Selamat datang kepada semua pengunjung blog CUTE OVEN, SMALL KITCHEN. Diharap dengan kunjungan anda dapatlah kita berkongsi ilmu disamping menambah kenalan. Terima kasih atas kesudian bertandang ke sini.

Untuk makluman, di dalam blog ini sukatan cawan adalah menggunakan cawan metrik manakala sukatan sudu pula 98% adalah menggunakan sudu metrik.
Bagi yang sering bertanya apakah 'Tbsp' dan 'tsp'; 'Tbsp' = tablespoon & 'tsp' = teaspoon.

Monday 22 October 2012

STEW AYAM


ASSALLAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA.

Bertemu kembali setelah beberapa hari menghilangkan diri..hehehee.. Semoga semua rakan-rakan sentiasa dalam keadaan yang baik-baik sahaja. 

Kali ini nak kongsi resepi stew ayam. Ramai yang tentunya pandai membuat stew ayam ni sebab senang je. Masa Naz first time makan stew ayam ni dulu adalah ketika menghadiri jamuan pagi di rumah kawan makngah Naz di sini dulu. Lama dah sebenarnya. Masa tu dok tenung lauk ayam ni sebab  jamuan tu berlangsung pada pukul 9 a.m masa tu. Hairan sebenarnya sebab dalam hidangan pagi tu tak ada pula kelihatan nasi..hahahaha.. Rupanya si jakun ini tak tau yang stew ni dihidangkan untuk dimakan bersama roti bantal masa tu...kih..kih..kih... Mana la tau stew ayam ni boleh dimakan dengan roti. Time tu belum lagi berkecimpung dengan dunia blogger dan dunia masak-masak melalui internet ni.

Jadi risik-risiklah resepi pada tuan rumah masa tu. Dia pun dengan mudahnya bagi tau cara membuat stew ayamnya tu tapi tidaklah secara terperinci. Cuma secara umum jer dan stew ayam yang Naz jumpa pertama kali tu, kuahnya tak bewarna macam yang Naz buat ni. Resepi aunty tu tak letak kicap dan sos tiram macam yang Naz buat ni. Jadi kuahnya jernih saja tapi memang best makan dengan roti bantal yang dihidangkan masa tu. Resepi campak-campak katanya.

Jadi resepi di bawah ni Naz dah ubah suai sesedap rasa. Tang kuah tulah...kalau jernih je, anak-anak macam kurang berminat. Jadi letaklah sos tiram dan sedikit kicap manis nak bagi ada kaler ..hehehee..


STEW AYAM

Bahan-bahan:
  • 300-500 gm isi ayam (dipotong kecil)
  • 1 labu bawang besar - dibelah 6
  • 2 ulas bawang putih - diketuk atau dimayang
  • 1 inci halia - dihiris memanjang seperti batang mancis
  • 3 sudu besar sos tiram - sesuaikan ikut citarasa
  • 3 sudu besar kicap manis - sesuaikan ikut citarasa
  • 3 sudu besar sos tomato - sesuaikan ikut citarasa
  • 3 sudu besar sos lada hitam -sesuaikan ikut citarasa (boleh guna serbuk lada hitam atau lada hitam biji yang ditumbuk)
  • 1 kiub pati ayam atau 1 sudu besar serbuk pati ayam
  • Air secukupnya - ikutlah banyak mana kuah yang dikehendaki
  • 1 sudu besar tepung jagung dibancuh dengan sedikit air
  • Minyak untuk menumis
  • Garam dan gula sekiranya perlu
Sayuran:
  • 2 biji tomato dipotong baji
  • 1 biji kentang - belah 8
  • 1 batang lobak merah - hiris ikut suka
  • Daun sup dan daun bawang sebagai hiasan

Cara-cara:
  1. Panaskan sedikit minyak masak. Tumis bawang besar, bawang putih dan juga halia hingga wangi.
  2. Masukkan sos tiram. kicap manis. sos tomato dan sos lada hitam.
  3. Masukkan ayam dan gaul rata. Masukkan sedikit air sekiranya perlu. Biar seketika hingga ayam sedikit kecut.
  4. Masukkan air, kiub pati ayam dan kentang serta lobak merah. Biar hingga empuk.
  5. Masukkan tomato dan air bancuhan tepung jagung. Rasakan masin dan manisnya. 
  6. Kacau-kacau seketika dan boleh tutup api dapur.
  7. Hidangkan bersama hirisan daun bawang dan daun sup.
NOTA:
  • Sayuran tu, boleh dipelbagaikan lagi. Naz cuma letak apa yang ada di dapur je masa tu. Boleh juga letak baby corn, cendawan butang atau bunga kobis. 
SELAMAT MENCUBA!

9 comments:

JaSSNaNi said...

Assalamualaikum... alhamdullillah.. nani sihat.. harap2 naz pun sihat gak ye.. bizi benor, baru timbul ha.. :) dah tu bawa stew ayam plak.. pergh.. best sungguh... :)
mmg menyelerakan ni.. mau2 kalau kena ngan nasi panas2.. tak nampak mak mertua lalu kat belakang.. ahaakksss.. ! :P

ibundo said...

salam naz. Semalam bundo teraak nak buat stew daging tapi daging pulak takde. hari ni nampak stew naz ni terus terlior...

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

salam Naz...anak2 dah mula blk bercuti raya haji ni,mula la membeli ayam semula.

Klu kami dok berdua kat umah..mmg xmembeli ayam...suka mkn ikan.

Bkn apa...cam jemu lak sbb ada anak2 kat umah..msk ayammmmm jer (^_^)

Amie said...

lama tak buat stew... terakhir buat dengan lamb, tengok ayam ni macam sedap aje...

Qasey Honey said...

slm windu kak Nadz...

sedap la pulak tgk stew ayam akak ni...sedap dmakan dgn nasi panas2 ni...

Nora said...

salam.. wah!! nak try la ari ni.. menarik nampak :) terima kasih share resepi

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

assalamualaikum nadz...

wahh.. memang nampak sedap! kalau akak pun sama juga nampak lauk cenggini mesti nak kwn ngan nasi juga.. hihi...

Uda said...

assalamualaikum....sedapnye. Biasanya saya buat warna kekuningan gitu sbb tumis ngan butter n bubuh tepung gandum. Kali ni nk try mcm Naz buat.....tq

AhliaSaleh said...

Salam sis..sy nk trylh resepi ni..xprnh buat n xprnh rase.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...