK SUE

Assallamualaikum WBT dan salam sejahtera. 

Antara tempahan yang diterima masa hari raya Aidiladha yang lalu.

Sebiji cheezy snow cake saiz 8 inci & 
150 biji cheese tart dengan fillingCoklat, strawberry dan blueberry. 
Terima kasih Sue.

Untuk menempah sila message Nadz di fb atau whatsapp atau telegram atau viber di 012 6467509. 

TERIMA KASIH. 

CHEESE TART, ORDER DARI KAK KINAH

Assallamualaikum WBT dan salam sejahtera. 

Tempahan datangnya daripada regular customer Nadz, kak Kinah. Kak Kinah memang dah biasa menempah homemade produk dari Nadz. Sangat mudah berurusan dengannya. Purchase order awal dan amat tidak cerewet. Betul-betul memberikan sepenuh kepercayaan kepada Nadz apabila dah purchase order. Thanks kak, sebab selalu bagi peluang Nadz mencari rezeki dengan minat yang ada.


100 biji cheese tart dengan filling coklat, 
strawberry, kiwi dan mango.

Untuk menempah sila message Nadz di fb atau whatsapp atau telegram atau viber di nombor 012 6467509. 

TERIMA KASIH
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...