Selamat datang kepada semua pengunjung blog CUTE OVEN, SMALL KITCHEN. Diharap dengan kunjungan anda dapatlah kita berkongsi ilmu disamping menambah kenalan. Terima kasih atas kesudian bertandang ke sini.

Untuk makluman, di dalam blog ini sukatan cawan adalah menggunakan cawan metrik manakala sukatan sudu pula 98% adalah menggunakan sudu metrik.
Bagi yang sering bertanya apakah 'Tbsp' dan 'tsp'; 'Tbsp' = tablespoon & 'tsp' = teaspoon.

Recent Posts

Wednesday, 28 January 2015

AGAR-AGAR SANTAN GULA MELAKA (TANPA TELUR)

 
Assallamualaikum dan salam sejahtera.

Agar-agar yang memang sentiasa menjadi kegemaran anak-anak dan juga Nadz sendiri di rumah ni. Membuatnya pun amat mudah. Cuma, perlu diingat, santan tu mesti guna santan pekat tau. Barulah menjafi dua lapisan agar-agar ni.

Biasanya, dalam resepi-resepi agar-agar santan yang Nadz kongsikan sebelum ini (gula melaka, pandan, sirap rose, jagung manis) Nadz menggunakan sebiji telur di dalam resepi. Tetapi tidak untuk kali ini. Walaupun tidak menggunakan telur, agar-agar tetap menjadi dua lapisan. Petua untuk menghasilkan agar-agar dengan dua lapisan ada di bawah.

Jadi ikutlah selera masing-masing ye samada ingin atau tidak menggunakan telur di dalam resepi.



AGAR-AGAR SANTAN GULA MELAKA (TANPA TELUR)
Oleh: Nadz @ovenkecil.blogspot.com 

Bahan-bahan:
  • 10 gm serbuk agar-agar
  • 250 gm gula melaka
  • 1-2 sudu besar gula merah atau gula pasir 
  • 300 ml santan pekat
  • 1 liter air
  • 1/4 sudu teh garam
  • 3 helai daun pandan (basuh dan simpulkan)

Cara penyediaan:
  1. Larutkan gula melaka dan juga gula merah bersama 1 liter air. Masukkan juga sehelai simpulan daun pandan. Setelah larut, tapis air gula. Pastikan larutan air gula mencapai 1 liter cecair.
  2. Masukkan serbuk agar-agar ke dalam periuk bersama air gula tadi serta simpulan daun pandan. Masak hingga menggelegak dan serbuk agar-agar larut.
  3. Masukkan santan pekat dan garam. Biarkan menggelegak dan biarkan proses menggelegak berlaku dalam 2-3 minit.
  4. Tutup api dapur. Basahkan loyang atau apa saja acuan kegemaran anda dan tuang adunan. Biarkan ia mengeras dan sejukkan di dalam peti ais untuk mendapatkan agar-agar yang dingin bila masuk ke mulut..hehehee...

NOTA NADZ DAN TIPS:
Untuk memastikan agar-agar menjadi dua lapisan, pastikan anda:
  • menggunakan SANTAN PEKAT 
  • biarkan larutan menggelegak selama 2-3 minit setelah memasukkan santan.
SELAMAT MENCUBA.

3 comments:

adda syuhada said...

sy tgok pun dh terliur ni....thumbs up!

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Sedapnya Nadz.... enak makan musim panas ni :)

Nina Mirza said...

Nina pun suka style gini.... Tanpa telur

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...