Selamat datang kepada semua pengunjung blog CUTE OVEN, SMALL KITCHEN. Diharap dengan kunjungan anda dapatlah kita berkongsi ilmu disamping menambah kenalan. Terima kasih atas kesudian bertandang ke sini.

Untuk makluman, di dalam blog ini sukatan cawan adalah menggunakan cawan metrik manakala sukatan sudu pula 98% adalah menggunakan sudu metrik.
Bagi yang sering bertanya apakah 'Tbsp' dan 'tsp'; 'Tbsp' = tablespoon & 'tsp' = teaspoon.

Saturday, 7 May 2011

KEK KEJU KAPUCINO DINGIN For HARIS'S 10th BIRTHDAY


Assallamualaikum dan salam sejahtera.

Ini kek sempena hari jadi anakanda Muhd. Haris semalam. Haris memang dah request inginkan kek keju bila tiba ulangtahun kelahiran dia. Bagus juga sebab tak payah nak deco dan hias kek sampai berpeluh-peluh di dapur tu. Lagipun manalah umminya ada banyak masa sekarang ni (cewahhhh...macamlah busy mengalahkan pak menteri..hehheeee..).

Semalam, genaplah sudah 10 tahun Haris menyerikan hidup Naz dan juga hubby. Merupakan anak yang amat senang diasuh, dijaga dan dibentuk. Memang tak banyak kerenah Haris ni. Naz masih ingat lagi selepas melahirkan Haris 10 tahun yang lampau pada pukul 3.35 pagi, haris hanya tidur hingga keesokan harinya (8 am). Sampaikan Naz sendiri yang risau bila tiada tanda-tanda Haris inginkan susu(sebab tak menangis pun..). Akhirnya seorang nurse tu suruh Naz kejutkan dia untuk disusukan.

Sewaktu di dalam pantang pun memang Naz mendapat rehat yang cukup. Mana tidaknya.. Haris memang senang tidur. Hinggakan kalau disalin lampinnya ketika dia tidur, memang dia tidak akan terjaga dari lena. Bila dia inginkan susu, dapat dilihat dari keresahannya di dalam lena saja. Bukan dari tangisannya. Mempunyai waktu tidur yang konsisten dan tidak pernah lewat dari pukul 9 malam sehingga mencecah usia 3 tahun.  Tabiat Haris yang mudah tidur ini memang kekal hingga hari ini (tapi bukan tidur dalam kelas yer..). Di mana saja dia pergi, asal ada tempat untuk berehat, dia boleh lena. Sering mengalah dengan adiknya (siapa lagi.. Husna lah). Masa mula-mula bersekolah di awal usia 5 tahun, Haris tidak sukar langsung untuk ditinggalkan di sekolahnya. Sampai ummi sendiri pun tak perasan yang anak ummi tidak menangis bila ditinggalkan. Sehingga hari ini pun, Haris memang merupakan anak yang sungguh menyenangkan. Ummi bersyukur dikurniakan Haris oleh Allah SWT 10 tahun yang lampau dan diberi peluang untuk membesarkan Haris.


Haiiii..kalau nak cerita tentang anakandaku Haris ni, selama 10 tahun bersama Naz, mau tak cukup page blog ni heheeee... So cukuplah setakat itu sahaja. SELAMAT HARI LAHIR YANG KE 10 HARIS (6/5/2011)-sorry entry ummi lewat sehari sebab tak sempat semalam nak mengadap laptop. Tapi semalam dah wish dan celebrate kan... Ummi doakan agar Haris beroleh keberkatan dariNya dan menjadi anak yang soleh serta sihat walafiat dan dipermudahkan dalam segala urusan. Ummi dan ayah sayang Haris! Amin..

Okey, malaslah nak celoteh panjang-panjang (padahal dah berceloteh pun..heheheee..). Terus je la taip resepi. Anyway, sedap sungguh kek ni. Tak de bako, bako punya kek.. Kita sejuk dinginkan jer ke dalam peti ais. Sekarang tengah musim panas. Sedap dapat makanan yang sejuk-sejuk ni.



KEK KEJU KAPUCCINO DINGIN
(CHILLED CAPPUCCINO CHEESE CAKE)
Resepi Oleh : Naz's CUTE OVEN, SMALL KITCHEN

[A] Lapisan Bawah
Bahan-bahan :
  • 150 gm biskut chips more
  • 2 Tbsp butter (dicairkan)
Cara-cara :
  1. Hancurkan biskut dan gaul dengan butter cair hingga sebati.
  2. Kemudian masukkan serbuk biskut ini ke dalam loyang spring foam (Naz guna loyang 8 inci). Ratakan dan tekan biar mampat dan kemas di dasar loyang. Masukkan ke dalam peti ais.

