Selamat datang kepada semua pengunjung blog CUTE OVEN, SMALL KITCHEN. Diharap dengan kunjungan anda dapatlah kita berkongsi ilmu disamping menambah kenalan. Terima kasih atas kesudian bertandang ke sini.

Untuk makluman, di dalam blog ini sukatan cawan adalah menggunakan cawan metrik manakala sukatan sudu pula 98% adalah menggunakan sudu metrik.
Bagi yang sering bertanya apakah 'Tbsp' dan 'tsp'; 'Tbsp' = tablespoon & 'tsp' = teaspoon.

Monday, 2 May 2011

PUDING KOKTAIL BERKUAH


Assallamualaikum dan salam sejahtera.

Puding koktail berkuah yang mudah disediakan ini memang sesuai dinikmati waktu-waktu panas sepeti sekarang ini.

Naz sediakan puding ini untuk dibawa ke rumah sahabat yang menjemput ke rumahnya atas satu majlis jamuan ringkas petang semalam. Sebelum ini, Naz pernah meletakkan resepi puding ini di blog dahulu. Cuma bezanya, kali ini Naz menggunakan serbuk agar-agar untuk membuat puding kastad manakala dahulu Naz menggunakan agar-agar bertali untuk menyediakan puding kastadnya. Untuk resepi yang terdahulu sila klik di sini.


PUDING KOKTAIL BERKUAH
Oleh : Naz's CUTE OVEN, SMALL KITCHEN


Bahan-bahan Puding Kastad :

  • 900 ml air
  • 20 gm serbuk agar-agar
  • 5 Tbsp gula pasir
  • 3 Tbsp tepung kastad
  • 1/2 tsp garam halus
  • 250 ml susu cair

Cara-cara :

  1. Masak serbuk agar-agar dan gula pasir bersama air hingga larut. Kecilkan api.
  2. Bancuh tepung kastad bersama susu cair hingga larut.
  3. Masukkan bancuhan tepung kastad dan garam ke dalam larutan agar-agar dan masak hingga sebati. Tutup api dan tuang ke dalam loyang. Biarkan beku di dalam peti ais.

Bahan-bahan Kuah Puding :
  • 1 tin susu cair (400 ml) + baki susu cair dari atas tadi
  • 1 tin besar fruit cocktail (tapis untuk mengasingkan buah-buahan dengan airnya)
  • 200 ml air masak
  • 5 Tbsp gula pasir
  • 1/2 tsp garam halus
Cara-cara :
  1. Campurkan semua bahan di atas kecuali buah koktail.
  2. Masak sekadar gula larut dan tutup api.
  3. Sejukkan ke dalam peti ais.

Cara Menghidang :
  1. Potong puding kastad menjadi bentuk kiub-kiub kecil.
  2. Masukkan kiub-kiub puding kastad tadi ke dalam mangkuk besar bersama buah-buahan campuran yang telah ditapis tadi.
  3. Tuangkan kuah puding dan sedia untuk dihidangkan.
SELAMAT MENCUBA!

  

12 comments:

Mas said...

sedappnya puding koktail...
terliur mas tengok.....

HaSue said...

mewah sungguh dgn koktelnya tuh kak..ni kalo suap guna senduk pun i rela...hihi..

Nazrah said...

melimpah ruah koktail tu...

Antan Bertingkah said...

Sedapnya puding koktel ni...satu famili suka kalau puding ni...

Mamasya said...

Assalammualaikum Naz..

Sedapnya puding berkuah Naz tu,penuh buah2an...favorit ni..tambah kalau mkn dlm cuaca panas...sedap.
re; alahai rugi tak dpt jumpa Naz masa Naz nak ke Melaka nanti kami dah bertolak. nampaknya kita bersua di alam maya.....

Nadz Nazharzan said...

Mas,
Akak pun terliur tgk gambar tu balik sebab dah abis kat umah..Mcm nak kena buat lagi nie..

Nadz Nazharzan said...

HaSue,
Heheheee...Nanti akak cari senduk khas untuk suap Sue..ok..

Nadz Nazharzan said...

Nazrah Bakery,

Itu yang sedap tu kak..

Nadz Nazharzan said...

Antan Bertingkah,
Menu yang senang disediakan bila ramai2 berkumpul kan kak..

Nadz Nazharzan said...

Mamasya,

mmg sedap sgt puding ni kan kak... Buatnya senang dan boleh dinikmati beramai-ramai..

Huhuhuuuu..akak nak berangkat dah... Tak sempat kita jumpa.. Tapi jgn lupa antar berita ye.. I'll miss U..

Murni said...

Naz, kalau buat lg sekali jgn lupa buat lebih tau, tapaukan akak ... Puding ni mmg favourite tau...

Mama3Q said...

sedapnya puding kastad berkuah ni..feveret, mcm senang jer nampaknya, tp asik beli jer bila nak mkn..huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...