Assallamualaikum dan salam sejahtera.
Pernah makan biskut Famous Amos??
Suka ke tidak?? Sedap ke rasanya??
Ingin mendapatkannya dengan harga yang lebih rendah??
Ketahui rahsianya selepas ini.
Hahaha..macam iklan produk pulak. Ok, untuk penggemar biskut ini, sekarang anda boleh buat sendiri di rumah dengan kos yang lebih rendah dan rasa yang memang saling tak tumpah dengan biskut Famous Amos yang di kedai tu. Betul ni.. Tak tipu punya.. Tipu tu kan berdosa..
Resepi ni sebenarnya dah lama Naz simpan. Diberi oleh seorang kawan masa hari raya tahun lepas (Ok tak, beraya di rumah orang, lepas tu minta resepi time tu jugak..hehehee). Kawan ni pun dapat resepi ni dari internet juga katanya. Ila...Naz dah buat dah biskut ni..Hihihiii..punyalah lama Naz peram resepi ni. Sampai terlupa nak membuatnya. Lagi pun resepi ni sampai di rumah selepas raya puasa(sebab beraya di kampung). Malaslah pula nak mengukis di dapur. Tiba-tiba teringin nak buat bila terlihat biskut ni di dapur
Fiza. Barulah tau resepi ni diambil dari
sini rupanya. Oklah tu. Timing dah kenalah kan. Tak lama lagi dah nak puasa bulan Ramadhan. Bolehlah jadi salah satu biskut raya ni. Uihhh... orang beraya ke rumah, kita hidangkan dengan biskut Famous Amos... MAHAL TUUUU!!! Mahal sebab air tangan sendiri. Bukan kedai mari punya...
Ni masa tengah manaip ni, biskut tu masih di dalam oven untuk dulang yang ke dua. Baunya...SUBAHANALLAHHH!!! Menggetarkan perut dan kerongkong yang dah kekenyangan ni.. Tadi yang first round bakar, dah separuh habis masuk ke perut orang yang membakar tu.. Siapa la orang tu agaknya. Sebab tu lah masa apply kerja di kilang dan kedai biskut Famous Amos ni, tak diterima.... Kena reject.. Sebab bos tempat apply kerja tu dah tau, kalau ambil budak ni kerja di situ, sah-sah tutup kilang atau kedai tu nanti..heheheeee...
Baiklah, untuk tidak menghampakan resepi biskut ini, Naz telah sukat bahan-bahan mengikut resepi asal dan kemudian Naz sukat pula menggunakan ukuran cawan dan sudu bagi beberapa bahan yang berkenaan. Jadi lebih mudah kawan-kawan nak sukat nanti kan sebab ada pilihan dalam penggunaan jenis sukatan itu. Naz pun senang juga bila nak buat lagi sekali nanti. Untuk resepi ini, jumlah kepingan biskut yang boleh diperolehi (macam mana nak kira ni..Separuh dah masuk perut dah ni..) bergantung kepada berapa besar setiap bebola yang akan anda buat. Kalau kecil-kecil bebolanya nanti, maka lebihlah jumlah biskut yang akan diperolehi berbanding dengan bebola yang lebih besar sekiranya dibuat.
BISKUT CHOCOLATE CHIP FAMOUS AMOS (HOME MADE)
Oleh : Naz's CUTE OVEN, SMALL KITCHEN
Sumber Resepi: Fiza Damia
Bahan-bahan ayak :
- 280 gm (2 1/4 cawan) tepung gandum
- 10 gm (3 tsp) serbuk koko
- 2 Tbsp tepung jagung
- 1/2 tsp soda bikarbonate
- 2 Tbsp susu tepung
- Secubit garam
Bahan-bahan lain :
- 250 gm mentega
- 150 gm gula kastor
- 1/2 tsp asen vanilla
- 1 biji kuning telur
- 100 gm (1/2 cawan) coklat chip
- 100 gm sebarang kekacang(walnut, badam, gajus dll yang dicincang) atau kismis - optional
Cara-cara :
- Pukul mentega, gula kastor dan esen vanilla hingga kembang.
- Masukkan kuning telur dan pukul rata.
- Masukkan bahan-bahan ayak dan kemudian kacau hingga sebati dengan spatula atau tangan.
- Masukkan coklat chip dan cincangan kacang atau kismis. Kacau rata.
- Sudukan adunan ke atas dulang pembakar. Boleh juga diuli menjadi bebola-bebola kecil dengan menggunakan tangan. Susun di atas dulang pembakar. PERHATIAN! JANGAN LETAKKAN BEBOLA RAPAT-RAPAT ANTARA SATU SAMA LAIN KERANA BEBOLA INI AKAN MENGEMBANG DAN MELEPER SEWAKTU PROSES PEMBAKARAN.
- Bakar pada suhu 160 C selama 15-25 minit bergantung kepada saiz bebola-bebola adunan anda.
- Sejukkan dahulu biskut sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara.
NOTA :
- Naz tak letak pun kekacang atau kismis di dalam adunan kerana dengan coklat chip saja pun dah MELETOPZZZZ rasa biskut ni. Lagi pun Husna tak berapa gemar makanan yang ada kekacang di dalamnya.
- Rasanya kalau nak letak kekacang di dalam adunan, elok dikurangkan coklat cip sedikit kerana satu keping biskut ni, penuh dengan coklat cipnya. Cadangan Naz: 50 gm coklat cip dan 50 gm kekacang.
- Cubalah buat biskut ni.. Tak rugi mencubanya.. Kalau tak cuba dah rugi macam Naz(setahun Naz rugi tu).
SELAMAT MENCUBA!