[B] Lapisan Kek Keju
Bahan-bahan :
  • 250 gm krim keju
  • 60 gm gula kastor
  • 2 sachet INDOCAFE Cappuccino (25 gm per sachet) + 4 Tbsp air panas
  • 1 1/2 Tbsp gelatin halal + 4 Tbsp air panas
  • 200 ml krim putar (dairy whipping cream)
  • 1/2 cawan coklat chips
  • Coklat urai untuk hiasan

Rupa krim yang diputar hingga bertanduk.
*Gambar dipinjam dari Google*

Cara-cara :
  1. Pukul krim putar hingga kembang dan bertanduk(soft peak seperti gambar di atas). Simpan di dalam peti ais.
  2. Di dalam mangkuk lain, putar krim keju bersama gula kastor hingga berkrim.
  3. Masukkan bancuhan INDOCAFE Cappuccino dan putar lagi hingga sebati.
  4. Masukkan bancuhan gelatin dan putar hingga sebati lagi.
  5. Keluarkan krim putar di (1) tadi dari peti ais. Masukkan 1/3 bahagian ke dalam mangkuk krim keju. Kaup balik dengan spatula hingga rata. Masukkan lagi 1/3 bahagian krim putar dan gaul lagi hingga sebati. Dan seterusnya masukkan lebihan krim putar yang tinggal dan gaul hingga betul-betul sebati.
  6. Masukkan coklat chips dan gaul rata.
  7. Tuang adunan kek keju ke dalam loyang spring foam tadi. Ratakan adunan di dalam loyang.
  8. Taburkan di permukaan adunan kek dengan coklat urai sebagai hiasan. Simpan di dalam peti ais sekurang-kurangnya 3 jam sebelum boleh dipotong.
SELAMAT MENCUBA!

19 comments:

Nuridah said...

Selamat pagi Naz,

Selamat Hari Jadi buat Haris,moga menjadi anak yg soleh,membesar dengan sihat, cemerlang dan berjaya dlm kehidupan...membahgiakan ibubapa didunia dan akhirat....amiin.

Deliah's Deli said...

slmt hr lahir haris!suka dia dpt mama pandai masak ya.bleh bt kek cantik2,sedap2 :) sy tgk pun teringin gak :p~

anymz said...

happy bday harris..
jadi anak yang soleh ya...jadi anak yang berjaya di dunia dan akhirat..panjang lagi perjalanan hidup ni..semoga tabah menghadapi segala ujian dan rintangan..insyaAllah amiiiin..

eh!mama harris! meh sini nak rasa kek tu..ni ada bokeh ni tak ghoti2 nak isi ko?...hehe

cik cek said...

Happy Birthday Haris....semuga sihat sejahtera...happy dan bahagia bersama family...dan lagi menjadi anak yang cemerlang....Insyaallah....

Naz...simple...confirm sedap ni...tgk Hariss tu senyum panjang dapat chesse cake....:)

Treat and Trick said...

Happy b'day pada Haris, semoga rajin belajar dan sukses hendaknya. Nak sepotong kek yg sedap ni.....

tun_telani said...

morning kak naz...
aduh sedapnyer cheese cake akak.. ni dh terasa mcm lemak2 dlm badan tun akan dpt kawan2 baru je ni...hehe

Mas said...

happy birthday Harris..
moga menjadi anak yang soleh ...
jadi insan yang berjaya dunia dan akhirat...

wahhhh...sedapppnya kek birthday tu...

Nazrah said...

Selamat hari jadi Harris...

Kek birthday yang simple dan mudah...

Ctnaemah said...

happy birthday buat anakanda naz..semoga jadi anak yg soleh ya!

EmbunRosaliza said...

assalam naz..hepy belated besday buat hariss ya...senang nk jaga, bila bdk tido cukup

sedapnya ummi dia buat cis kek

Ijan said...

happy birthday Harris...semoga Haris membesar sebagai anak yg soleh dan membanggakan ummi dan ayah ye...

Best nye kalau anak tidur senang cam Harris ni. kalau tak jadi zombie le cam kami.hehehe

Nadz Nazharzan said...

Assallamualaikum..

Terima kasih kawan2 semua atas ucapan dan doa untuk anakanda Naz Muhd.Haris.. Insyallah dengan izinNya, Naz sendiri berharap dapat menjalankan t/jawab dengan sempurna agar anakanda ku menjadi anak yang soleh dan berjaya di dunia dan akhirat..

Anonymous said...

Hi, Can i know if the gelatine is not added, will the cheesecake turn out ok? Ash

Nadz Nazharzan said...

To Anonymous/ Ash:

Ash, I don't think chilled cheese cake will turn out ok if the gelatine is not added. Normally to make chilled cheese cake, we need the gelatine powder.

Anonymous said...

oh ok, thanks a lot...

Anonymous said...

salam..nk tnyemacam mne nk twu dye bertanduk 2?sorryy..bru blajar msk...

ummi_muaz said...

assalam..naz boleh bgtau jenama gelatin powder yg naz gunakan dan kat mana nak beli??susah nak cari gelatin powder yg ada cop halal jakim..thanks..

Nadz Nazharzan said...

To Anonymous,
Bertanduk tu, maksudnya krim tu dah likat. Naz dah letak gambar kat atas tu ye untuk lebih faham.. Harap telah membantu..

Nadz Nazharzan said...

To ummi muaz,
Naz dah letak link untuk tengok tentang halal gelatin tu di blog Ummi ye..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...