Selamat datang kepada semua pengunjung blog CUTE OVEN, SMALL KITCHEN. Diharap dengan kunjungan anda dapatlah kita berkongsi ilmu disamping menambah kenalan. Terima kasih atas kesudian bertandang ke sini.

Untuk makluman, di dalam blog ini sukatan cawan adalah menggunakan cawan metrik manakala sukatan sudu pula 98% adalah menggunakan sudu metrik.
Bagi yang sering bertanya apakah 'Tbsp' dan 'tsp'; 'Tbsp' = tablespoon & 'tsp' = teaspoon.

Tuesday 23 August 2011

TEUR MASAK GERAU ASAM


Assallamualaikum dan salam sejahtera.

Ni adalah lauk yang Naz masak untuk digandingkan dengan Nasi Kuning untuk dinikmati semasa berbuka puasa. Resepi ini Naz tengok cara memasaknya di dalam rancangan "Ketuk-ketuk Ramadhan" yang disediakan oleh Linda Onn.

Asalnya resepi ini menggunakan ikan sebagai bahan utama tapi Naz tukarkan kepada telur mata kerbau. Seperti biasa, resepi dari rancangan ini tidak dinyatakan dengan terperinci jumlah bahan-bahan yang digunakannya. Jadi jumlah bahan yang ada pada resepi di bawah adalah hasil olahan Naz sendiri.

Sedap juga lauk ni. Rasa pedas yang menyengat dan sedikit masam tu memang membuka selera.

TELUR MASAK GERAU ASAM
Idea Asal : Linda Onn dari rancangan "Ketuk-ketuk Ramadhan"
Olahan Resepi Oleh : Naz@CUTE OVEN, SMALL KITCHEN

Bahan-bahan :
  • 4 biji telur ayam - digoreng telur mata kerbau
  • 2 batang serai - diketuk
  • 2 labu bawang merah - dimayang
  • 3 ulas bawang putih - dimayang
  • 1/2 cawan cili kering kisar
  • 2 biji cili merah - dihiris
  • 2 biji cili hijau - dihiris
  • 3-5 biji cili padi - dihiris halus
  • 1 1/2 cawan air asam jawa + 2 tsp belacan
  • Minyak masak
  • Garam dan gula

Cara-cara :
  1. Panaskan minyak dan tumis serai serta bawang merah dan bawang putih. Biar hingga naik bau.
  2. Masukkan cili kering dan biarkan garing sedikit.
  3. Masukkan cili merah, cili hijau dan cili padi. Gaul rata.
  4. Masukkan air asam jawa yang telah dicampur belacan. Biarkan menggelegak.
  5. Rasakan masin dan manisnya.
  6. Masukkan telur goreng tadi dan gaul rata. Matikan api.
SELAMAT MENCUBA!

5 comments:

Juwita Jamaludin said...

salam kak Naz.. lama tak masak lauk telur macam ni .. sekali sekal sedap juga kan

Mas said...

sedapm telur klu masak gini..
mas suka..

nOOrsha said...

sedapnye k naz..mantop klo pekena nasi panas n ikan kering..nyumnyum

mawar merah said...

Anak2 akk pun kalau telur laju je makan.

Mamasya said...

Aslmkum Naz

Belum pernah masak telur gerau asam...nampak sedap boleh cuba.set nasi kuning Naz kat bawah tu nampak menyelerakan...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...