Assallamualaikum dan salam sejahtera.
Kek pisang lembap ni pernah Nadz buat dan publish kan resepinya dulu di SINI. Cuma kali ini, Nadz tambahkan taburan badam cincang di atas kek sebelum dibajar.
KEK PISANG LEMBAP TABURAN BADAM
Recipy: Kak An from "PeriukTanah"
Source: Kak Azie from "Azie Kitchen"
Tried by: Nadz @ovenkecil.blogspot.com
Bahan-bahan:
4 biji pisang emas/awak-lecek
(I used 5 biji pisang berangan)
1 cawan gula pasir (Boleh ganti gula perang, lagi sedap)
1 cawan minyak masak
4 biji telur gred A
11/2 cawan tepung gandum*
1 sudu teh baking powder*
1 sudu teh soda bikarbonat*
(*ayak bersama)
1 sudu besar air limau nipis (I gantikan dengan cuka masakan)
1 sudu teh esen pisang/ esen vanilla
Cara-cara:
- Panaskan oven pada suhu 185C api atas bawah.
- Sediakan loyang 4 segi. Lenser dengan margerin dan alas kertas minyak. (I guna loyang square 8"×8").
- Kisar gula, telur, minyak di dalam 'blender' hingga putih(3-5 minit). (I guna hand mixer).
- Tuang ke dalam mangkuk. Masukkan bahan ayak dan kacau rata dengan senduk.
- Masukkan pisang, esen dan air limau. Gaul sebati.
- Tuang adunan ke dalam loyang. Bakar di dalam oven selama 45 minit atau sehingga kek masak sepenuhnya.
*** Nadz taburkan badam cincang di permukaan kek sebelum masukkan kek ke dalam oven.***
SELAMAT MENCUBA.
KALAU MALAS NAK BUAT, BOLEH ORDER SAHAJA
DENGAN NADZ.
Pm di 012 6
467509
5 comments:
Daap..daappnyer nadz!! bak akak sepotong!!
Sy buat xjd r ritu. Nk try ikut resepi ni pula r.geramnya.limau tu mmg kn letak ke?
Sepotong je cukup ke kak Ina? Hihiii
ieza ashaari, x letak pun tak pe jus limau tu. Cuma kalau letak, ia akan menjadikn kek lebih moist lagi.
I have read your blog it is very helpful for me. I want to say thanks to you. I have bookmark your site for future updates. View anyone's instagram profil picture in full size. Download instagram videos, photos, stories and albums. Anonymously, simple and free in Instagram viewer.
Post a Comment