Selamat datang kepada semua pengunjung blog CUTE OVEN, SMALL KITCHEN. Diharap dengan kunjungan anda dapatlah kita berkongsi ilmu disamping menambah kenalan. Terima kasih atas kesudian bertandang ke sini.

Untuk makluman, di dalam blog ini sukatan cawan adalah menggunakan cawan metrik manakala sukatan sudu pula 98% adalah menggunakan sudu metrik.
Bagi yang sering bertanya apakah 'Tbsp' dan 'tsp'; 'Tbsp' = tablespoon & 'tsp' = teaspoon.

Monday, 5 May 2014

AGAR-AGAR SANTAN JAGUNG MANIS


Assallamualaikum dan salam sejahtera.

Musim panas ni, tekak ni rasa nak makan dessert yang sejuk-sejuk je.

Okey, resepi agar-agar santan ni dah banyak kali Nadz letak ke dalam blog. Semua perisa yang berbeza. Nadz pernah buat agar-agar santan gula melaka, agar-agar santan sirap rose dan agar-agar santan pandan. Tapi agar-agar santan pandan tu, memang sengaja Nadz buat tanpa menjadi dua lapisan ye sebab nak tunjukkan perbezaan agar-agar yang terhasil bergantung kepada cara kita memasaknya. Untuk tau lebih lanjut apa yang Nadz maksudkan, bolehlah klik link-link yang Nadz sertakan pada setiap jenis agar-agar di atas tu ye.

Kali ini Nadz cuba pula buat agar-agar ni dengan perisa jagung manis. Memang sedap! Agar-agar ni, Nadz potong-potong dan bawa ke rumah jiran sebelah untuk majlis kenduri di rumahnya. Alhamdulillah, laku sampai habis licin.


AGAR-AGAR SANTAN JAGUNG MANIS

Bahan-bahan :
  • 1 paket serbuk agar-agar 10 gm atau 11 gm
  • 1 liter air (4 cawan)
  • 200 gm gula pasir
  • 200-250 ml santan pekat (1 cawan) (boleh kurangkan kuantiti kalau nak dapatkan lapisan santan/atas yang nipis sedikit)
  • 1 biji telur ayam - masukkan dalam santan dan kocak sikit dengan garfu
  • Perisa jagung manis dan beberapa titis pewarna kuning
  • Secubit garam



Cara-cara:
  1. Masak 1 liter air bersama gula dan serbuk agar-agar hingga gula larut.
  2. Kecilkan api dan masukkan campuran santan bersama telur, garam dan perisa jagung manis serta beberapa titis pewarna kuning. 
  3. Kacau dan tunggu hingga menggelegak atas api sederhana. PENTING!! Bila menggelegak, biar seketika lebih kurang 1-2 minit atau boleh kuatkan api dapur dan biar adunan mengelegak kuat sambil dikacau-kacau. Kacau ni untuk mengelakkan adunan membuak dan melimpah dari periuk. Pandai-pandailah adjust api dapur tu ye. Nanti akan kelihatan adunan santan jadi berbintil-bintil. Tutup api.
  4. Basahkan loyang atau apa-apa acuan kegemaran dengan air. Kemudian tuang adunan agar-agar santan dan biarkan mengeras. Boleh simpan di dalam peti ais untuk mendapatkan agar-agar yang sejuk dan umpphhh bila masuk ke tekak..heheheeee...

TIPS DAN NOTA NAZ:
  • Banyak orang yang tertanya-tanya kenapa bila membuat agar-agar santan, tidak mendapat 2 lapisan seperti yang sepatutnya walaupun masing-masing selalunya dah ikut betul-betul resepi yang mereka guna. Jadi, tipsnya ialah selepas memasukkan santan ke dalam periuk, biar adunan menggelegak lama sikit dalam 1 minit atau lebih. Ataupun, selepas masukkan santan, bila adunan mula mengelegak, kuatkan api dapur hingga adunan mengelegak kuat. Tapi kena hati-hati jangan sampai adunan membuak dan melimpah keluar dari periuk. Kacau-kacau adunan dalam 1 minit. Insyallah..confirm anda akan mendapat hasil agar-agar yang mempunyai 2 lapisan selepas keras nanti.

SELAMAT MENCUBA!

9 comments:

cahayahidupku.blogspot.my said...

Sedapnya akak tengok agar2 jagung manis tu Nadz.. memang sejuk jer lalu kat tekak bila musim panas ni kan :)

tun_telani said...

Salam kak naz.. sejukk je masuk tekak nih.. nape nama dia agar2 santan jagung kak? xde jagung pulak dlm tu..huhu

cheq da said...

Cam best jea..mohon copy resepi yea kak naz

Eyma Balkish said...

Nampak sedap sangat.. Sayalah peminat tegar agar-agar...

inahar ali said...

salam rindu naz..sedapnye tgk agar2 santan naz nih..dh lama tak merasa! seakan terasa2 kesedapan & kesejukannye kt anak tekak ni hehe!!

Anna Qawina said...

tadi dah komen tp hilang lak..malas dah nak taip.hhahaa..buatkan kita seloyang kak..

izahdaut said...

Sedapnya. Perisa jagung manis xde. Tapi jagung cream ada. Agak agak boleh ke kak?

Sweet red cherry said...

namppak sedap dan cantik agar2 tu dengan 2 layer..

Rohah said...

assalam naz...terliur nampak agar2 ni...dah lama saya tak beria -ia di dapur...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...